BAB 33 - KASIH SAYANG

625 35 1
                                    

"Terima kasih sayang untuk hadiah malam tadi. Abang suka sangat." Aku yang masih elok dipeluk Shahril melangutkan kepala memandang Shahril. Tanganku naik mengusap-usap muka Shahril.

"Sayang seksi tau semalam. Masa abang masuk bilik sayang terus abang terkejut tengok sayang dengan baju macam tu. Abang cuba panggil sayang sekali tapi sayang tak menyahut. Entah tengah mengelamun apa pun tak tahulah. Tapi semalam memang abang tergoda."

Sungguh lingerie yang isterinya pakai tu memang seksi. Dengan singkatnya sehingga paras peha menyerlahkan kulit isterinya yang putih gebu itu. Rambut isterinya yang lurus dilepas menampakkan isterinya begitu seksi. Hurghh tergoda Shahril dibuatnya.

"Ye?" tanya aku. Rasa berbunga hati sebab plan aku macam lain tapi jadi lain. Kira Shahril gelojohlah kan? HAHAHHAHAHA.

"Ye, sungguh. Tak sia-sia abang masuk bilik sayang semalam. Niat asalnya nak ajak sayang tidur sama-sama tapi tiba-tiba abang masuk bilik sayang, mata abang dihidangkan dengan hidangan yang menyelerakan abang jadi abang tak akan lepaskan kali ni."

Tanganku yang berada di dada bidang Shahril bermain-main disitu sebelum Shahril memegang tanganku kemas.

"Sayang nak second round ke?" tanya Shahril terus. Uish kau letih tadi pun tak hilang lagi dia nak second round pula. Lebih ni.

"Sayang buat abang turn on tahu? Abang tak tahu. Second round juga." Belum sempat aku menolak, Shahril elok berada kemas di atas aku. Uish pantas dia bab-bab ni dan pagi itu kami jalani dengan rasa cinta dan kasih yang melimpah ruah. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya Shahril dan Diyana.



Melihat Shahril di ruang tamu mengundang rasa curiga. Tadi bukannya suaminya itu dah lengkap berpakaian pejabat ke? Turun sekejap nak buat sarapan, keluar dari dapur dah pakai baju t-shirt dengan track suit?

Aku berjalan ke arah ruang tamu di mana adanya seseorang yang aku sangat cintai. Aku duduk disebelah Shahril. Dipeluknya lengan sasa Shahril. Bila agaknya Shahril ni pergi bina badan? Badan berketul gila.

"Abang tak pergi kerja ke? Tadi bukan abang dah siap pakai baju kerja ke?" tanya aku pelik. Melihatkan raut wajah Shahril yang masam mengundang rasa curiga.

"Abang." Panggil aku meleret. Tanganku mula naik mengelus pipi Shahril sebelum dihadiahkan satu ciuman di pipi.

"Pipi je?" tanya Shahril dengan mukanya yang masih masam. Amboi dah bagi betis nak peha pula.

"Jawab dulu soalan saya."

"Abang tak boleh pergi kerjalah. Kalau abang rindukan sayang macam mana. Abang tak sanggup nak tanggung rindu." Aku menepuk dahiku setelah mendengar jawapan Shahril. Ha sudah. Kemaruk cinta dengan aku ke ni?

"Mana boleh macam tu. Abangkan kena kerja untuk saya dan anak-anak kita." Jawab aku selamba. Amboi Yana. Anak-anak eh?

Mata Shahril mula bersinar. Mungkin sebab perkataan anak melucur keluar dari mulut aku.

"Semoga kita ada rezeki ya." Sambung aku. Seakan-akan tahu apa yang Shahril fikirkan sekarang ini.

Terlihat Shahril sengih panjang membuatkan aku sendiri yang cuak. Macam ada sesuatu je yang dia nak minta lagi ni. Jangan kata nak ehem ehem lagi. Uish sakit semalam pun masih terasa ni.

"Jom, naik atas sayang." Beritahu Shahril. Belum sempat aku membalas dia dah pun mencempung badan aku menaiki tangga. Ha sudah.

"Abang, kalau nak pun malam nantilah. Siang ni. Lagi pun saya dah buat sarapan tu." Sambil merenung wajah Shahril yang matanya tak lari dari memandang aku.

JATUH CINTAWhere stories live. Discover now