"Seoun,seronok kerja tadi?" Hyewon menghampiri Seoun yang sedang menonton tv.
Seoun mengangguk "Boleh lah"
"Kau rasa boss tu garang?"
Seoun menggeleng "Tak"
"TAK?!"
Seoun mengangguk "Aku tak rasa dia garang pon"
"Kau ni biar betul,selama aku kerja dengan dia uishhh,garang takleh bawak bincang"
Seoun tergelak "Mana ada dia garang"
Hyewon mengerutkan dahinya "Kau ni biar betul"
Seoun mengangguk "Betul,dia baik je"
"BAIK?!"
Seoun mengangguk.
"Agaknya otak kau ni serong lah,taktau nak bezakan mana baik,mana garang"
Seoun menggeleng "Dia ok je lah"
Hyewon hanya menggeleng.
=
"GYU! GYU!"
Beomgyu terus keluar dari biliknya selepas dipanggil Yeonjun.
"Ya hyung? Terpekik pekik macam burung gagak. Ada apa"
Yeonjun tersengih "Macam ni" Yeonjun melompat lompat.
'Apa kena hyung aku ni,kata gila kang kena hempuk' hati kecil Beomgyu berkata sambil garu tengkuknya.
"Apa kena hyung?"
"Emmmm,aku nak ambil hati sorang perempuan ni" Yeonjun mencapai tangan Beomgyu.
Beomgyu melihatnya jijik "Apa benda hyung ni,bini hilang terus cari lain" Beomgyu melepaskan tangannya dari tangan Yeonjun.
"Aduh,bukan macam tu gyu" Yeonjun menggaru kepalanya.
"Habistu?"
"Erkkk,ummm....aaaaa...."
"Apa dia ni hyung? Alahai,gagap pulak dah"
"Ok Gyu, ummmm..."
Beomgyu hanya melihat Yeonjun.
'Nak cakap ke taknak ni,ada aku bagi kaki kang' - Beomgyu.
"Ok Gyu. Hyung nak ambil hati dia"
Beomgyu mengangguk "Faham faham,memang faham pon. Faham sangat,nak ambil hati DIA kan? Faham!" sengaja Beomgyu menekankan ayat 'Dia'
"Ish Gyu!" Yeonjun memukul lengan Beomgyu perlahan.
"Ouc-"
'Aku pulak yang kena pukul' Beomgyu memandang Yeonjun pelik.
"Bang,aku syak kau ni gila lah. Bukan syak lagi,dah sah dah. Jom lah bang,aku hantar gi tanjung rambutan"
Yeonjun menggeleng "Bukan Gyu! Sebenarnya...hyung jumpa dia"
Beomgyu hanya memandang Yeonjun dengan tiada perasaan.
"Ye lah hyung,dia tu takde nama ke? Dia,dia dari tadi. Nama takde?"
"Ada" Yeonjun mengangguk.
"Ha,apa nama dia?"
"Kim...Seoun"
Mata Beomgyu membulat "Nama dia sebijik dengan bini hyung tu"
"Ala kau ni Gyu,lembap lah. Dia lah tu!"
"Biar betul hyung" Gyu memukul lengan Yeonjun sambil ketawa kaku.
Yeonjun mengangguk "Betul lah,takkan lah aku tipu"
Beomgyu tergelak "Kau salah tengok kot hyung,dah rindu sangat kan mula lah berhalusinasi"
"Aku tak main main lah gyu!"
Beomgyu berhenti gelak dan mengangguk "Y-ya"
"Tapi dia hilang ingatan" Yeonjun menunduk.
Beomgyu tidak memberi respon.
"Sekarang ni aku nak dia ingat aku,tu je. Kau boleh tolong aku kan?" Yeonjun melihat ke arah Beomgyu.
"G-gyu?"
Yeonjun mengangguk.
"Gyu nak tolong macam mana?"
"Ada lah,kau ikut je"
"Jangan macam macam bang,saya tolak permintaan abang"
"Ck,takpe,tunggu kau"
=
"Selamat pagi boss!" Hyewon menyapa Yeonjun.
"Hmm,Seoun dah masuk?"
Hyewon mengangguk menandakan sudah.
"Hyewon,kau ada tips tak macam mana nak buat orang hilang ingatan tu ingat balik?"
Hyewon terkebil kebil "Erk- saya tak ada pengalaman dalam bab ni boss,saya tak tau"
"Aish,kau cari maklumat macam mana nak kembalikan ingatan orang yg amnesia"
Hyewon mengangguk perlahan "Ermmm,saya rasa kan boss,boss cuba lah bawa dia ke tempat tempat yang penuh memori,tunjuk dia gambar gambar lama dia yang penuh dengan memori..."
"Aku cuba,kalau tak jadi siap kau" Yeonjun berlalu pergi.
"Tapi boss,saya tak jamin apa apa!"
YOU ARE READING
𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐢𝐟𝐮𝐥 𝐄𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠 || ᴄ.ʏᴊ
FanfictionMALAY FANFICTION "Kita akan dapat pengakhiran yang indah kan?" Dia cuma mahu pengakhiran yang indah bersama boyfriendnya yang flirty itu. ❦150922~071222 ❦completed ❦ⓒexplodedbeom- work