21

3.9K 34 1
                                    

"AKU terima nikahnya Nur Ameena Binti Salim dengan mas kahwin...."

Petang Jumaat, akhirnya aku dan Ameena telah selamat diijab kabul dalam sebuah majlis serba sederhana yang diadakan di kediaman Haji Salim sendiri.

Majlis tertutup itu hanya dihadiri oleh kami berdua, wali, juru nikah dan dua orang saksi. Sementara ibu Ameena beserta adik beradiknya turut ada di situ menyaksikan detik-detik tersebut.

Tiada hantaran dan tiada jemputan. Kami berkahwin ala kadar. Dah namapun kahwin mengejut, kan. Bahkan aku tak sempat nak mempersiapkan apa-apa hantaran waimma sebentuk cincin pun untuk Ameena. Sementara wang maskahwin berjumlah seribu ringgit aku cashkan sahaja beri kepada dia. Kahwin koboi, begini sesungguhnya.

Akhirnya aku dan dia telah selamat bernikah. Walaupun aku masih tidak pasti adakah pilihan aku ni tepat atau tidak. Niat aku yang penting sudah selesai melaksanakan tanggungjawap ini, bagi menutup mulut semua orang demi menjaga aib bersama.

"Sekarang kau bawa balik bini kau ni ke rumah kau. Tak payah tinggal sini. Aku tahu kau tak akan selesa," tegas Haji Salim kepadaku selesai aku mengahwini anaknya.

Aku hanya mengangguk tanpa banyak bicara. Usai itu, aku terus menyalam dia dan juga ibu Ameena. Kakak Ameena dan adik lelakinya aku hanya sedekahkan sebaris senyuman sahaja. Cukuplah itu sekadar buat beramah mesra ala kadarnya.

Baru selepas itu aku meminta diri pada mereka untuk membawa Ameena pulang bersamaku. Haji Salim dan isterinya tidak lagi banyak bicara. Mereka benarkan aku dan Ameena beredar segera.

"Terima kasih, Harry kerana sudi mengahwini Meena," kata Ameena padaku sewaktu kami melangkah keluar menuju kendaraan.

Aku toleh padanya dan hanya membariskan senyuman biasa. Aku juga tidak terlalu banyak berbicara memandangkan hati aku ini masih berada di antara percaya dan tidak percaya. Tetapi kerana aku tak mahu menjadi seorang pengecut, jadi aku perlu galas semua ini di atas bahuku.

"Ameena!"

Langkah kami terpaksa berhenti apabila seorang lelaki telah muncul di hadapan kami. Aku pandang lelaki itu tak berapa mengerti.

"Abang Rudy!" sebut Ameena.

Lelaki berbadan tinggi dan sasa itu hanya melorek senyum nipis, lantas dia menghulur tangan kepada aku. Aku sambut salamnya meski ragu.

"Tahniah untuk kau orang berdua." Itu sahaja.

Selepas itu Rudy kembali memandang Ameena sebelum lelaki itu terus blah begitu sahaja. Aku jadi bingung melihat sikapnya.

Dia nak apa? Takkan semata-mata nak cakap tahniah je?

Tapi aku tak mahu menambah kekusutan kepala aku ini dengan memikir pasal dia yang langsung tidak penting itu. Aku kembali menyambung langkahku membawa Ameena masuk ke kereta.

Maka bermulalah kehidupan baharu aku sebagai seorang suami mulai hari ini. Meskipun hidup aku ini masih huru hara, tapi sebagai lelaki, aku tak boleh terlalu childish. Aku dah pun matang dan sedia menggalas tanggungjawap itu.

***

HARI Isnin pun tiba. Bermakna ini adalah hari ke 3 aku menjadi suami Ameena. Aku telah mula kembali jalani routine seperti biasa. Namun sedikit berbeza kerana kini aku sudah menjadi seorang suami. Maka aku perlu menghantar Ameena dahulu ke kilang untuk kembali bekerja, sementara aku pula terus ke pejabat.

Oh ya, lupa aku nak maklumkan. Aku dah pun terima tawaran Dato' Kamal untuk aku bekerja semula di syarikat automotifnya itu. Maka hari ini adalah hari pertamaku kembali menapak di syarikat tersebut.

Sungguhpun aku tak keberatan, tapi sesungguhnya tebal muka aku ini apabila aku terfikir aku harus bersemuka dengan Puteri kembali.

Sakit rasanya perpisahan, tapi lebih menyakitkan bila diri ini masih perlu bersemuka dengan si dia dan anggap semuanya tiada apa.

Gelora Jiwa (COMPLETED) ✅✅✅Where stories live. Discover now