27

3.8K 45 6
                                    

NAMA Kamaruddin atau Rudy yang disebut oleh Ameena, aku tergamam memandang padanya. Dia masih menangis tersedu sedan beriya-iya, mungkin ingin menarik simpati aku lagi barangkali.

Sorilah, hati aku sudah terlanjur mati. Cuba kuhidupkan kembali tapi dia buat hal lagi. Akhirnya aku benar-benar tidak punya hati lagi.

"Macam mana boleh jadi macam tu, Ameena?" soalku. Aku telah berdiri, sementara Ameena sudah beralih duduk di sofa. Ameena meneguk air ludahnya.

"Masa tu, tiga bulan lepas. Meena dengan team abang Rudy posting ke Cameron Highland.." Ameena mula bercerita kronologi kejadian itu.

Dia bersama team Rudy terlibat dalam sebuah program di Cameron. Masa tu aku baru sahaja kerja di kilang itu. Jadi aku tak join.

Rudy selaku supervisor telah memikul tanggung jawap menjaga teamnya yang didominasi oleh perempuan. 15 orang yang ditugaskan, hanya dia, Abdul dan Raihan sahaja lelaki. Selebihnya adalah wanita. Mereka tinggal dihostel yang disediakan.

Kebanyakan hostel di Cameron tiada mempunyai pendingin udara. Tempat itu sudahpun sejuk, khidmat Air Conditioner amat tidak diperlukan di tempat itu.

Tapi entah kenapa malam itu terasa sedikit bahang. Puas memasang kipas hingga full speed, tapi tetap tidak berasa nyaman.

Akhirnya Ameena memutuskan untuk mengambil angin malam di luar, mana tahu boleh sedikit mengurangkan kepanasan itu.

Siapa sangka bahwa Ameena tidak kesorangan. Sangkanya dia seorang sahaja yang merasa kepanasan, memandangkan rakan yang lain senyap saja di bilik masing-masing.

Setelah tiba di luar, Ameena mendapati Rudy turut mengambil angin malam sama seperti dirinya. Dia pun join menyertai lelaki itu.

"Eh, Meena tak tidur lagi?" soal Rudy.

Ameena mula meletakkan punggung berhampiran Rudy duduk. "Panas pula malam ini, kan. Tak selesa Meena."

"Haa, tulah. Abang pun sama. Dekat luar ni barulah sejuk sikit."

"Abang Rudy lama dah ke dekat luar ni?"

"Abang ingat baru nak masuk. Boring pulak sorang-sorang. Tapi Meena keluar pulak, tak jadilah abang masuk. Taklah abang sorang-sorang dah."

Bual punya bual, mereka pun saling ketawa dan seronok bersenda gurau. Dari borak berlapik hingga ke borak lepas. Barulah Rudy tahu yang Ameena ini 'fun' orangnya. Boleh dibawa bersembang bebas. Nice!

"Orang lelaki kuota ada empat, tau. Kalau satu terisi, ada tiga lagi kosong. Jangan main-main," kata Rudy yang semakin rancak bersembang melalut entah kemana.

Ameena mencebik. "Eleh, itu jelah lelaki gebangkan. Sembang sampai gajah pun boleh terbang, padahal yang diandalkan cuma sebatang terung yang tak berapa nak ada tu je." Ameena mula membalas lebih terbuka. Rudy ketawa.

"Waah, tak berapa nak ada dia kata? Nak tengok ke abang punya? Baru Meena tahu ada ke tak ada."

"Haa, tunjuklah kalau berani. Entah-entah besar jari kelingking je."

Dari bersembang, terus berubah kepada saling pegang membanding barang. Rudy tidak puas hati kerana Ameena cuba memperlekeh keperkasaannya, maka dengan rela dia tunjuk barang pada Ameena.

Tidak cukup hanya menunjuk, Rudy juga menyuruh Ameena pegang. Sehinggakan hal semakin serius, dan membawa kepada masuknya mereka berdua ke dalam bilik.

Dan di situlah ternjadinya pecah memecah keperawanan.

AMEENA tidak henti menangis di depan aku sambil bercerita. Aku dengari sahaja ceritanya itu. Sehinggalah dia habis bercerita, barulah aku bertanya.

Gelora Jiwa (COMPLETED) ✅✅✅Where stories live. Discover now