9

6.5K 34 1
                                    

BUTANG lift aku tekan. Lalu aku diam sebentar menunggu pintunya terkuak. Eh, lama pulak!

Maka aku tekan sekali lagi agar aku bisa turun ke bawah secepat mungkin. Namun sepertinya lift ini sedang mengalami gangguan, macam selalu aku kena. Sial!

"Agh, stuck lah pulak," gerutu aku. Dinding lift aku tumbuk perlahan buat melepaskan kesal.

Aku tiada pilihan. Nampaknya aku kena guna alternatif lain untuk turun ke bawah. Kalau tidak, mesti aku tak sempat nak kejar dia.

Oh, wait.. dia? Dia yang mana?

Agh... Aku garu kepala bila muka aku terasa segan sendiri. Nasib baik si dua ekor mangkuk hayun Wan dan Aqif tu tidak turut mengejarku. Kalau tidak, mesti diorang ketawakan aku lagi. Cis!

Buru-buru aku mencari tangga untuk aku turun. Dari tingkat 11 ke lantai G lebih kurang 5 minit juga diperlukan, itupun aku kena lari laju.

Yeah, aku sudah sedia.

Ugh celaka! Ternyata turun tangga cukup melelahkan juga. Walaupun tak sepenat memanjat, tapi menuruni juga boleh tahan letihnya. Nasib baik aku sudah terbiasa.

Aku tiba di bahgian lantai yang ada beranda. Jadi aku boleh nampak ke bawah sana. Aku lihat dia sudah keluar dari kawasan apartment ini, maka aku panggil dia.

"Puteri... Tunggu saya."

Dia henti langkahnya dan menoleh ke arahku. Namun dia sambung kembali melangkah dan mengabaikan panggilanku. Aduh, gawat!

"Ish, dia ni..."

Namun aku tak mahu membuang masa. Lalu aku sambung lagi menuruni tangga semakin cepat. Tak mahu dia terlepas dan pergi.

Entah kenapa perasaan aku lebih cenderung untuk mengejar dia berbanding mengejar Ameena. Mungkin kerana aku sudah terlanjur menyentuhnya sehingga membuat perasaan ini lebih berat pada dia. Aku percepat langkahku segera.

"Puteri..." Aku panggil dia sekali lagi setelah aku selamat sampai di bawah. Berlari laju aku susul dia dari belakang.

Dia percepat langkahnya namun aku dapat kejar. Dengan high heels di kaki dia fikir boleh lari laju agaknya dari aku? Ceh!

"Awak, tunggu saya. Kenapa laju sangat jalan?" Aku tarik lengannya. Dia hentak tangan aku.

"Lepaskan I, Harry. I nak balik."

"Iya, saya hantar awak cari kereta. Mari!"

"Tak perlu. I boleh cari sendiri."

"Jangan degil boleh tak? Jom patah balik, naik kereta saya. Bahaya kat sini perempuan jalan sorang-sorang."

Aku terpaksa heret tangannya apabila dia masih berdegil tidak mahu. Pada mulanya dia memang enggan, namun aku tak endah rontaannya. Akhirnya dia pasrah mengikuti langkahku.

Aku lalu bawa dia menaiki kereta untuk kembali ke pasar malam bagi mengesan keretanya yang tercicir tidak tahu di mana.

Beginilah ni orang perempuan. Tahu bawak kereta je. Parkir ikut suka hati, bila dah hilang jejak mula dah menyusahkan orang.

Tapi, mungkin samalam aku memang rasa susah dan terbeban. Namun sekarang, aku sendiri yang malah dengan rela hati membawa dia.

Aku lihat wajahnya muram dan tidak ceria. Sepatah suara sama sekali tidak ku dengari. Dia diam membisu membiarkan aku membawanya.

"Dah sampai," ujarku setelah tiba di kawasan pasar malam semalam. "Tu kereta awak. Awak park dekat situ je rupanya. Awak tunjuk pada saya dekat roundabout sana. Mana nak jumpa," tambahku. Namun dia tidak menoleh padaku.

"Thanks," itu sahaja tutur dari mulutnya yang aku dengar.

Selanjutnya dia mula menanggalkan seat belt dan mula keluar dari kereta. Aku tidak membiarkan. Segera aku susul langkahnya.

"Puteri..." Aku kejar dia yang sudah melangkah pergi. Aku tak suka sikapnya itu, dingin padaku. Membuat hati aku jadi tersiksa.

"Apa lagi, Harry?" Dia menoleh namun dengan tatapan berbeza. Seperti tidak mengharapkan aku lagi.

"Saya... Awak, awak marah saya lagi ke?"

Puteri mendengus dan mengemam bibirnya. "I tak mahu menyusahkan you lagi. I ask your apology for ruined your relationship. I harap you dapat baiki kembali dan lupakan pasal kita."

"Tak ada apa yang boleh dibaiki lagi dah, Puteri. Perhubungan saya dengan dia memang dah lama sepi. Awak tolong jangan rasa bersalah atau apa, sebab awak bukan penyebabnya."

"Tapi I dah terlibat, Harry!"

"Dan kita..." Aku sambar tangannya dan aku genggam erat. Dia terkedu. "Kita dah terlanjur bersama. Awak dah jadi sebahgian dari hidup saya."

Aku teliti setiap inci raut wajahnya tanpa berkedip. Dia tidak berkutik lagi ketika aku menatapnya dengan tatapan redupku. Dia balas tenungan aku turut sama terdiam, seakan sama-sama dapat merasa akan debar di hati yang semakin kencang.

Mungkinkah sentuhan tangan aku sedikit berkesan buat melenturkan hatinya? Aku mahu dia tahu bahwa hati aku kini benar-benar jatuh berderai kepangkuannya.

"Kita dah saling memiliki. Tolong jangan bohongi perasaan awak," bisikku sambil aku sentuh pipinya. Namun...

"Harry....."

Aku dan Puteri terkejut. Pegangan tanganku padanya terpaksa ku lepaskan. Seseorang menjerit memanggil namaku dari jauh. Aku terpana.

Ameena telah berlari kecil dan mara ke arah kami. Aku tak tahu dari mana wanita ini datang, tiba-tiba saja dia muncul di sini. Aku bingung tidak tahu harus bagaimana. Pasti akan berlaku perang besar sebentar lagi.

Sekejap! Bukan tadi kau kata sudah sedia ke Harry?

Haih, itu tadi. Sebelum nampak muka Ameena garang bak singa nak telan mangsa dia. Mendadak semangat aku tiba-tiba mengecut. Kerna ini benar-benar di luar janggkaan aku.

Memang matilah aku kali ini.

Gelora Jiwa (COMPLETED) ✅✅✅Where stories live. Discover now