Announcement

3K 31 8
                                    

SEQUEL OF GELORA JIWA!!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


SEQUEL OF GELORA JIWA!!!

Memiliki nama sebenar Muhammad Hairi Bin Abdul Jalal, Harry adalah seorang lelaki yang cukup rupawan. Dikenali mempunyai sifat yang nakal dan suka melayan perempuan. Namun sebenarnya, lelaki ini adalah seorang yang penyabar dan sangat setia.

Pernah terpaksa berkahwin dengan Ameena atas dasar rasa tanggungjawap, tapi ia hanya bertahan beberapa hari sahaja. Sedangkan wanita yang sangat memerlukan tanggungjawapnya adalah Puteri Zulaikha.

Akhirnya, Harry memutuskan untuk kembali dan bersatu dengan Puteri Zulaikha setelah masalah dengan Ameena selesai. Mereka kembali menyulam semula benang cinta yang hampir terlerai. Keluarga pula amat merestui. Jadi, tiada lagi sebab untuk Harry melengahkan masa buat mempersunting Puteri menjadi suri hatinya.

Kehidupan rumahtangga mereka berjalan lancar dan sangat bahagia. Setahun kemudian, Puteri disahkan hamil anak kembar. Harry sungguh teruja.

Tetapi.. semenjak kehamilan itulah sikap Puteri mulai berubah. Rumahtangga mereka yang aman bahagia kini berdepan badai gelora yang amat menuntut Harry agar melipat gandakan kesabarannya.

"Abang janji dengan Puteri. Apapun yang terjadi pada Puteri, abang akan sentiasa di sisi. Janji, abang!" -Puteri sebelum

"You tak perlu nak beriya macam tu, I tak akan terkesan walau sikit pun. Lebih baik you angkat kaki dan cari kehidupan you sendiri!" -Puteri selepas

"Abang tak akan berganjak dari sini. Walau apapun keadaan sayang, abang akan tetap bertahan demi cinta kita. Tak pernah puas abang berdoa agar Tuhan kembalikan sayang seperti dulu. Abang rindu untuk mengulang saat-saat manis kita bersama sekali lagi." -Harry

100% story by MERAH

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 27, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Gelora Jiwa (COMPLETED) ✅✅✅Where stories live. Discover now