"Sayang,dah balik?" Yeonjun membawa secawan kopinya sambil melihat Seoun yang berada di meja makan itu.
"Dah kalau nampak saya ada kat sini tu maknanya dah balik lah"
"Kenapa marah marah ni?" Yeonjun duduk didepan Seoun "Nak kopi?" Yeonjun menghulurkan kopi yang dibawa tadi.
Seoun menggeleng.
"Betul ni?"
Seoun mengaku,dia haus. Dia terus ambil kopi itu dan minum kopi itu.
"Terima kasih"
Yeonjun tersenyum. Walaupon tu kopi untuk dia tapi tak apa lah. Dia boleh buat baru.
"Saya naik dulu" Seoun pergi masuk ke dalam biliknya.
=
"Hyung nak pergi mana?" Beomgyu soal sebaik sahaja dia melihat Yeonjun yang hendak keluar.
"Ha,aku nak keluar ni. Seoun ada dalam bilik,kau jangan buat macam macam pulak,aku cungkil mata kau kang" Yeonjun menunjuk ke arah mata Beomgyu.
Beomgyu tersengih "Asalkan hyung tak pergi curang~"
Yeonjun memukul lengan Beomgyu "Kau ingat aku tak ada kerja lain ke selain curang?"
"Mana lah tauuuu"
"Dah lah aku pergi dulu" Yeonjun keluar.
Tak lama itu,Seoun pon turun kebawah.
"Yeonjun mana?"
"Dia keluar" jawap Beomgyu sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.
Seoun melihat ke arah dapur "Dia dah sarapan?"
Beomgyu menggeleng "Kami belum sarapan lagi"
"Gyu tunggu lah kejap,aku masakkan"
Beomgyu mengangguk dan tersengih. Untung ada akak ipar pandai masak ni.
=
"Ada apa appa nak jumpa Yeon ni? Nak suh Yeon khawin lagi satu?" Yeonjun duduk didepan ayahnya.
"Nak ke?"
Laju sahaja Yeonjun menggelengkan kepalanya "Taknak taknak"
"Ok tak rumah tangga kamu?"
Yeonjun mengangguk "Ok aje"
"Ha,Yeon dah besar,khawin pon dah. Tanggungjawab makin besar"
Yeonjun ragu,apa pula yang hendak dikatakan oleh ayahnya.
"Kenapa ni appa?"
"Erk,appa nak Yeon ambil alih syarikat appa tu"
Yeonjun menghela nafas "Ingatkan apa tadi"
"Tapi Yeon kena janji ngan appa Yeon buat yang terbaik!"
"Yeon tau appa"
Ayahnya tersenyum "Macam tu lah yang appa nak"
Yeonjun hanya ikutkan sahaja lah.
=
Baru sahaja pulang,sudah melihat dua sosok di meja makan,maklumlah dapur memang berdekatan dengan ruang tamu.
"Hyung! Sini lah makan!"
Yeonjun mengangguk. Dia berjalan ke arah meja makan.
"Siapa masak?" Yeonjun duduk di sebelah Seoun.
"Seoun unnie lah! Takkan lah kucing jiran sebelah pulak"
Yeonjun menjeling adiknya,mahu sahaja ditampar adiknya itu.
YOU ARE READING
𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐢𝐟𝐮𝐥 𝐄𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠 || ᴄ.ʏᴊ
FanfictionMALAY FANFICTION "Kita akan dapat pengakhiran yang indah kan?" Dia cuma mahu pengakhiran yang indah bersama boyfriendnya yang flirty itu. ❦150922~071222 ❦completed ❦ⓒexplodedbeom- work