1

17.6K 83 9
                                    

BAM!

Aku hempas pintu kereta sedikit kuat sehingga wanita itu terhinjut. Aku yang baru mahu masuk ke kereta telah dihalang olehnya dan menyuruh aku tunggu. Aku menghadap dia sekarang.

"Nak apa?" kataku getas, bertanya padanya. Dia kelihatan gelisah di depanku, tak tahu kenapa.

"Erm... Abang, erk I meant, Harry... I, I perlukan bantuan you," katanya. Tiba-tiba saja.

Aku buang muka seraya menyilang tanganku di dada. Sengihan sinis tidak ku lupa. "Tak habis-habis menyusahkan. Nak apa lagi?" Aku paling ke muka dia dan bertanya sedikit keras. Dia terhinjut sekali lagi.

"Harry, please. Forgive me. I know that was my fault, I came here to looking for you and ask to your forgiveness."

Malas aku nak layan. Aku geleng kepala dan ku atur langkah aku meninggalkan dia. Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu nak kemana. Fikirku hanya mahu mengelak dari perempuan ini sahaja.

Cik Puteri Zulaikha, sedap namanya. Sesedap wajahnya dipandang mata. Siapa saja tak tertarik dengan dia, aku pun tak menafi yang hati aku hampir bergetar dibuatnya.

Tapi, sikap gedik dia buat aku naik loya. Terus terpotong separuh markahnya. Dari suka lansung jadi menyampah. Buekk!

Paling menyedihkan, dialah penyebab aku dibuang kerja dari syarikat automotif kegemaran aku. Aku tahulah dia anak boss, tapi dia tak ada hak nak menyita waktu kerja aku semata-mata untuk meneman dia berjalan ke sana kemari. Akibatnya, aku dikenakan tindakan disiplin selama tiga kali bertutut-turut kerna perbuatan dia. Langsung aku dibuang kerja serta merta. Memang tak boleh dimaafkan!

"Harry, you still marahkan I? I'm sorry...." Dia masih kejar aku. Nak apa lagilah perempuan ni?

"Pergi baliklah Cik Puteri. Buat apa datang sini? Kacau mood orang saja."

"No, I tak akan balik selagi you tak maafkan I. Please..." Dia merayu lagi.

Dia tak tahu yang aku ni dah jauh membawa langkah sampai ke hujung jalan. Kereta aku pun aku tinggalkan. Tapi, nampaknya aku kena patah balik. Kalau aku teruskan berjalan boleh sampai ke Johor nanti ni.

Aku lalu memutuskan untuk berpatah balik dan kembali ke kereta. Ku biarkan saja wanita itu terus mengekori aku. Aku terjumpa dia semula pun sebab kebetulan, tersermpak di pasar malam yang aku bercadang nak beli makanan. Akhirnya, makanan aku tak jadi beli, malah mood aku rosak gara-gara kemunculan perempuan ini.

"Harry... Tunggu I. Please..." panggilnya lagi. Masih meminta belas kasihan dari aku.

"Nak apa lagi lah?" bentak aku tanpa menoleh padanya. Ku juga sudah mula membuka pintu kereta.

Dia tahan tangan aku. "Harry... I, I sesat..." Aku terus paling ke muka dia.

"Kejadah apa zaman sekarang boleh sesat? Fon mana fon? Dah tak boleh cari pakai maps?" tempikku.

"Fon I habis bateri. I tak tahu kereta I parkir kat mana. Tempat ni bukan tempat I, so I lost!"

Aku tepuk dahi kuat-kuat. Memang tak sah ke kalau perempuan ni muncul tak bagi aku bala? Eeyy, geram betul akulah!

"Dah, masuk!" arahku. Memandangkan hari sudah cukup larut malam maka aku suruh dia masuk ke kereta.

Iyalah, kesal-kesal aku pun kesian juga pada dia. Perempuan kan. Mana mungkin lelaki sejati macam aku nak biarkan perempuan susah. Lagi-lagi di waktu malam. Chewah!

"Mana awak parking kereta tadi?" soalku, sambil memandu ke sana kemari. Aku meliar mencari di mana keretanya ditinggalkan.

"I, I pun tak ingat. Rasanya dekat situ, tapi tak ada pulak." katanya. Ditunjukkan padaku sebuah tempat berhampiran roundabout.

"Tempat macam tu ada banyak dekat sini. Mana satu awak berhenti?"

"Alamak... I, sumpah tak ingat. Tapi seingat I tempatnya lebih kurang begini." Dia dah buat muka tak bersalah. Eeyy, geram betul aku.

"Tahu tak? Ni dah lewat malam, saya belum balik rumah lagi. Makan pun tak lagi. Ni nak kena cari kereta awak pulak. Memang menyusahkan betullah." Aku mulai kesal.

Puteri diam dan menunduk ke pangkuannya. Sesekali mata bundarnya melirik ke arahku, sayu. Aku tak faham macam mana dia boleh tahu kelemahan aku, iaitu tak boleh tengok muka sedih perempuan. Auto reda kemarahan aku dan bertukar menjadi kesihan. Bala betul!

Aku hirup nafas seketika dan memutar otak aku ni untuk mencari jalan penyelesaian terbaik buat malam ini. "Macam nilah, Cik Puteri..." Aku berujar padanya, meminta dia memberi tumpuan kepadaku.

"Saya dah penat ni, apa kata esok je kita cari kereta awak tu? Sekarang ni kita balik dulu," usulku.

"Balik? Tapi balik mana?" Dia balas bertanya.

"Rumah sayalah, mana lagi!"

Dia tidak menjawap. Tapi dari raut wajahnya aku tahu dia terkejut.

Tak boleh nak buat apa, ini saja pertolongan yang mampu ku berikan buat masa ini. Kalau dia nak, terpulang. Kalau tak nak pun suka hati, aku tak paksa!

Gelora Jiwa (COMPLETED) ✅✅✅Where stories live. Discover now