16

4.6K 30 3
                                    

"ASSALAMUALAIKOM!"

Kau orang jangan baca salam itu dengan nada lembut ya, sebab ianya langsung tak lembut. Malah ucapan salam itu berupa sebuah tengkingan.

Aku terhinjut sebaik aku membuka pintu.

"Wa, waalaikum salam," sahutku. Agak kebingungan.

DUSH!!!

Tanpa sebarang bicara, bunyi dentuman itu meletup di muka aku. Aku termundur dan mengeluh. Cecair merah mula kurasa keluar menerusi hidungku.

"Apahal ni, Haji Salim?" tengking aku. Bengang.

Sungguh tak puas hati. Orang tua ni datang tiba-tiba ke rumah orang dah macam penyamun, lepas tu siap menghadiahkan aku dengan sebuah tumbukan di muka. Tak ke sial namanya?

"Jantan keparat kau, kan. Bangsat! Sini kau."

Tidak puas lagi menumbuk wajah aku, Haji Salim mara ke arah aku dan menarik kolar baju. Aku tak faham apa masalah dia ni. Aku tepis tangan dia dan ku balas tenungan garangnya.

"Nak apa hah? Datang rumah orang macam penyamun. Nak masuk penjara ke apa?"

Aku dah kehilangan rasa hormatku terhadap bakal mertua tak jadiku itu. Dulu dah puas aku berlagak baik macam pijak semut pun tak mati di depan dia, tapi sekarang dia ni dah melebih. Ingat aku heran walaupun dia orang tua?

"Kau memang jantan keparat. Mak kau tak pandai ajar anak ke?" herdiknya lagi. Bikin aku makin hilang sabar.

"Woi, pahal main emak-emak ni? Hal dengan saya, setel dengan saya. Tak perlu petik nama orang tua. Jangan nak melampau eh Tuan Haji."

"Siapa yang melampau? Aku apa kau?"

Aku tak faham apa masalah dia ni. Apa lagi salah aku buat pada dia? Bukankah aku dah berusaha menjauhi anaknya? Sesuai dengan kemahuan dia.

"Kau memang musibat, Harry! Aku memang dah lama tak berkenan dengan kau ni."

Dia mara lagi ke arah aku. Dia cuba untuk menyentun kolar baju aku lagi sekali tapi aku elak dan tangkis tangannya laju-laju.

"Aku tak restu kau kahwini anak aku, sebab aku dah boleh nampak kau ni memang jenis tak ada masa depan punya orang."

"Cakap jelah apapun saya tak peduli. Tapi saya tak faham, Tuan Haji ni nak apa lagi daripada saya?" Aku turut menyaingi tengkingannya sama keras. Aku dah benar-benar hilang sabar.

Aku lihat Haji Salim atur nafasnya sebentar. Terlihat membara wajahnya dek api amarah. Tapi aku masih tak tahu, apa punca yang membuatnya hingga semarah itu.

"Pada awalnya, aku tak kesah hubungan kau dengan Ameena, sebab aku masih berharap kau ni adalah budak yang boleh diharap walau tak banyak. Kalau tak pandai agama sekalipun, kau masih boleh belajar. Tapi, bila aku terserempak dengan kau masa bulan puasa, dan kau selamba je makan di siang hari tanpa segan silu, mulai pada tu aku dah mula menyirap dengan kau."

Aku pun cuba atur pernafasan. Dia dah mula cakap slow, jadi aku tak perlu tegangkan urat leher aku ni lagi.

"Okey, saya faham Tuan Haji. Tuan Haji dah tak berkenan dengan hubungan kami, baik. Saya mengalah. Mungkin jodoh saya dengan Ameen memang tak ada. Tak apa, saya reda."

DEBUSHH...

Lagi sekali! Meletup buku limanya di muka aku. Aku terpinga-pinga lagi semakin tak mengerti. Apa masalah orang tua ni?

Haji Salim kembali mencengkam kolar baju aku dan merenung aku dengan wajah bengisnya. "Setelah apa  yang kau dah buat pada anak aku, sesuka hati je kau cakap macam tu?" Kata-katanya diungkap tanpa menjarakkan gigi. Geram benar nampak gayanya.

"Apa, apa yang saya buat? Saya tak faham."

Haji Salim kemudian melepaskan cekalan tangannya dari kolar baju aku. Tanpa melepaskan tenungan pada aku, dia menoleh ke luar dan memanggil seseorang.

"Ameena. Datang sini."

Tidak lama, wajah Ameen muncul sambil menangis tersedu-sedan. Perlahan-lahan gadis itu mara dan berdiri di sisi ayahnya. Sumpah aku tak faham apa semua ni. Drama apa pulak mereka nak buat petang-petang begini?

"Apa semua ni Ameena?" Perlahan aku bertanya. Menangih penjelasan darinya.

Ameena angkat mukanya seraya menyeka air mata. Sayu wajahnya menatap aku. "Harry... Meena, Meena mengandung!"

"Apa?"

Muka Harry selepas kena debik dua kali dengan bapak Ameena 😆

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Muka Harry selepas kena debik dua kali dengan bapak Ameena 😆

Gelora Jiwa (COMPLETED) ✅✅✅Where stories live. Discover now