BAB 24 - ENERGY BOOSTER

640 25 1
                                    

"Abang nampak sayang pakai baju kemeja abang tadi? Nak goda abang ke?" tanya Shahril selepas aku keluar dari bilik air lalu berlalu ke katil yang bersaiz queen itu.

"Ye, saya nak goda abang. Jadi, saya bagi tengok sekejap je. Lebih-lebih tu lain kali lah ye." Beritahu aku selamba. Selamba di mulut tapi jantung ni macam dah nak terkeluar je. Muka aku rasanya dah merah ni menahan malu.

Aku lihat Shahril yang sedari tadi berada di birai katil menapak naik ke atas dah berbaring di sebelah aku.

"Ermm, agak-agak sayang, bila lagi abang boleh tengok?" tanya Shahril pula.

Soalan yang bagi aku lagi rasa nak sorak muka bawah bantal.

"Ermm, mungkin honeymoon kita yang kedua." Beritahu aku agak-agak.

"Haih, sepatutnya kita kat sini duduk seminggu tau tapi abang boleh pulak ada kerja kena balik esok. Melepas peluang." Keluh Shahril sendirian.

Ehh tapi plan Qila memang boleh pakai. Aku pakai baju tu sekejap pun dah tergoda ye. HAHAHHAHA. Terkekeh aku sendirian sebelum memandang semula Shahril.

"Meh sini saya peluk awak."

"Boleh ke ni?" tanya Shahril teragak-agak. Pelik dengan perangai isterinya yang sedikit berubah selepas mereka bergaduh hari tu.

Aku mengangguk tanda boleh. Tanpa berlengah Shahril yang berada di sebelahku memeluk aku dan aku tidur pada malam itu hanya berlengankan tangan Shahril. Mesti dia lenguh kan tapi peduli apa. Sedap gila tidur dalam keadaan macam tu.





"Kamu tahu yang saya tengah cuti kan. Kenapa tak beritahu perkara ni sebelum kami bertolak ke Semporna, Sabah." Agak marah Shahril pada pagi itu.

"Saya minta maaf encik tapi Tuan Dany yang nak dokumen tu segera di sign untuk tindakan selanjutnya dan dia mahu berjumpa dengan encik." Beritahu pula Lin iaitu P.A kepada Shahril.

"Tak pe lah, kamu boleh keluar." Beritahu Shahril dengan nada yang datar.

'Aku rasa tak ada apa yang penting. Projek kerjasama antara dua syarikat tu pun dah hampir siap. Soal dokumen ni aku boleh je sign tapi kenapa dia beria-ria nak jumpa aku.' Tertanya Shahril sendirian. Sebelum ni memang mereka sering berjumpa tapi hanya hal kerja. Telah pun dimaklumkan oleh Shahril berkenaan cutinya selama seminggu tapi kenapa harus diganggu lagi?



"Shahril, jumpa juga kita. Macam mana pergi honeymoon. Best tak?"

Berani Dany tanya Shahril macam ni. Macam tak tahu dia yang batalkan segalanya. Nak jumpa la, apalah.

"Tak jadi honeymoon. Kerja banyak." Jawab Shahril selamba. Tak nak la tunjuk wajah sedih, kejap lagi Dany syak apa-apa pula.

"Aku minta maaf sangat-sangat." beritahu Dany. 

"Jadi kau nak jumpa aku ada apa?" tanya Shahril.

"Bincang pasal projek pembinaan hotel tu. Aku rasa dah hampir siap tinggal tunggu kelulusan je. Memandangkan aku terpaksa berpindah ke Australia balik untuk urus syarikat dekat sana itu yang aku nak jumpa kau dulu."

"Oh, kau kerja sana pula berapa lama." Tanya Shahril musykil. Mungkin kalau Dany dah berpindah, peluang untuk dia berjumpa dengan Yana tipis la kan?

Terlalu overprotective Shahril ni sebenarnya. Sayang bini katakan setelah mengetahui yang yang Dany pula pernah ada hati dekat Yana membuatkan Shahril takut untuk kehilangan Yana sekali lagi. 





"Dany, you kenapa diam je. Pilih la mana-mana pilihan baju yang you suka. I ikut je tema apa yang you nak untuk majlis kita nanti." Beritahu Liya.

JATUH CINTAWhere stories live. Discover now