24

3.8K 41 3
                                    

DI atas sofa aku baringkan badan yang sudah mula terasa keletihan. Ameena sudah masuk tidur ke dalam bilik sebaik aku pulang. Sampai rumah pun tadi sudah pukul 12, jadi aku terus rebahkan saja tubuhku di sofa, tidak terus masuk ke bilik.

Kadang hal begini adalah biasa. Selepas perang mulut antara suami isteri, salah satu akan memilih untuk menjauh seketika. Biar pihak masing-masing mengambil ikhtibar dan merenungi kembali di mana letaknya silap itu.

Aku sendiri juga tak lari daripada silap itu. Tidaklah aku meletakkan sepenuhnya salah pada Ameena. Memang patut pun dia curiga. Kalau saja dia tahu yang aku memang masih rapat dengan Puteri, mesti akan membuat perbalahan di antara kami jadi semakin meruncing.

Aku sedar aku ni bukan suami yang baik. Sudah berkahwin tapi masih memikirkan wanita lain. Memang aku perlukan masa untuk melupakan Puteri. Kahwin pun baru berapa hari, lepas tu kerap pula bertemu dengan kekasih hati, haruslah huru hara hidup aku.

Haih, tak apalah. Biarkan Ameena tidur. Aku pula nak tidur di sini saja. Mudah-mudahan esok perbalahan di antara kami akan membaik. Aku pun kena belajar reda dengan perkahwinan ini.

***

"PAGI, Harry. Awak buat apa tu?" Ameena tiba dan menegurku.

"Hai. Selamat pagi! Awak kata hari ini ada check up, kan? Meh sarapan dulu. Saya dah beli nasi lemak untuk awak." Aku sedang sibuk menyiapkan sarapan yang aku sempat beli tadi.

"Awalnya awak turun beli. Tak kejut Meena pun."

"Tak apa. Awak tidur nyenyak sangat. Kesihan saya tengok. Marilah makan."

Aku tarik kerusi untuk dia, dan hidangkan sebungkus nasi lemak yang telah aku salin ke dalam pinggan. Ameena tersenyum menatapku penuh haru.

"Harry. Meena minta maaf sebab tuduh awak yang bukan-bukan semalam. Meena terlalu sayangkan awak. Awak adalah lelaki terbaik yang Meena pernah kenal. Sungguh rugi jika Meena tak pandai hargai awak," ungkap Ameena penuh perasaan.

Aku balas dengan senyuman ikhlas bila hati ini semakin terasa damai. "Tak apa, saya faham. Saya pun minta maaf juga sebab buat awak curiga. Mulai hari ini awak tak perlu susah hati lagi. Saya akan jaga awak baik-baik."

Ameena menatap aku dengan mata hampir berkaca-kaca. Lekas aku tahan dengan mengelus pipinya. Lantas aku ajak dia untuk segera menjamah makanan, supaya suasana mendung yang menyelimuti hati tidak perlu menggnggu kami.

"Dah, makan cepat! Appoinment hari ini pukul berapa?" tanyaku.

"Pukul 9," ringkas Ameena.

"Ooh! Sempat lagi ni. Dia periksa apa je nanti?"

"Macam-macam! Cek tekanan darah, hemoglobin, kedudukan janin dan macam-macam lagi lah," jelas Ameena.

Aku hanya termangut-mangut sambil mula menyuap makanan ke mulut. Kami pun menikmati sarapan dengan tertip.

Sehinggalah menjelang 8:30 pagi, aku dan Ameena telah sepakat untuk keluar rumah segera. Walaupun klinik kesihatan tidaklah jauh letaknya, tapi kan lebih baik kalau datang sedikit awal. Tidaklah terlalu sesak sangat nanti.

Lagi 15 minit nak menuju 9 pagi, kami sudahpun tiba di klinik kesihatan. Seperti jangkaanku, klinik sudah ramai dipenuhi pesakit yang datang. Nasib baik sudah ada temujanji, tidaklah kena beratur nak ambil nombor giliran.

Lalu kami duduk di kerusi menunggu sementara tunggu nombor keluar. Ini adalah pengalaman pertama aku meneman perempuan mengandung check up. Banyak juga rupanya step-step dia. Beberapa proses saringan Ameena kena lalui. Dan aku sentiasa teman dia di setiap sesi.

"Ni suami ke?" soal misi pada Ameena. Soalan itu merujuk kepadaku.

"Aah, suami," sahut Ameena, yang tika itu sedang menadahkan lengannya untuk diambil darah oleh misi.

Gelora Jiwa (COMPLETED) ✅✅✅Where stories live. Discover now