15

5.2K 29 4
                                    

PINTU kereta aku hempas sekuat hati setelah aku tiba di basement bawah aparment aku. Kesal! Maka aku terus melangkah membawa hati mendongkol itu pulang ke rumah. Geram!

Punat lift aku tekan beberapa kali walau aku tahu ia memerlukan masa beberapa saat untuk terbuka. Tapi disebabkan aku sedang kesal, maka tahap kesabaran aku telah menurun kadarnya. Rasa nak tumbuk saja pintu lif tu sebab lembap sangat.

Puas menunggu, akhirnya lif terbuka juga. Aku segera masuk untuk naik ke rumah. Sumpah tiada mood buat masa ni untuk betegur dengan jiran tetangga yang turut masuk sekali bersama aku ketika ini, walaupun pada kebiasaannya aku jarang tak beramah mesra dengan mereka meski hanya sekadar senyuman sahaja. Tapi hari ini, muka aku masam macam tapai basi. Lantak pi!

Berharap sangat bila tiba di atas nanti aku tak terserempak dengan dua ekor gila member aku tu. Aku risau aku akan tertumbuk muka diorang nanti kalau diorang menyakat aku lagi. Betul-betul hancur mood aku hari ini tahu tak?

Tapi, mungkin nasib aku memang ditakdirkan tak berapa baik hari ini. Aqif dan Wan sudah terpacak di beranda rumahnya seperti selalu. Aku melintas saja buat tak tahu.

"Oi! Asal kemek muka wei?"

Emm, dah agak dah. Mereka dah start menyakat aku.

"Haa, tulah. Asal balik je muka kemek, asal balik je muka kemek. Takkan kena buang kerja lagi kot!" Wan menyambung. Automatik aku matikan langkahku.

"Mana ada buang kerja. Dapat offer kerja baru ada lah," sahutku. Aku pandang dua ekor itu dengan muka malas.

"Haa, habis tu? Masyuk tak?" soal Aqif.

"Boleh tahanlah. Boss lama aku mintak aku return, dia offer gaji dua kali ganda. Dia suruh aku pegang jawatan Manager pula kali ini."

"Bapak ar! Masyuk siak! Abistu, kau terima tak?"

"Gila tak terima? Rezki kot."

"Haa, dah tu, apa pasal muka asyik macam orang mati bini je?"

Aku hanya mendengus dan tidak berminat untuk meneruskan perbualan. Apatah lagi menjawap soalan Wan. Langkah lalu aku teruskan yakni untuk segera masuk ke rumah. Lantaklah dengan si Aqif dan Wan tu. Aku biarkan saja walau mereka masih tak puas hati menanti jawapan aku.

Tiba di dalam, aku terus membuang tubuhku ke atas sofa kulit berwarna soft grey. Ku ambil kusyen lalu ku selitkan di bawah kepala. Kaki aku naikkan dan ku silangkan sesama sendiri. Aku mengeluh lagi.

Huuhh... Melepas!

Rezki sudah di depan mata, tapi terpaksa ku lepaskan begitu saja. Kempunan sial!

Ya, memang benar apa yang aku sembangkan dengan Wan dan Aqif tadi. Aku memang dapat tawaran kerja dari Dato' Kamal yang meminta aku kembali bergabung di syarikatnya.

Malah beliau turut menawarkan aku gaji sebanyak 2x ganda dari sebelum ini. Beliau juga meminta aku supaya memegang jawatan Manager bagi menggantikan Encik Isyhak yang bakal ditukarkan ke cawangan di Johor Baharu. Serba salah aku jadinya bila Dato Kamal meminta aku setengah merayu.

Benar, aku terserempak semula dengan beliau setelah aku berjaya keluar dari terperangkap di dalam lift bersama Puteri tadi. Cuma ending dia tak berapa best sebab Puteri langsung disambut oleh kemunculan Isyhak yang tiba-tiba meminta Puteri untuk ikut dengannya segera. Katanya ada urusan mustahak.

"Apa yang mustahak sangat ni Isyhak? I baru je nak having lunch, tahu tak?" kata Puteri agak kurang berpuas hati.

"I tahu Puteri, tapi ini penting." Isyhak tetap berkeras.

"You tahu tak? Dua kali I stuck dalam lift gara-gara pengurusan you yang lembap. I dah kata segera tangani masalah ni sebelum tengah hari."

"Sebab itu I nak you ikut I. Mari lekas. Kalau tidak nanti lambat."

Gelora Jiwa (COMPLETED) ✅✅✅Where stories live. Discover now