BAB 14 - IKHLAS

458 19 2
                                    

Pada malam pertama mereka disitu, Yana memang tak boleh nak melelapkan mata. Yela dah berapa tahun dia tak tidur dengan Shahril. Tiba-tiba satu bilik, satu katil pula. Mahu tak gelisah dia dibuatnya.

"Sayang, kenapa gelisah semacam ni. Dah nak dekat pukul satu pagi tak nak tidur lagi ke?"

"Mana ada gelisah. Aku sebenarnya kekok la dah dekat lima tahun kita tak tidur satu bilik. Aku tak biasala."

"Itu je ke. Ingatkan apa la tadi."

Itu aje dia cakap. Dia tak tahu ke yang aku ni tak biasa lagi dengan dia. Di cium aku tiap malam tu pun sebab perjanjian je tahu tak tapi benda tu aku dah ikhlas ye la nak cuba terima dia sebagai suami. Aduh.

"Sayang, sayang kena biasa tidur sebilik dengan abang sebab hujung tahun ni abang tak kira abang nak sayang pindah masuk bilik kita."

Hujung tahun? Maknanya berbaki beberapa bulan dan beberapa bulan tu adalah lagi dua bulan. Oh my god. Saya tak ready!!!!!

"What, kau jangan macam ni. Kau kata sebelum ni kau tak akan paksa aku tapi ni apa." Terkuat sedikit suaranya ketika berbicara dengan Shahril nasib baik tak dengar bilik sebelah. Rasanya la. Harap tak dengar la.

"Abang dah cukup lama bagi masa dekat sayang. Lima tahun. Lima tahun sayang. Sayang kena biasakan diri tidur sebilik dengan abang." Beritahu Shahril dengan tegas.

Sebaliknya Yana hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa. Yela. Suami kan mana boleh lawan. Walaupun dalam hati nak aje menentang habis-habisan.




"Kak Yana, dulu masa kak Yana kahwin, baju bersanding warna apa?"

"Ergh, akak tak sanding Ina. Kahwin ala kadar aje."

Kalaula masa boleh diputar kembali. Nak jugak majlis sanding besar-besar macam Zarina ni. Ye la impian semua wanita kan nak majlis besar-besar. Kahwin sekali je dalam hidup takkanla tak nak buat besar-besar. Padahal masa aku kecik memang dah impikan majlis besar-besar ni tapi apakan daya, Allah lebih mengetahui.

"Akakkkk, takkan la tak ada majlis sanding kot." Tanya Ina dengan nada yang terkejut.

"Ye memang tak ada Ina. Tak apala akak pun tak kisah sangat. Lagipun dan lima tahun kami kahwin malas dah la nak buat majlis. Cukup orang tahu kami kahwin pun kira ok la."

"Akak dengan abang Shahril dah kahwin lima tahun? Kenapa Ina tak tahu pun?"

Memang tak ada orang tahu pun Ina, nikah senyap-senyap je. Ada ahli keluarga terdekat je tahu. Cetus Yana dalam hati.

"Oh ye ke Ina. Mak Dah tahu pasal hal ni. Dia tak cerita dekat Ina?" lalu Ina menggelengkan kepalanya tanda dia tidak mengetahui.

"Akak ceritala macam mana akak boleh kahwin dengan abang Shahril. Setahu Ina, abang Shahril tu tak pernah bercinta."

"Akak boleh cerita tapi jangan beritahu orang lain eh."  teragak-agak Yana untuk bercerita.

"Janji akak." Sambil Ina menghulurkan jari kelingkingnya.

"Macam ni, akak dengan abang Shahril kena tangkap basah tapi semua tu tak betul. Akak dengan Shahril memang tak buat apa-apa. Dia masuk bilik akak sebab nak tengok akak ok ke tak sebab malam tu akak sakit kepala tapi tak sangka lain yang jadi."

Suara aku berubah. Yela siapa je yang nak kahwin dengan cara macam tu.

"Lepas je akak kahwin kami hidup bersama dekat tiga bulan. Ye masa tu akak memang tak boleh nak terima dia lagi. Akak dah cuba tapi tak boleh. Jadi akak minta izin dia untuk sambung belajar dekat luar negara dan dia izinkan. Selama empat tahun setengah akak dekat sana dan akak sedar mungkin akak patut cuba terima dia."

JATUH CINTAWhere stories live. Discover now