8

7.5K 37 4
                                    

"RAMBUT ni panjang, Harry! Mana datang pulak rambut panjang awak ni?" Ameena masih mendesak aku untuk berterus terang.

Untuk seketika aku jadi blur. Gugup dan bingung. Aku tak tahu harus berbohong macam mana lagi kerna sudah jelas rambut yang Ameena jumpai di baju aku itu adalah milik seorang wanita.

Aku garu kepala cuba mencari idea. "Erk... Rambut tu, rambut... Rambut mak saya! Ya, rambut mak saya." Harap-harap Ameena percaya dengan alasan aku kali ini.

Tapi nampaknya aku belum boleh membuang kerisauanku lagi. Ameena masih memelototi aku tidak percaya. Malah gadis itu kini telah berdiri.

"Awak cakap mak awak datang sini dua minggu lepas, sedangkan rambut ini masih baru. Apa awak sedang cuba sembunyi daripada saya ni, Harry?"

"Saya, saya tak sembunyi apa-apa. Sungguh tak ada." Tak berani aku nak bersumpah. Mahu kena sambar petir sungguhan karang.

Ameena masih tak melepaskan sorotan tajam matanya pada aku. "Awak curang kan, Harry? Cakap dengan Meena, cakap. Awak curang dari Meena kan? Harry..."

Dia tunjal-tunjal dada aku sambil menjerit-jerit. Aku mula hilang sabar. Aku bingkas lalu ku balas tatapan dia.

"Cukup, Ameena! Awak nak apa sebenarnya ni?" bentakku secara spontan. Ameena terdiam serta merta. "Pagi-pagi datang rumah saya, ganggu saya tidur. Awak tahu tak hari ni hari cuti? Saya nak tidur lebih sikit pun tak senang. Datang-datang terus nak tuduh saya yang bukan-bukan. Kalau asyik kena tuduh macam ni, lebih baik tak payah ada girlfriend lah."

Aku sudah mula naik angin. Ameena terpaku menatap aku dengan pandangan sayu penuh tanda tanya. Aku tahu hatinya sudah tersentap bila ku lihat empangan matanya mulai pecah.

"Apa awak cakap Harry?" dia meminta aku mengulangi.

"Ya! Tak payah ada girlfriend. Sudahlah perhubungan tak ada hala tuju, lepastu asyik dituduh melulu. Serabut hidup macam ni."

"Sampai hati awa Harry. Meena dah bermati-matian cuba pertahankan hubungan kita, walaupun Meena tahu awak dah semakin dingin dengan Meena. Meena harap perhubungan kita masih boleh dibaiki, tapi..."

"Nak baiki macam mana lagi, Meena? Mak ayah awak tak restui hubungan kita. Jadi walau besar mana sekalipun saya perjuangkan, tetap tak akan jadi apa-apa, awak faham tak?"

Akhirnya tangisan Ameena meletus juga. Dia masih tatap aku dengan mata yang sayu berkaca-kaca. Bibirnya mengigil seakan tidak mampu untuk berkata.

"Awak tak cuba lagi tapi awak dah mengalah Harry." Ameena berujar dalam.

Aku palingkan muka dan enggan menatap dia. "Lebih baik mengalah awal daripada penat tak berkesudahan. Alih-alih nanti saya tolong jagakan jodoh orang. Malas ar!" ujarku dingin.

"Jadi awak nak kita putus ke?"

"Terpulang!" Aku hanya melirik sedikit padanya.

"Harry..."

Dia menekup mulut dengan kedua tangan serta menupamhkan tangisan semahu-mahunya. Sayang aku sudah tidak ada hati mahu melihat air matanya itu.

Lalu aku lihat Ameena langsung mencapai beg tangannya dan buru-buru keluar dari rumah aku sambil membawa tangisannya. Aku hanya iringi dia dengan pandangan mata. Aku lepaskan keluh dalam setelah dia tidak kelihatan lagi.

Aku labuhkan punggung kembali di kerusi. Aku merunduk dan cuba tenangkan hati. Boleh pulak terlebih emo tadi.

Sebenarnya dah lama aku nak luahkan pada Ameena, bahwa perhubungan aku dengan dia tidak akan pergi kemana. Tapi aku belum sampai hati hendak mengungkapkan.

Hari ini tak tahu kenapa aku menjadi sedikit berani. Aku seakan tidak lagi peduli dengan apa yang bakal terjadi. Dia nak nangis ke, dia nak marah ke, aku macam tak kesah dah.

