018

19 3 0
                                    

"Seoun~~~!" Hyewon masuk ke dalam ruang Seoun dan melihat Seoun yang sedang lipat baju hospital itu. Takkan lah dia nak balik dengan baju hospital. Lagipon Hyewon dah pinjamkan bajunya kepada Seoun.

"Terima kasih pinjamkan saya baju ni!"

Hyewon mengangguk "So.....kau nak pergi mana?"

"Erkkk" Seoun menggaru kepalanya. Dia tidak tahu kemana,dia bukannya ingat pon rumah dia.

"Hmmmm,kau duduk dengan aku lah!"

"Duduk dengan awak?"

Hyewon mengangguk "Lagi satu,tak payah lah nak ber awak saya,aku kau je!"

"A-aku,kau?"

Hyewon mengangguk.

"Ok lah"

"Ok jom!"

Seoun hanya ikut kan sahaja.

=

"Ni rumah kau?" Seoun melihat keseliling.

Hyewon mengangguk "Iyalah dahtu rumah siapa lagi?"

"Kau tinggal sorang ke?"

"Haah,tapi tu dulu lah. Sekarang kan aku dah tinggal dengan kau"

Seoun mengangguk.

"Anyway kau dah ada kerja nak buat?"

Seoun menggeleng "Tak ada lah,baru je keluar hospital"

"Kalau macam tu,aku boleh carikan kerja untuk kau! 100% aku jamin kau akan diterima"

"Kau ni,luka aku pon masih berbalut lagi" Seoun menunjukkan lukanya yang dibalut didahi.

"Alah,tu bukan penghalang kau nak bekerja"

"Eh eh kau ni paksa aku pula"

"Hehe. Temuduga tu lusa. Esok kita shopping cari baju kau,okay!?"

"Ish kau ni,malulah aku. Aku bukannya ada duit"

"Aku belanja lah!"

"Eh,takpe!"

"Tak apa,nanti kalau kau dah dapat gaji kau ganti lah balik,okay?"

Seoun mengangguk.

"Oh lagi satu,nah" Hyewon memberi beg tangan berwarna coklat kepada Seoun.

"Apa ni?"

"Ni barang kau"

Seoun ambil begnya "Terima kasih tolong simpankan"

Hyewon mengangguk "Tak ada hal lah!"

"Eh,jom lah aku tunjukkan bilik kau!" Hyewon mengajak Seoun. Seoun hanya mengikutnya.

=

"Seoun,kau buat apa?" soal Hyewon yang melihat Seoun masih ada di dapur.

"Aku minum air jap"

Hyewon mengangguk "Aku tidur dulu ya"

Seoun mengangguk.

Selepas minum,Seoun turut masuk ke dalam biliknya. Dia mencapai beg tangannya. Perlahan lahan dia buka.

"Purse! At least aku ada duit!" Seoun membuka purse dia dan melihat duitnya. Dia mengira duitnya.

"Ada 556 ringgit...." dia mengeluarkan duit syiling pula.

".....60 sen!"

"Cukup lah ni nak beli baju,tak payah susahkan Hyewon!" dia tersenyum. Dia membelek lagi purse dia.

"IC pon ada....~~~"

"Ni mesti kad bank,hmmm. Biarlah,aku bukannya ingat pin dia pon" katanya sambil melihat beberapa kad lagi yang berada di dalam purse nya.

Dia menutup semula purse nya dan membelek lagi apa yang ada dalam beg nya.

"Wow....phone!" Seoun membawa keluar phonenya.

"Cantik phone aku! Macam sarang labah labah!" Seoun melihat phonenya yang retak itu. Dia cuba on kan phone nya namun tak boleh.

"Aish" dia letak phonenya kemudian kembali membelek beg nya.

"Lipstik" dia membawa keluar lipstik nya.

"Minyak wan...."

"...gi" dia melihat botol minyak wanginya yang pecah dan isinya habis tumpah semua.

"Patut lah purse aku bau wangi semacam tadi" Seoun menggelengkan kepalanya.

"Dah lah,yang lain tak penting kot" Seoun menutup beg nya.

𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐢𝐟𝐮𝐥 𝐄𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠 || ᴄ.ʏᴊWhere stories live. Discover now