25

3.6K 33 2
                                    

DALAM perjalanan pulang, Ameena duduk dengan tenang di kerusi penumpang. Aku pula fokus memandu. Tapi, hati aku mula berkira-kira mahu bertanya kepada Ameena.

Dibayangi ragu aku masih teragak-agak, kerna aku masih memikirkan perasaan dia. Tidaklah aku terus nak sembur dengan soalan seperti itu, aku mesti tanyakan padanya duduk perkara yang sebenar dalam keadaan yang tenang. Pasti Ameena ada alasan tersendiri kenapa dia berbuat begitu.

Jadi sekarang aku kena buat macam mana? Takkan aku terus diam saja. Kalau betul anak yang dikandung itu bukan anak aku, aku kena minta dia beri alasan kenapa sampai jadi macam tu.

Perjalanan menuju ke rumah masih mencekam sunyi. Aku mahupun Ameena tiada topik untuk dibualkan. Tapi aku melirik ke arah dia sekali sekala. Dia kekal duduk dengan tenang menghadap ke depan.

"Ehem! Meena..." Ak pun mula menyapa. Automatik dia menoleh padaku. Lidah aku menjadi kelu semula.

"Ada apa, Harry?"

"Emm, Meena, awak..." Agrh... Kenapa aku jadi ragu-ragu begini? Aku nak tanya pasal kebenaran je, kan.

Ameena masih setia menunggu bicaraku.

"Saya nak tanya. Awak..."

Kocek aku bergegar secara kebetulan. Langsung terbantut program aku.

Damn! Dan-dan ni lah telifon bunyi. Pada tadi tak nak pula bunyi! Ish, menyusahkan betul.

Entah siapa yang call time-time begini? Memang dah set timing ke apa nak call aku? Masa aku tengah nak bincang sesuatu dengan Ameena time ni lah dia memekak. Ish...

Terpaksa aku seluk saku seluarku dengan tangan kiri untuk mengeluarkan telifon bimbit itu.

Aku ni memang tak makan saman punya orang. Tengah drive pun aku bantai je jawap panggilan. Sekejap lagi ada polis tahu pulak nak menggelupur.

Jangan tiru aksi aku ni, ya. Bahaya!

"Siapa call?" tanya Ameena.

Aku lihat screen telifon. Tertera nama 'boss' di situ. Dengan yakin aku suakan pada Ameena supaya dia tidak curiga. Dia pun faham.

Tapi kalau nak tahu, nama itu sebenarnya aku letak untuk nombor Puteri. Langsung aku jadi berbelah bahagi. Nak jawap sekarang ke atau nanti?

Memandangkan Ameena percaya yang itu adalah panggilan dari boss, maka aku pilih untuk jawap saja.

Tapi memang betullah kan dari boss. Puteri kan memang boss aku. So, tak ada yang salah di situ. Hehe!

"Hello." Aku mula menyapa. Aku tunggu si pemilik nombor itu bersuara.

"Harry. You tak datang ofis ke?" Suara Puteri terdengar jelas di telingaku.

Tapi, reaksi muka aku langsung berubah tika aku dengar suara dia. Suara Puteri seperti sedang...

Menangis!

"Hello... Ya saya! Ada apa ya?"

Aku terpaksa cover gaya bicaraku kerna tidak mahu menimbukan kecurigaan Ameena. Sesekali aku menoleh pada Ameena. Dia pula seperti mengesyaki sesuatu melalui air muka aku.

"Harry, I nak jumpa you. You datang ofis sekarang boleh?" pinta Puteri, masih dengan suara lirih serak basahnya.

Hati aku mula risau. Aku bimbang dia sedang kenapa-napa. Tapi aku mesti kawal diri agar tidak menimbukan kecurigaan Ameena. Namun dalam masa yang sama, aku risau akan keadaan Puteri.

"Okay, baik! Saya terus on the way ke ofis sekarang," aku memberi jawapan pasti. Lantas talian langsung aku tamatkan.

"Kenapa Harry?" Ameena bertanya lagi.

Gelora Jiwa (COMPLETED) ✅✅✅Where stories live. Discover now