*tok* *tok* *tok*
"Gyu,pergi tengok tu siapa" kata Yeonjun sambil melipat lengan bajunya. Beomgyu hanya menurut.
Terkejut sebaik sahaja Beomgyu buka pintu. Dia kembali ke muka normal nya dan sedikit menunduk.
"Cari siapa?" gementar juga nak bercakap dengan yeoja dengan muka marah ni dengan dia.
'Dah macam nak makan orang pula dia ni. Nak mintak duit sewa rumah ke? Bukan abang aku dah bayar? Abang aku kan kaya takkan tak bayar'
"Hei,aku nak tanya ni"
Tersentak lamunan Beomgyu selepas wanita itu bersuara.
"Ya? Ada apa?"
"Ni rumah Choi Yeonjun ke?"
Beomgyu mengangguk "Ya ni rumah dia,ada apa?"
"Bini dia mana?"
"H-hah?"
"Ni kenapa ni?" Yeonjun datang dari belakang Beomgyu.
"Seoun mana? Aku call dia tak angkat aku mesej dia tak re-"
"Mana lah aku tau dia dekat mana"
"Macam tu pula? Bukannya kau suami dia?"
Yeonjun menghela hafas "Panjang cerita dia"
"Bukannya sampai kau kena cerita sampai 3 hari 2 malam kan"
"Masuk lah dulu"
Yena mengangguk dan mengikut Yeonjun.
"Duduk,kita cerita baik baik"
Yena mengangguk dan duduk di sofa.
"Gyu,buatkan air"
Beomgyu menjeling,tiba tiba pula dia yang nak kena buat air.
"Jadi mananya Seoun? Aku tanya dia mana je apa yang panjang sangat cerita dia tu Encik Choi?"
"Jadi macam ni....nama kau siapa?"
"Choi......Yena" Yena berkata sambil selak rambutnya.
Yeonjun mencebik "Jadi macam ni CIK CHOI" saja mahu menekan kan kata 'CIK CHOI',tadi kata dia 'ENCIK CHOI',tak sedar diri sendiri pon anak Choi.
"Ha,apa dia?"
"Saya....Choi Beomgyu!" Beomgyu menyelit sambil meletakkan tiga cawan yang berisi air milo.
"Ada aku tanya kau ke?" Yena berkata.
Beomgyu menggeleng "Mana lah tau nak berkenalan" Beomgyu tersengih.
"Eh kau ni Gyu,pergi sana! Menyemak sahaja!"
Beomgyu menggeleng "Tak nampak ni air Gyu pon dah ada,Gyu join lah sembang ni!" kata Beomgyu dan duduk.
Yeonjun mencebik.
"Encik Choi 1 dan Encik Choi 2,saya datang sini bukannya mahu melihat pertengkaran adik beradik ya"
Yeonjun mengangguk "Iya iya,jadi macamni. Seoun ada juga beritahu aku bahawa dia nak keluar"
"Lepastu"
Yeonjun menunduk sedih.
'Dah kenapa pula buat muka sedih ni' Yena hanya memandang Yeonjun.
Yeonjun menghela nafas "Lepastu...dia tak balik balik. Aku risau lah juga sebab masa tu hujan" Yeonjun kemudiannya mencicipi air milo yang Beomgyu telah buat tadi.
"Lepastu aku pergi keluar untuk cari dia dengan Beomgyu"
Beomgyu mengangguk "Betul betul!"
Yeonjun hanya menjeling Beomgyu.
*Searching for a man,all across Japan. Just to fin-*
"Kejap,aku angkat call ni dulu" Yeonjun meletakkan telefon bimbitnya di telinganya.
"Ya saya Kang Hyewon,kau nak apa?"
"Ha boss,saya nak bagitahu yang saya masuk pejabat lambat sikit tau!" terdengar suara Hyewon dari seberang talian.
"Kenapa pula? Melawat kawan kau yang sakit lagi?"
"Eh,bukan bukan! Dia dah keluar dari hospital. Kali ni kami nak keluar sebab......sebab dia dah lama tak lepak!"
"Baiklah Kang Hyewon,jangan lama sangat. Tengok jadual aku apa yang perlu aku buat hari ni"
"Baik boss!" Hyewon terus letak panggilan.
Yena dan Beomgyu hanya melihat sambil minum milo.
Yena dan Beomgyu terus meletakkan cawan mereka di atas meja semula.
"Sambung cerita" arah Yena.
"Dan sampai sekarang aku tak jumpa dia lagi. Aku dah cari merata rata dah. Aku call pon dia tak angkat" Yeonjun menunduk.
"Dia hilang dari radar macam tu je?"
Yeonjun mengangguk.
"Kau tak cuba cari ke?"
"Kan aku dah cakap,aku dah cuba cari tapi aku tak nampak dia!"
"Kau dah report polis?"
Yeonjun hanya memandang Yena,tidak menjawap pertanyaan Yena tadi.
YOU ARE READING
𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐢𝐟𝐮𝐥 𝐄𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠 || ᴄ.ʏᴊ
FanfictionMALAY FANFICTION "Kita akan dapat pengakhiran yang indah kan?" Dia cuma mahu pengakhiran yang indah bersama boyfriendnya yang flirty itu. ❦150922~071222 ❦completed ❦ⓒexplodedbeom- work