19

3.7K 31 1
                                    

Harry's POV

HATI aku tak tenang selepas melihat Puteri pergi begitu saja meninggalkan aku tadi. Lebih menyedihkan apabila aku tak dapat mengejarnya disebabkan urusan aku dengan Ameena dan juga ayahnya belum selesai lagi.

Maka aku perlu selesaikan segera urusan dengan mereka. Aku setujui sahaja apa katanya, yang penting mereka cepat beredar, dan aku boleh kejar Puteri.

Malangnya, sebaik urusan aku dengan mereka telah clear, aku dahpun kehilangan jejak Puteri. Aku mengeluh sepi.

Tapi aku tak boleh menyerah begitu saja. Aku kena cari Puteri dan temui dia. Hati aku tak tenteram selepas melihat raut wajah sedihnya. Sebab aku dahpun benar-benar sayangkan dia.

Aku terpaksa masuk ke rumah semula untuk membersihkan badan dan menukar pakaian. Mengenakan T-shirt dan jeans aku jauh lebih selesa. Setelah itu, aku keluar semula ketika waktu menjelang senja.

Aku terus pecut ke office, cuba mencari Puteri dekat situ. Namun staf-staf yang masih tinggal memberitahu aku bahwa Puteri sudahpun pulang.

Tapi aku tak rasa Puteri dah balik. Pasti Puteri masih ada di luar memandangkan aku terserempak dengannya kira-kira satu jam yang lalu. Jadi aku tidak putus asa mencarinya sehinggalah hari bertukar malam.

Baru aku teringat, Puteri biasanya akan menghabiskan masa ataupun dinner di Paradise Hotel. Di tempat itu jugalah dia selalu membawa aku dating berdua dulu yang membuatkan si Isyhak itu naik berbulu dengan aku.

Maka aku terus pecut ke sana tanpa berkira-kira lagi. Aku yakin Puteri datang ke tempat itu untuk menikmati alunan muzik classic yang dimainkan secara langsung oleh orchestra ternama. 

Puteri biasanya akan mengajak aku ke tempat itu terutama apabila dia sedang tertekan. Dengan mendengarkan alunan merdu gesekan biola yang dimainkan, Puteri akan berangsur menjadi tenang. Tempat itu sungguh membangkitkan suasana romantik bagi siapa yang mengunjunginya. Termasuklah aku.

Boleh dikatakan, aku sudah lama jatuh cinta pada Puteri. Tetapi aku cuba menidakkan perasaan itu dan tetap bersikap profesional. Namun sekarang, apa boleh buat? Aku sudah tersunggkur jatuh ke dalam hangat pelukan cintanya. Serius aku angau gila dengan dia.

Sebaik sahaja aku tiba di hadapan hotel lima bintang berkenaan, aku liarkan pandangan cuba mengesan akan kehadiran Puteri. Dekat 10 minit aku cuba mencari bayangan dia. Akhirnya aku dapat tersenyum lega apabila aku mengesan keretanya diparkir di petak VIP di hadapan restoran tersebut.

Aku dah agak. Mesti dia ada dekat sini. Oh, Puteri. Tunggulah kandamu ini!

Eh, sekejap! Kali ini aku tak cuma mengesan keretanya saja. Tetapi aku juga berjaya mengesan bayangannya. Ya, Puteri ada di dalam sana. Aku nampak dia. Yes!

Tapi, kegembiraan aku terbantut apabila aku turut mengesan kehadiran Isyhak juga berada di situ. Puteri dinner dengan dia ke?

Kerutan di wajahku membentuk akibat rasa hampa. Baru saja aku happy nak jumpa Puteri, langsung terpotong mood aku ini.

Tapi takkan aku akan mengalah begitu aje? Aku datang kemari semata-mata untuk dia kot. Jadi lebih baik aku berusaha untuk temui dia, macam manapun caranya!

Berkat sedikit usaha, akhirnya aku berjaya menyusup masuk ke restoran berkenaan secara sembunyi-sembunyi. Aku tak mahu kehadiran aku dapat dikesan oleh si Isyhak tu nanti. Semak je!

Dari kejauhan aku perhatikan mereka berdua. Aku duduk di meja hujung yang agak terselindung. Port paling cun untuk sekaradar nak spy Puteri di tempat duduknya sana.

Agak lama aku perhatikan mereka berbual. Sebaris senyumpun aku tak dapat kesan dari wajah Puteri. Malah wajahnya muram seperti sedang tertekan sangat dalam. Hati aku turut miris melihat sikapnya itu.

Sedari tadi hanya Isyhak saja yang aku lihat berbicara. Melalui gerak bibir, aku lihat Puteri hanya menjawap sepatah dua. Sampailah aku lihat Isyhak mencipta kerutan di wajahnya. Nampak dari lenggok biacaranya lelaki itu seperti kurang berpuas hati.

Aku sudah standby di sini. Kalau dia buat apa-apa tindakan kasar pada Puteri, aku sedia turun tangan untuk gadis yang sudah menjadi suri hatiku ini.

Tidak lama, Puteri seperti berpamitan pada Isyhak untuk beredar. Aku tak tahu dia mahu kemana. Tapi aku akan ekori kemanapun dia pergi.

Ternyata tekaan aku benar. Puteri telahpun bangkit dan berlalu. Menurut gaya gerak yang aku perhatikan, dia hendak menuju toilet. Inilah peluang aku. Aku mesti kejar dia.

Benar sekali. Puteri sedang menuju toilet. Aku terus ekori dia sehingga tiba. Aku beri dia peluang seketika untuk menyelesaikan urusannya. Tetapi aku sudah standby di depan untuk menyambut dia keluar.

15 minit telah berlalu, Puteri akhirnya keluar dari dalam tandas wanita. Aku berdiri di sebalik dinding dan sedia untuk menyambutnya.

"Puteri!"

Langsung aku sambar pergelangan tanganya sebelum dia sempat melepasi aku. Dan pastinya dia terkejut dan hampir menjerit. Namun aku segera menunjukkan isyarat senyap dengan meletakkan jari telunjuk pada bibir. Lantas aku tarik tangannya untuk kubawa ke tempat yang sedikit terlindung.

"Harry. Apa you buat kat sini?" soalnya padaku dengan suara berbisik.

Aku kembali membuat isyarat senyap. Belum aku jawap lagi soalannya itu, sehinggalah aku berjaya membawa dia keluar dan kubawa dia ke sebuah lorong sempit di belakang bangunan hotel tersebut. Agak gelap dan terselindung dari halayak. Di situlah aku sandarkan dia pada dinding.

Gelora Jiwa (COMPLETED) ✅✅✅Where stories live. Discover now