*ting* *tong*
"Gyu! Tengok jap tu sape!" Yeonjun menjerit dari dapur. Cepat cepat Beomgyu ke arah pintu dan membuka nya.
"Appa! Eomma!" Beomgyu terus memeluk ayahnya seperti anak beruang.
"Abenda ko ni gyu,tepi!" Yeonjun melepaskan Beomgyu dari ayahnya dan menyapa ayahnya. Beomgyu menjeling.
"Taknak ajak masuk ke?"
"Oh,masuk lah"
Perlahan lahan ayah dan ibu mereka duduk.
"Ada apa ni?"
"Hmmm,tu lah. Appa nak minta sesuatu kat Yeon ni"
"Ada apa?" Yeonjun melihat mereka yang serius itu.
"Ermmm,okeh macamni. Appa nak jodohkan Yeon dengan anak kawan appa"
Yeonjun tergelak kekok "Apa appa ni,mana ada orang main jodohkan zaman sekarang"
Ayah Yeonjun menghela nafas.
"Kalau hyung taknak,jodohkan dengan Gyu je lah!" Beomgyu yang berada di sebelah Yeonjun menyampuk.
"Gatal lah kau ni" Yeonjun mencubit lengan Beomgyu.
"Dah hyung taknak kan" Beomgyu mencebik.
"Ha,ambik lah ambik"
Beomgyu mengangguk dan melihat ke arah ayah nya.
"Apa? Nak sangat? Nanti appa cari lain,ni untuk hyung engkau"
Beomgyu mencebik.
"Yeon taknak appa"
"Ha,hyung taknak tu,bagi gyu je lah"
"Hmmm,cantik orangnya,Yeon. Gyu nak?"
Beomgyu mengangguk.
"Hmm,tapi dia tua setahun dari gyu lah"
"Tak apa"
"Ni orangnya" Appa mereka menunjukkan gambar perempuan itu.
Mata Yeonjun sudah membesar manakala Beomgyu,mulutnya terlopong.
"Ok appa! Ok!" Beomgyu menunjukkan ibu jarinya ke ayahnya.
"Takde kau,appa nak jodohkan aku bukan kau" Yeonjun menurunkan ibu jari Beomgyu.
"Tadi hyung taknak. Appa,tengok ni"
Ibu mereka hanya menggelengkan kepala.
"Tu tadi,lain!"
"Tak adalah hyung! Tadi taknak!"
"Apa kau ni,tak ada. Aku punya!"
"Appaaaa" Beomgyu merengek.
"Serabut appa tengok korang ni. Appa khawinkan korang dua kang"
"TANAKKK!" kedua dua nya menjerit pada masa yang sama.
"Gyu,nanti appa cari lain. Ni abang kau punya"
Beomgyu mencebik. Yeonjun menjelir lidahnya.
=
"Seoun"
"Ada apa appa nak jumpa Seoun ni?"
"Appa nak jodohkan Seoun dengan anak kawan appa"
Seoun menghela nafas kemudian mengangguk "Suka hati lah appa,Seo harap appa pilih orang yang betul"
"Appa yakin dengan pilihan appa"
"Ye lah appa. Tu je ke appa nak cakap?"
Ayah Seoun mengangguk.
"Kalau macam tu,Seo pergi dulu"
Ayahnya mengangguk. Seoun bangun dari tempat duduknya dan berlalu pergi.
"Senang je nak pujuk anak aku"
YOU ARE READING
𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐢𝐟𝐮𝐥 𝐄𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠 || ᴄ.ʏᴊ
FanfictionMALAY FANFICTION "Kita akan dapat pengakhiran yang indah kan?" Dia cuma mahu pengakhiran yang indah bersama boyfriendnya yang flirty itu. ❦150922~071222 ❦completed ❦ⓒexplodedbeom- work