20

4.1K 40 9
                                    

"Saya nak jumpa awak. Saya rindu awak Puteri," kataku, berbisik tepat ke mukanya. Puteri kelihatan agak gelisah.

"Tapi... You kan dah nak kahwin esok. Jangan macam ni Harry."

Seperti jangkaan aku, itulah punca kenapa raut mukanya muram. Aku perlu menjelaskan padanya duduk perkara yang sebenar. Namun dia seakan mahu menghindar dari aku. Maka aku perlu memegang tangannya sedikit kuat. Aku tak mahu dia lari lagi.

"Awak tahu kan yang saya dah tak ada perasaan pada Ameena? Memang benar kami pernah bercinta dahulu, tapi saya sangat menghormati dia dan keluarganya. Saya sangat menjaga batas dengannya walaupun saya ini jenis macam ni." Aku cuba menjelaskan pada Puteri.

"Lalu bagaimana Ameena boleh hamil anak you? Jangan nak buat alasan, Harry. You dah buat pada semua perempuan. You perlakukan perempuan umpama pakaian you je. Bila tak mahu, you boleh campak aje. Begitu ke?"

"Tak, Puteri. Tak! Saya pun tak tahu macam mana dia boleh mengandung. Padahal saya tak rasa saya ada sentuh dia. Sumpah!"

Puteri berdecih seraya membuang mukanya. "Tak rasa konon! Lalu apa yang you rasa? Rasa sedap sangat sampai tak ingat apa-apa?"

Aduh, dia tak percaya pulak. Haish.. susahlah kalau macam ni nih.

"Puteri, tolonglah percaya. Saya tak sentuh dia. Saya betul-betul tak ingat apa yang berlaku masa tu. Lainlah, masa dengan awak. Setiap inci pun saya ingat, tau." Aku cipta senyum nakal sembari membisikkan ayat terakhir itu pada telinga dia. Dengan bisikkan suara husky aku ayat dia,  biar dia juga dapat merasa akan getar yang menggelora ini.

Aku dengar keluh nafasnya perlahan. Persis sedang cuba menafi perasaan. Aku yakin Puteri sedang rasa apa yang aku rasakan. Lalu aku mula semakin rapatkan wajah pada lehernya. Puteri mengeraskan badan seakan mahu menghindar. Malang sekali, dinding kukuh di belakangnya telah membatasi dia bergerak lebih banyak.

Akhirnya Puteri hanya menggeliat ketika aku sudah meletakkan mukaku pada lehernya. Aku kucup leher itu dan aku telusuri hingga ke telinga. Aku juga perlu menyelak sedikit rambutnya yang menghalangi ciumanku untuk mendarat pada kulit mulus dia.

"Aah, stop merepek, Harry. Kalau betul you tak hamilkan dia, kenapa you setuju untuk kahwini dia?" Puteri menolak dada aku. Jarak di antara kami tercipta kembali.

Aku lepaskan keluhan pendek lalu aku tuntaskan pandanganku tepat ke dalam matanya. Puteri sedang mengatur nafas.

"Saya terpaksa. Saya jatuh kesihan pada dia apabila ayahnya tidak berhenti memukuli dia. Di depan saya! Jadi walau saya tak tahu apa yang terjadi, saya terpaksa terima cadangan mereka untuk mengahwini dia."

Puteri kembali menolak dada aku lalu terus bergerak mahu pergi. Nasib baik tangan aku ini cukup tangkas untuk sekadar menangkap pinggangnya. Aku kembali tolak tubuh Puteri supaya melekat ke dinding tidak bergerak lagi.

"Sayang. Awak nak kemana? Saya rindu awak tau."

"Lepaskan I, Harry. Pergilah kahwin sana. Pergi..."

Dia cuba tolak aku lagi. Tapi kali ini aku lebih bersedia. Badan aku tak bergeming pun dengan tolakan tangan lembutnya itu.

"Awak tahu kan yang saya cuma nak awak. Saya tak mahu orang lain, Puteri."

"Lalu buat apa you setuju kahwin dengan dia?"

"Sebab saya nak selamatkan maruah dia saja. Setelah kami berkahwin nanti, saya akan tanya betul-betul pada dia. Kalau perlu saya akan lakukan DNA test untuk membuktikan adakah anak yang dia kandung itu adalah anak saya atau bukan."

"Jadi kenapa you tak buat test sekarang je? Kenapa nak kena menikah dulu?"

"Macam yang saya cakap pada awak, saya cuma nak selamatkan maruah dia. Saya tak nak digelar lelaki pengecut yang melepaskan tanggungjawap begitu saja. Jadi saya terpaksa bersetuju untuk mengahwini dia."

Gelora Jiwa (COMPLETED) ✅✅✅Where stories live. Discover now