BAB 6 - TANGKAP BASAH

703 21 1
                                    


Hari raya pertama pun berlalu dengan gembiranya. Ya la kalau ikutkan ni dah dua kali raya tak balik kampung nenek sebelah ibu ni. Erm maksud aku raya puasa dan raya haji. HAHAHHAAHA. Meriah la semua anak-anak atok dan nenek balik.

Entah kenapa kepala aku pusing sangat. Dah la malam raya pertama. Orang nak berkumpul ramai-ramai yang aku ni sakit kepala mungkin sebab darah rendah ni.

"Ayah, adik naik atas dulu eh. Nak rehat. Kepala adik sakit sangat. Apa-apa panggil adik dekat atas tau. Kalau sesiapa tanya cakap adik ok je." beritahu aku.

Ayah mengangguk dan meneruskan perbualannya dengan abang ipar dan adik iparnya yang lain dan aku pula berlalu pergi dari situ.



Shahril yang seronok berbual-bual melihat jam di tangannya dan dia baru teringat yang dia belum lagi menunaikan solat isyak lalu berlalu pergi dari pangkin tanpa berkata apa-apa terus menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk dan naik ke atas.

Dia melihat pintu bilik yang selalu Yana dan sepupu perempuannya yang lain tidur terbuka sedikit tanpa menghiraukannya dia berlalu menunaikan kewajipan pada Yang Satu. Selesai sahaja solat dia terdengar Yana bercakap seorang diri "Alahai sakitnya kepala aku ni." kata Yana.

"Diyana ni ok ke tidak ni? Risau la aku." Tertanya Shahril seorang diri lalu dia berlalu menuju ke bilik Yana dan membuka sedikit pintu bilik Yana untuk melihat keadaannya. Tidak sengaja dia ternampak Yana tidak memakai tudung."

"Uishh, cantiknya kau" cakap Shahril dalam diam. "Astagfirullah jangan Shahril sedar diri sikit."

"Yana kau ok ke tak ni? Sakit sangat ke kepala kau tu? Jom la kita pergi klinik ke hospital ke. Aku nampak yang kau tak ok sangat ni." Sambil bercakap di birai katil Yana.

"Eh kau! Bila kau masuk. Dah dah pergi keluar. Aku ok jela. Keluar-keluar." Kata aku.

Belum sempat Shahril bangun untuk keluar, paklong ternampak kami berdua sahaja dalam bilik itu.

"ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM, apa yang kamu berdua buat dalam bilik ni berdua-duaan. Dengan tak pakai tudungnya." Jerkahan paklong terdengar satu rumah nenek membuatkan semua orang terkejut.

Aku yang masih sakit kepala bangun dan merasa badan aku terhuyung-hayang akibat jerkahan paklong itu.

"Ka..kami ta..ta..tak buat a..pa-a...pa pun paklong." Cakap aku dengan tergagap-gagap manakala Shahril hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa.

"Baik kamu cakap betul-betul, aku tengok dengan mata kepala aku sendiri yang kamu berdua berdua-duaan dalam bilik ni. Dengan lampu tertutupnya. Apa ni!"

"Betul paklong kami tak buat apa-apa pun paklong. Shahril kau beritahula hal yang sebenar. Kenapa kau diam macam patung je ni. Hiks..hiks..hiks." Cakap aku sehingga mengalirkan air mata.

"Dah kamu sekarang pakai tudung dan turun. Kita bincang ramai-ramai dekat bawah. Memang nak kena kamu berdua ni. Orang balik kampung nak berjumpa sanak-saudara yang kamu berdua buat benda tak senonoh ni." Kata paklong.



Semua yang berada di bawah terkejut mendengar jerkahan seseorang dari atas.

"Kenapa tu bising-bising dekat atas tu. Satu rumah dengar. Ada apa-apa ke ni? Tanya pakndak.

Paklong yang terdengar pakndak bertanya lalu menjawab "anak angah dan alang tu tengah buat maksiat dalam bilik dekat atas tu." Marah paklong.

"Yang mana abang long, abang ke adik." Tanya ibu gelisah.

