024

14 2 0
                                    

"Seoun? Jom lah!" Hyewon menarik tangan Seoun. 

"Ni rumah boss ke?" Seoun soal sambil berbisik. Hyewon hanya mengangguk.

"Dah lah,jom masuk!"

'Kenapa aku macam pernah nampak rumah ni...'

=

"Ingatkan tak datang" kata Yeonjun selepas melihat Hyewon dan Seoun.

Hyewon tersengih "Maaf lah lambat"

"Hmmm,masuklah!"

Hyewon dan Seoun melihat keliling rumah yang dipenuhi orang ramai itu. Tiba tiba,seseorang terlangar Seoun dan air yg dipegang orang itu terkena baju Seoun.  Seoun hanya mematung.

"Maaf! Saya minta maaf! Saya tak sengaja!" kata orang tersebut dan melihat ke arah Seoun "Unnie?"

Seoun menghela nafas.

"Habistu macam mana sekarang ni?" Hyewon bersuara.

"Ummm,saya....saya" dia menggaru tengkuknya.

"Gyu? Kenapa ni?" tiba tiba saja Yeonjun datang.

"Erk,gyu tertumpahkan air kat baju dia" Beomgyu kata sedikit berbisik.

"Seoun..." Yeonjun menghela nafas "Jom lah,salin baju"

Seoun menggeleng "Tak apa lah,saya balik je"

"Jangan lah macamtu,jom" Yeonjun menarik tangan Seoun pergi ke biliknya.

=

"Nah,salin lah,saya keluar dulu" Yeonjun memberikan baju dari almarinya kepada Seoun dan keluar.

"Kenapa macam baju perempuan,takkan dia pakai baju perempuan kot. Ke tah tah baju awek dia ke" Seoun menggaru kepalanya. "Pakai je lah!"

=

"Hyung,tu tadi Seoun unnie ke?" Beomgyu berbisik.

Yeonjun mengangguk.

"Aik? Dia tak kenal gyu ke dan macam mana boleh jumpa dia?"

Yeonjun menggeleng "Dia amnesia"

Beomgyu mengangguk "Dia ingat hyung tak?"

Yeonjun menggeleng.

Beomgyu menggigit bibir bawahnya.

=

Sesudah salin pakaian,terdapat satu gambar yang berada di atas meja sisi menarik perhatian Seoun.

"Istri dia?" Seoun yang melihat mereka berpakaian pengantin itu menganggap itu istrinya.

Seoun mengambil gambar tersebut dan melihat dengan lebih teliti.

'Kenapa macam muka aku...' Seoun menggigit bibir bawahnya dan menggeleng. Seoun perhatikan bilik itu,memang sungguh tidak asing baginya.

Kini,polaroid-polaroid kecil yang tergantung di dinding  pula menarik perhatiannya. Dia meletakkan gambar tadi dan menuju ke polaroid polaroid itu.

Seoun merasa pelik apabila terdapat beberapa polaroid seperti wajah dia.

'Aku...?'

Seoun menggeleng dan melihat lagi polaroid itu.

Seoun memegang kepalanya dan menjauh dari polaroid itu,namun belum sempat keluar,pandangannya sudah kabur.

=

"Hyewon? Seoun mana?" Yeonjun soal selepas melihat Hyewon yang bergelak tawa bersama rakan kerja yang lain tanpa Seoun.

"Lah? Bukan boss yang bawak dia pergi salin baju tadi?"

"Takkan salin baju lama sangat..."

Yeonjun menuju ke arah biliknya dan mengetuk pintu "Seoun?"

Tidak ada jawapan.

Yeonjun menghela nafas dan perlahan lahan membuka pintu itu

"SEOUN!"

𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐢𝐟𝐮𝐥 𝐄𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠 || ᴄ.ʏᴊWhere stories live. Discover now