MALAY FANFICTION
"Kita akan dapat pengakhiran yang indah kan?"
Dia cuma mahu pengakhiran yang indah bersama boyfriendnya yang flirty itu.
❦150922~071222
❦completed
❦ⓒexplodedbeom- work
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Yeonjun
Kitajumpa
Boleh,dimana?
*share location*
Sekarangjugasayadatang
Read 5:13
=
"Seoun" Yeonjun memanggil Seoun dari belakang.
"Ada apa awak nak jumpa saya ni? Date?"
Seoun menggeleng "Yeonjun,saya nak awak cakap dengan jujur"
"Apa dia?"
"Awak masih cintakan saya ke?"
"K-kenapa awak tanya macam tu?" Yeonjun gelak dengan janggal.
"Awak dah tak cintakan saya kan?"
"Kenapa awak cakap macam tu?"
"Awak ada perempuan lain kan selain saya?"
Yeonjun menggeleng "Tak ada Seoun" dia cuba untuk menafikannya.
"Awak tipu!" Seoun menunjukkan Yeonjun gambar Yeonjun bersama perempuan lain yang sempat di tangkapnya.
Yeonjun terpaku,dia tidak tahu mahu jawap apa.
"Bukan,bukan macam tu Seoun"
"Habistu?"
"Tak,saya-"
Yeonjun sendiri yang potong kata katanya,dia juga tidak tahu mengapa dia buat begitu.
"Kenapa senyap?"
"Seoun,saya- saya tak ada niat pon nak curang dengan awak"
"Kalau tak ada niat habistu apa?"
"Saya....saya saja je?"
"Saje? Itu ke alasan awak? Saje je?"
Yeonjun senyap.
"Yeonjun...saya cakap dengan awak ni"
"Tak Seoun,saya tak suka dia pon"
"Habistu?"
Tiada jawapan dari Yeonjun.
"Kita putus Yeonjun"
Yeonjun terus memandang Seoun. Dia menggeleng "Taknak"
"Habistu?"
"Ok ok,saya putuskan yang lain"
"Dah terlambat Yeonjun,nasi sudah menjadi bubur. Sudah lah. Tapi awak putuskan lah mereka juga,mungkin tinggalkan satu orang sahaja? Kalau mereka tahu,mereka pon sakit hati"
Baru saja Seoun mahu berjalan pergi,Yeonjun memegang pergelangan tangan Seoun. "Ya,saya tinggalkan seorang dan itu ialah awak"
Seoun menggeleng "Sudah lah Yeonjun,saya taknak"
Seoun melepaskan tangannya dari genggaman Yeonjun dan berlalu pergi. Yeonjun menghela nafas.
=
"Eo hyung,dah balik?" Beomgyu tidak menoleh ke pintu pon sudah tau itu siapa. Yeonjun hanya melihat Beomgyu yang makan kentang sambil menonton tv itu.
Tiada sepatah kata dari Yeonjun. Yeonjun terus masuk ke bilik. Beomgyu menoleh ke arah pintu bilik Yeonjun itu.
"Apa kena pula itu,aku cakap bukannya nak respon" Beomgyu menggelengkan kepalanya dan sambung makan kentangnya itu.
=
"Hyung? Melepek kat sini apahal? Selalu nya keluar" Beomgyu yang baru keluar dari biliknya itu melihat Yeonjun yang sedang menonton tv itu.
"Sebok lah kau" Yeonjun menjeling ke arah Beomgyu.
"kenapa ni hyung?" Beomgyu duduk disebelah Yeonjun.
"Tak ada apa lah" Yeonjun menggeleng dan menunduk.
Beomgyu perasan sesuatu yang tak kena dengan abangnya itu.
"Ni sedih sedih ni kenapa hyung?"
"Mana ada aku sedih"
"Tak payah tipu lah hyung" Beomgyu menoleh ke arah Yeonjun yang berada di sebelahnya.
"Tak keluar hari ni?" Beomgyu mengusik Yeonjun.
"Tak ada,aku dah putuskan semua orang"
Senyuman Beomgyu hilang.
"Apa kena hyung?"
"Aku....dah terkantoi"
Beomgyu melihat ke arah Yeonjun dengan pelik "Kantoi apa pula?"