Huh...! Mungkinkah perasaan itu telah didorong oleh hadirnya dia? Wanita yang memang sangat patut membuat Ameena cemburu. Bahkan aku dan dia telah siap melayari bahtera bersama-sama. Jadi, sebab itukah aku jadi tak kesah lagi dengan Ameena?

Agak lama aku termenung di meja makan. Lantas aku dengar pintu bilik telah terbuka. Aku langsung menoleh.

"Puteri!" Aku lihat Puteri sudah siap berpakaian rapi. "Puteri nak balik dah ke?"

Aku hampiri dia. Aku lihat wajahnya muram dan enggan membalas tatapan aku. "I nak balik. Nampaknya kehadiran I telah menghancurkan perhubungan you dengan kekasih you."

"Kenapa awak cakap macam tu?"

Dia angkat mukanya lalu tersenyum dingin padaku. "Untuk pengetahuan you Harry, I paling benci dengan kehadiran orang ketiga. But now I'm the one."

Puteri kembali sembunyikan wajahnya ke dalam tunduk. Dia malah menyalahkan dirinya sendiri dengan apa yang terjadi pada aku dan Ameena.

Nampaknya dia telah mendengar aku gaduh dengan Ameena tadi. Aku dapat lihat dengan jelas bias penyesalah dari raut wajahnya. Tiba-tiba hati ini dirundung rasa kesihan padanya.

"Puteri..." Aku pegang kedua bahunya. "Tak ada siapa-siapa jadi orang ketiga di antara kami. Perhubungan saya dengan Ameena memang sudah lama retak menanti belah. Kehadiran awak sama sekali bukan penyebabnya. Justeru awaklah yang membantu saya untuk bersikap lebih jujur tentang perasaan saya."

Puteri tepis tangan aku dari bahunya. "Cukup, Harry. I tak mahu dengar apa-apa. I nak balik."

Dia terus melangkah. Aku cuba tahan dia. "Tapi kereta awak tak jumpa macam mana?"

"Biar I pergi cari. Excuse me!"

"Puteri, Puteri..." Buru-buru aku pintas langkahnya. "Saya tolong awak cari. Jom."

"Tak perlu. I boleh cari sendiri."

Puteri terus meninggalkan aku dan bergerak laju tanpa menoleh lagi. Langkah aku jadi kaku melihat dia pergi. Serasa mahu menahan tapi aku tak berani. Sehinggalah dia hilang dari pandangan, ditelan ke dalam perut lif yang membawanya turun dari tingkat sebelas ini.

Pap! Bahu aku ditepuk dari belakang. Terkejut aku.

"Apa cer? Dua-dua blah. Kau salah mengayat ke macam mana?" Wan telah tiba di samping kananku.

"Haah. Soksek-soksek je masing-masing. Apa kau dah buat, Harry?" Aqif pula menyampuk. Muka aku sudah memerah oleh usikan mereka berdua ini.

"Mende korang ni? Sebok je hal rumahtangga orang," marahku selamba. Wan dan Aqif langsung pecah tawanya.

"Pergh, rumahtangga kata dia! Terbaik ar," Wan memperli aku.

"Hot jugak kau ni ya, Harry. Dua-dua awek cun kau bagi menangis. Bagitahu aku, yang mana kau dah pakai dulu?" Aqif menampar-nampar bahu aku.

"Woi, sakit doh! Kepala hotak kau pakai. Ingat baju ke nak pakai-pakai?" Aku menempik. Mereka kembali menertawakan aku.

"Adoi, muka kau Harry. Muka tak pandai menipu." Wan usik aku lagi.

"Lain kali ada rezki tu jangan makan sorang-sorang. Kongsilah dengan kitorang sekali. Ni akibat tamak la ni, dua-dua nak sebat. Kan dah melepas." Aqif ni memang dah lama tak pakai slipar dekat mulut agaknya.

"Ish, bla lah korang ni. Semak je. Aku chaw dulu."

"Woi. Kau nak gi aner?"

"Nak kejar yang mana satu?"

Aku sudah membelakangi mereka. Maka aku perlu menjerit untuk menjawapnya. "Sebok ar, bukan urusan korang lah!"

"Eleh. Dah kenduri lah tu."

"Komfom! Kenyang sampai sendawa, bhai!"

Aku pusing badan lalu aku angkat penumbuk. Mereka semakin berdekah. Tak guna!

Gelora Jiwa (COMPLETED) ✅✅✅Where stories live. Discover now