021

20 1 0
                                    

"Seoun,aku pergi kerja dulu,kau jangan lupa interview pula pukul 10 nanti!" Hyewon menjerit dari ruang tamu.

Seoun terus keluar "Kejap kejap" Hyewon menoleh ke arah Seoun "Kenapa?"

"Macam mana aku nak interview kalau aku tak ada sijil apa apa?"

Hyewon tersenyum "Tak apa,kau jangan bimbang. Tak ada sijil pon aku yakin yang kau akan diterima"

Seoun menggaru lehernya "Kau ni biar betul"

Hyewon mengangguk "Betul. Trust me,okay?"

"Ish ye lah"

"Ok lah,aku pergi dulu. Byeeee"

=

"Boss,orang yang nak interview dah sampai"

"Berapa orang dah sampai?" soal Yeonjun tanpa melihat ke arah Hyewon.

"Baru 12 orang"

"Pergi dulu,kejap lagi aku sampai"

Hyewon mengangguk kemudian dia keluar.

Hyewon menuju ke bilik untuk temuduga tu. Dia tidak melihat Seoun 'Mana pula dia ni,jangan terlambat sudah lah'

Hyewon pon tunggu Yeonjun didepan pintu bilik Itu. Tidak lama kemudian Yeonjun datang dan memasuki bilik itu. Hyewon mengikutnya.

"Dah,cepat lah. Bawak masuk satu satu" Yeonjun berkata sebaik sahaja dia duduk

Hyewon mengangguk dan keluar untuk memanggil sorang dahulu.

=

Sudah 2 jam,baru 8 orang yang diterima daripada 20 orang,lagi 4 orang belum sampai. Termasuklah Seoun.

"Hyewon,dah takde orang dah?"

Hyewon menggeleng "Belum sampai kot"

"Aku tunggu sampai 10 minit je"

Hyewon mengangguk dan keluar. Dia tidak melihat bayang Seoun pon. Dia menghela nafas.

Dia cuba telefon 3 orang yang lain namun tidak diangkat.

"Kau tak jawap aku anggap kau cancelled je lah"

Dia tidak boleh telefon Seoun,Seoun mana ada telefon.

"Ish Seoun ni datang ke tak. Haduh silap silap dia tu nak cari teksi pon tak pandai" Hyewon menggaru kepalanya.

"Kalau nak jemput dia tak sempat ni" Hyewon melihat jam tangannya,lagi 7 minit je.

Beberapa saat kemudian dia melihat seorang perempuan yang memakai suit berwarna biru tua berlari.

"Kenapa kau lambat?!"

"Kau lah! Aku kata kena sijil kau kata tak payah,dah receptionist tak percaya aku datang nak temuduga" kata Seoun sambil memukul lengan Hyewon perlahan.

"Dah lah,jom" Hyewon menarik Seoun.

Hyewon membuka pintu bilik itu "Boss,ada lagi sorang nak temuduga~" kata Hyewon tersengih.

Yeonjun menjeling Hyewon kemudian melihat ke arah kerjanya semula "Bawa dia masuk"

"Baik boss" Hyewon mengangguk.

"Seoun,nanti ubah tone suara kau tau!" Hyewon sempat berpesan.

"Kenapa pula?"

"Aaaaa,suara kau tu kecil. Boss tak suka,boss suka suara tegas"

Seoun mengangguk "Macam ni?" kata Seoun mengubah tone suaranya.

Hyewon hanya mengangguk dan tersenyum "Dah lah cepat masuk"

𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐢𝐟𝐮𝐥 𝐄𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠 || ᴄ.ʏᴊWhere stories live. Discover now