016

19 4 0
                                    

"Haus lah pula" Hyewon keluar dari bilik kerjanya dan menuju ke arah pantry.

Semasa dia membancuh air,secara tak sengaja dia telah jatuhkan cawan.

"Opss-!"

"Ish,kau kenapa?! Nak bancuh air pon sampai cawan jatuh!" secara tiba tiba,Yeonjun datang.

"S-saya tak sengaja"

"Tak kira lah sengaja ke tak! Habistu ni dah pecah siapa nak ganti"

"Alah boss,cawan je. Tak apa,nanti saya ganti!"

"Bersihkan tu! Lepastu kau pandai pandai lah ganti" Yeonjun berlalu pergi.

Yoona yang dari tadi hanya melihat dari jauh kini dia datang ke arah Hyewon. 

"Sabar je lah,boss tu memang garang"

Hyewon mengangguk "Tak apa lah,salah saya juga sebab tak berhati hati"

=

"Ha,nak kemana tu Hyewon? Melawat kawan kat hospital lagi?" soal Yeonjun yang baru saja keluar dari biliknya.

Hyewon mengangguk.

"Pergilah,kerja jangan lupa pula"

Selepas menerima anggukan Hyewon,Yeonjun terus berlalu pergi.

=

"Awal hyung balik? Selalunya balik malam" Beomgyu melihat ke arah jam yang menunjukkan pukul 12:21 PM.

"Suka hati aku lah,aku boss" Yeonjun duduk disebelah Beomgyu.

"Aku nak cari Seoun,aku masih belum dapat cari dia" Yeonjun mengeluh.

Beomgyu mengangguk "Ingatkan hyung dah berputus asa"

Yeonjun menjeling Beomgyu "Takkan lah aku nak berputus asa"

"Habistu hyung buat tak tau je"

"Aku banyak kerja lah sebelum ni"

"Tapi,hyung ada idea ke dekat mana nak cari dia?"

Yeonjun menggeleng.

"Dahtu?"

"Pandai pandai lah aku cari!"

=

Hyewon melihat jam tangannya.

"2:31"

"Aku pergi kerja dulu,dah tamat dah masa rehat aku. Nanti lepas balik kerja,aku datang sini semula!" Hyewon tersenyum dan bangun dari duduknya.

"J-jangan"

Hyewon yang mendengar itu menoleh ke arah suara. Perlahan lahan Hyewon menghampiri Seoun.

"Annyeong!" Hyewon menyapa mesra.

Seoun memandang Hyewon lemah "Awak siapa?"

"Hehe,aku Hyewon!"

Seoun mengangguk perlahan "S-saya....."

Seoun kelihatan seperti berfikir.

"Kau apa?"

"N-nama saya...."

"Nama kau Seoun!"

Seoun memandang ke arah Hyewon "Saya Seoun?"

Hyewon mengangguk "Ish kau ni nama sendiri pon tak ingat"

Seoun tersenyum kekok.

"Eh,kejap eh! Aku panggil doktor"

𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐢𝐟𝐮𝐥 𝐄𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠 || ᴄ.ʏᴊWhere stories live. Discover now