26

3.5K 37 2
                                    


"AWAK boleh jelaskan pada saya, Meena. Apa yang dah jadi sebenarnya? Jangan risau, saya bukan nak marah. Saya cuma nak awak jujur pada saya!" Dengan kekal berhemah aku cuba berbicang.

Tika aku baru tiba di rumah sebentar tadi, aku langsung disambut dengan amukan oleh Ameena yang cemburu buta kerana aku membawa Puteri ke hospital untuk mendapat rawatan. Entah mana-mana punya kawan dialah yang beritahu tu?

Tapi aku tak kesah dia nak mengamuk pun. Sebab sangkaan dia adalah benar. Iya, aku memang membawa Puteri ke hospital. Salah ke aku buat macam tu?

Bagi aku tak salah. Yang salahnya sebab Ameena tahu je. Dan disebabkan hal itu, kami pun bertengkar hebat.

Bayangkan saja, belum cukup seminggu pun berkahwin, aku dan dia dah terlibat pergaduhan sesengit itu. Agak-agak berapa lama aku boleh bertahan kalau asyik begini?

Aku ni pun bukanlah lelaki baik, tapi aku cuba buat yang terbaik. Aku tak nak bertengkar dengan dia, aku tak nak besar-besarkan masalah yang ada. Bahkan status kehamilan dia yang agak meragukan tu pun aku cuba untuk berbincang elok-elok.

Tapi bila dia yang mula menyucuh api pada minyak yang sedang tumpah, automatik aku pun meletup juga.

Memang aku ni jenis penyabar, tapi aku jangan dicabar! Sesabar-sabar aku ni pun boleh melenting kalau ditengking. Dia ingat dia siapa?

Mungkin Ameena fikir aku ni akan diam saja dia nak buat sesuka hatinya. Sehinggakan dia sanggup menjerat aku ke dalam permainan yang dia buat itu. Aku ikutkan saja rentak dia sebab aku nak tengok sejauh mana dia nak bermain-main dengan aku.

Tapi kini, masanya untuk aku menyingkap kebenaran itu. Aku tak mahu lagi jadi pak turut dia. Apa atau kenapa, kita bincang kemudian. Yang penting sskarang aku nak kena tahu, dia mengandung anak siapa!

"Ameena! Awak pun tahu, kan? Kita kahwin ni baru berapa hari. Tak sampai pun seminggu. Awak bagitahu yang awak mengandung anak saya, sedangkan pertemuan terakhir kita waktu itu ialah baru dua minggu lepas. Lalu bagaimana kandungan awak tu boleh mencecah usia lapan minggu? Beritahu saya, Ameena. Saya sudi mendengarnya!"

Untuk kesekian kali aku cuba pujuk Ameena supaya berterus terang. Dia pula sudah mengendur amarahnya sebaik aku mula mengungkit akan hal itu. Malah kini Ameena sedang mencipta air mata untuk memperkotak-katikkan hati aku yang mudah tersentuh ini.

"Harry, Meena minta maaf," itu sahaja ayatnya yang aku dengar sedari tadi.

Aku pun tak tahu berapa kali dia nak minta maaf ni. Dan fungsinya apa dia minta maaf tu? Tak ada!

"Macam ni, Meena. Awak bagitahu saya dengan jujur bahawa di antara kita tak pernah jadi apa waktu itu. Betul, kan?"

Ameena langsung mengangkat kepala. "Kenapa awak cakap macam tu? Tidakkah awak ingat yang kita telah melakukannya?"

"Lakukan apa, Meena?" Aku naikan nadaku sedikit meninggi. "Boleh tak awak jangan nak menipu? Iya, saya tahu awak masa tu datang ke rumah saya ni dan mengajak saya buat perkara tu. Tapi saya tak mahu. Namun bila saya sedar keesokan hari, saya dapatai diri saya tidur tanpa pakaian di bilik. Tapi awak tak ada di sisi saya pun. Puas juga saya cuba ingat, adakah kita melakukannya? Saya tak rasa kita buat pun, Ameena. Apa yang dah berlaku sebenarnya?"

Aku rasa aku terlalu berlembut dengan dia ni. Aku cuma harap Ameena berkata jujur padaku. Aku ni bukan sejenis yang suka marah-marah.

"Sebenarnya..." Ameena merunduk tika suaranya mula kedengaran. Aku menanti dengan sabar.

"Benar cakap awak, tak ada apa yang jadi di antara kita," jujurnya.

"Lalu? Awak ke yang bawa saya tidur di bilik dan tanggalkan pakaian saya?"

Gelora Jiwa (COMPLETED) ✅✅✅Where stories live. Discover now