"Si Shahril dengan Diyana, berdua-duaan dalam bilik dekat atas tu. Aku tak buta lagi. Aku nampak mereka berdua dalam bilik dengan seorang tak pakai tudung lepastu lampu pun tak buka."

"Ya Allah betul ke abang long?" lemah longlai lutut makngah ketika itu.

"Along kenapa buat mak macam ni. Kenapa along." Tanya makngah dengan nada kecewa.

Namun Shahril tetap mendiamkan diri dan tidak menjawab pertanyaan maknya. Disitu juga dia ternampak semua orang kecewa dengan kami berdua termasuk Dany yang agak terkejut.

Tiba-tiba Shahril bersuara. "Paklang saya sedia bertanggungjawab dengan apa yang dah terjadi tadi."

"Apa maksud kamu ni Shah?" tanya ayah dan atok serentak.

Aku yang berada di sebelah Shahril turut terkejut dengan apa yang dikatakannya.

"Saya sedia berkahwin dengan Diyana. Saya ikhlas kalau itu dah tertulis untuk kami berdua." Kata Shahril.

"Kenapa kau cakap macam tu. Tak, Yana tak setuju. Hiks..hiks. Kami tak buat apa-apa pun paklong, ibu. Kami tak buat. Kenapa Yana kena kahwin dengan dia. Tak tak, Yana tak nak. Hiks..hiks.hikssss." Tegas aku berkata sambil menangis.

"Atok rasa cara ini yang paling sesuai daripada orang tahu. Kita kahwinkan je diorang berdua. Lagi pun dari segi hukum hakam agama, walaupun mereka sepupu tetapi mereka tetap boleh berkahwin cuma tak digalakkan saja tapi dalam hal ni bagi mengelakkan sebarang fitnah atok rasa kahwin adalah cara yang terbaik.

Jadi dalam hal ni atok setuju. Atok bukan apa, atok tak nak orang luar fitnah cucu-cucu atok yang bukan-bukan."

"Kenapa kita nak dengar apa orang kata tok. Yana kata Yana tak buat pun kerja terkutuk tu. Kau... kau kenapa cakap kau nak kahwin dengan aku?"

Lagi sekali Shahril mendiamkan diri.

Tiba-tiba ayah bersuara. "saya setuju ayah. Kalau ini yang terbaik. Lagi pun budak Shahril ni baik, saya yakin dia mampu jaga Yana."

"Abang betul ke ni? Tak rasa ke keputusan kita terburu-buru?" tanya ibu.

Lalu ayah hanya mengangguk tanda yakin dan setuju dan akhirnya mereka ramai-ramai bersetuju untuk nikahkan kami berdua bulan hadapan.


"Paklang kalau tak keberatan, izinkan saya untuk nikahi anak paklang Diyana Maisarah. Saya sudi paklang." Kata Dany sudah lama memerhati dari ruang tamu.

"Paklong tak benarkan orang luar ikut campur hal dalam keluarga ni. Sudah la biar kami yang selesaikan." Kata paklong.

"Kenapa dengan Dany ni. Jadi selama ni memang betul la dia cintakan Yana." Mengomel Shahril sendirian.


Aku yang terduduk bersandar di dinding sudah tidak mampu mengatakan apa-apa. "Semua ni salah Shahril, kalau kau tak masuk bilik aku kita tak akan kahwin." Marah aku sendirian.

Shahril yang juga terduduk di sebelah aku berkata "aku minta maaf Yana. Kalau inilah cara kita bersatu aku sanggup." Kata Shahril.

"Kau gila ke, boleh je kan cakap elok-elok. Kenapa kau tak beritahu hal yang sebenar tadi yang kita memang tak buat apa-apa. Yang pergi cadangkan idea kau yang terlebih bernas tu kenapa? Hiks...hiks...hikss" menangis aku disebelahnya. Sesungguhnya aku memang tak rela.





BHAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!

SO GENG MACAM MANA BAB NI? TUNGGU NEXT BAB!

ERM NAK MINTA TOLONG VOTE DAN COMMENT SEKALI YE.

TERIMA KASIH SAYANG KORANG

JATUH CINTAWhere stories live. Discover now