"Dah pukul 3 ni Hyewon,lambat masuk kerja. Apa cerita?" Yeonjun soal kepada Hyewon yang berdiri di depannya.
Hyewon mengusap lehernya. Ni semua sebab dia leka bersembang dengan Seoun tadi.
"Hyewon,jawap lah. Apa kena nya kau lambat masuk?"
"S-saya leka pula bersembang dengan kawan saya yang dekat hospital tadi"
Yeonjun menggeleng "Sakit apa kawan kau tu sampai kena lawat 24 jam?"
"Eh boss,mana ada 24 jam,kalau 24 jam baik saya ada lagi kat sana. Lagi satu,kalau boss nak tau dia sakit apa,jom lah kita melawat dia sama sama! Lagipon dia tu amnesia,kita boleh lah tolong dia ing-"
"Kang Hyewon!"
Terus Hyewon tersenyap.
"M-maaf boss"
"Sekarang ni ada saya peduli ke kawan awak tu amnesia ke tidak?"
Hyewon menggeleng.
"Dah lah,kau keluar"
Hyewon mengangguk dan keluar dari bilik bossnya itu.
=
"Hyewon,tolong bagi semua ni dekat boss" Yoona meletakkan beberapa surat di atas meja Hyewon.
"Surat apa ni?"
"Entah,aku tk baca pula"
Hyewon mengangguk "Ya lah,nanti aku bagi"
Hyewon mengira surat tersebut.
"11!" Hyewon menyusun semula surat itu bagi kemas.
"11 surat! Tapi apa ni?"
Hyewon membuka salah satu surat
"Surat berhenti kerja?"
"Semua surat ni surat berheti kerja ke apa?" Hyewon menggaru kepalanya.
Dia terus bangun dari duduknya dan berjalan ke arah bilik kerja Yeonjun.
Dia mengetuk dahulu pintu sebelum masuk. Tak ketuk kang kena marah pula.
"Masuk!" Yeonjun memberi kebenaran dari dalam. Hyewon membuka pintu dan masuk.
"Boss,ini surat" Hyewon meletakkan 11 surat tadi di atas meja Yeonjun.
Yeonjun memandang Hyewon tajam "Aku tahu lah ni surat. Ni surat apa?"
Hyewon mengangkat kedua bahunya "Saya tak baca pula"
"Dari mana kau dapat surat ni?"
"Yoona yang suruh saya bagi"
"Pergi tanya Yoona dari mana dia dapat surat ni"
Hyewon mengangguk dan berjalan keluar dari bilik Yeonjun.
Dia berjalan ke arah meja Yoona.
"Yoona,ermmm surat tadi dapat dari mana?"
Yoona memandang kearah Hyewon "Tu semua surat yang diberi oleh pekerja company ni"
"Oh ok ok" Hyewon berjalan ke arah bilik Yeonjun semula dan terus masuk.
"Tak reti ketuk dulu sebelum masuk?" Yeonjun memandang Hyewon tajam dan letak telefon bimbitnya yang berada di tangannya tadi atas meja.
"Hehe,maaf boss"
"Jadi surat tu dari mana?"
"Surat tu semua dari beberapa pekerja dari company ni"
Yeonjun mengangguk dan menghalau Hyewon keluar. Hyewon pon keluar lh,dah kena halau tu.
Yeonjun membuka semua surat. Semua surat berhenti kerja.
"Apa benda yang semua nak berhenti ni" Yeonjun mencampakkan surat terakhir.
Yeonjun mendail sesuatu di telefon pejabat.
"Hyewon,masuk bilik saya kejap"
"On the way boss!"
=
"Tadi halau,ni suruh masuk balik,menyusahkan!" Hyewon merungut. Hyewon mengetuk pintu bilik Yeonjun.
"Masuk!"
Hyewon masuk "Nak apa?"
"Amboi,cakap macam nak cari gaduh. Potong gaji kang!" Yeonjun menjeling Hyewon.
"Iya boss,boss perlukan apa apa ke?" Hyewon tersenyum paksa.
"Ha,cari pekerja"
"Cari pekerja?"
Yeonjun mengangguk "Ye lah,kau dengar aku suruh cari bini ke?"
Hyewon menggeleng "Kenapa? Boss nak saya carikan jodoh untuk boss ke?"
"Eh engkau ni kang,aku suh cari pekerja bukan jodoh!"
"Ya boss,iya" Hyewon mengangguk.
"Ada apa apa lagi ke boss?"
"Hmmm,kalau boleh cari dia" Yeonjun menunjuk gambar seseorang yang berada di dalam telefon nya.
Hyewon membulatkan matanya "Dia?!"
Yeonjun mengangguk.
"Kalau saya dapat cari dia,boss nak bagi apa?"
"Kau ni,belum apa apa dah tanya aku nk bagi apa. Ye lah,nanti aku naikkan gaji kau"
Hyewon mengangguk "Okay,deal!" Hyewon tersenyum sinis. "Itu je ke boss?"
Yeonjun mengangguk.
"Ok lah,saya keluar dulu,byeeee"
=
"Oh,boss nak pekerja yang rupa dia macam tu ya. Senang je,ada depan mata dah boss" Hyewon tersenyum.
"Tapi macam mana kalau Seoun taknak?" Hyewon membela posisi duduknya.
"Takde takde,pandai pandai lah aku paksa dia" Hyewon menyndar semula.
YOU ARE READING
𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐢𝐟𝐮𝐥 𝐄𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠 || ᴄ.ʏᴊ
FanfictionMALAY FANFICTION "Kita akan dapat pengakhiran yang indah kan?" Dia cuma mahu pengakhiran yang indah bersama boyfriendnya yang flirty itu. ❦150922~071222 ❦completed ❦ⓒexplodedbeom- work