13

5.2K 39 1
                                    

SEKITAR dua minggu aku tak dengar khabar tentang Puteri. Sihatkah dia? Tapi aku masih cuba bertahan dalam keadaan ini, demi egoku yang aku cuba pertahankan supaya tidak berkecai gara-gara seorang perempuan.

Tapi nampaknya, rindu di hati aku ni tak mahu bekerjasama. Sumpah aku tak boleh lupa bayangan Puteri saban hariku. Aku betul-betul dah macam terkena panahan cinta yang tepat menusuk ke ulu hati hingga meresap ke urat nadi. Bisa jadi aku akan tercampak ego yang kujulang tinggi ni ke tong sampah nanti.

Tak tahulah kenapa aku sangat terkesan dengan kejadian bersama dia. Walaupun ya, dia bukanlah yang pertama bagi aku. Tapi akulah lelaki pertama yang telah meragut kehormatan dia. Aku macam tak boleh nak lepas tangan begitu aje. Rasa tanggungjawap membuat aku tak henti memikirkan dia.

Lalu, siapa yang pertama bagi aku?

Ala, itu tak payah tanya. Hidup aku ni memang dah bergelumang dengan dosa. Lagi-lagi ada member dua ekor macam Aqif dan Wan tu, haram!

Tak apa, itu masalah aku! Sekarang ni kena berbalik semula pada Puteri. Aku rasa macam nak cari dia lah. Tapi macam mana caranya?

Bodoh jugak kerna aku tak sempat simpan nombor telifon dia tempoh hari. Yelah, masa tu kan aku ego. Konon aku tak nak ambil tahu pun pasal dia. Alih-alih aku yang gila bayang! Aduhai...

***

PUTERA Auto Galery Sdn Bhd. Tak pasal-pasal aku terpacak di depan bangunan lapan tingkat ini hari ini. Gerak hati yang kuat telah menuntun aku untuk menjejakkan kaki semula di sini setelah hampir beberapa bulan aku tinggalkan.

Masih segar dalam ingatan aku bagaimana aku ditengking oleh Encik Isyhak sang Manager ketika itu kerana aku cuba pertahankan diri aku. Aku tak salah tapi aku dipecat tanpa aku diberi peluang untuk membela diri. Akhirnya aku dihalau bagai tidak bermaruah pada hari itu, tanpa sepengetahuan Dato' Kamal, CEO syarikat ini.

Semua itu gara-gara Cik Puteri Zulaikha yang sesuka hati dia je mengajak aku meneman dia ke sana kemari, sampai membuatkan Encik Isyhak kesal dan selanjutnya memberi amaran kepadaku.

Aku dah kata pada Puteri aku tak boleh teman dia lagi, tapi dia malah kata pada aku, "Ala jomlah teman I. Pedulikan jelah si Isyhak tu. Dia jealous lah tu sebab I tak ajak dia."

Akhirnya aku turuti kemahuan dia, yang kemudian membawa kepada pemecatanku oleh Encik Isyhak pada masa itu.

Sungguh aku geram gila dengan Puteri masa tu. Rasa macam aku nak culik je dia bawa balik rumah. Dia punya pasal aku kena buang kerja. Aku rogol baru tau!

Tapi... Hari ini aku kembali berada di sini. Rasa ingin tahu akan khabar dia semakin kuat, yang membuat aku terpaksa tebalkan muka dan tercongok kembali di sini. Harap dia tak halau aku dahlah.

Ala tak apa. Asalkan aku dapat tengok dia, sihat ke tak. Cukup dah tu.

Aku terus menapak memasuki bangunan itu. Aku tiba di lobi dan segera aku cari lif untuk naik ke atas. Aku masih ingat dengan jelas pejabat Puteri ada di tingkat tujuh. Harap-harap dia bukan sedang berada di luar hari ini.

"Ehem! Hairi Abdul Salam?"

Aku tersentak bila nama penuh aku diseru oleh seseorang. Pantas aku berpusing badan bagi melihat gerangan.

"Dato' Kamal!" tegurku.

"Haa, betullah ni awak! Apa khabar, Hairi?" Beliau hulurkan tangan. Aku sambut salam itu tanpa ragu.

"Khabar baik, Dato'."

Kami pun bertegur sapa buat seketika. Kali terakhir aku jumpa Dato Kamal ni sehari sebelum aku meninggalkan syarikat ini beberapa bulan lalu. Dia ni memang cukup baik. Suporting dan sangat ramah. Berada di pejabat bila waktu-waktu tertentu sahaja. Kira bertuahlah mana-mana staf kalau terserempak dengan dia.

"Hairi... Puas saya cuma contact kamu, tapi tak dapat," kata Dato Kamal.

"Oh, saya dah tukar nombor telifon, Dato!"

"Lah, patutlah! Kamu keluar dari sini tanpa sepengetahuan saya."

"Nak buat macam mana Dato, dah manager tak suka saya."

"Si Isyhak tu yang over. Saya bukan tak tahu kamu keluar dengan anak saya atas urusan apa. Malah saya lagi percayakan kamu daripada Puteri keluar dengan si Isyhak tu." Dato Kamal memberi ulasan. Aku tersengih segan.

"Tak apalah, Dato. Benda dah lepas. Saya pun dah dapat kerja lain."

"Iya ke? Saya sebenarnya dah cuba hubungi kamu selepas itu, tapi tak dapat. Jawatan kamu masa tu masih boleh dipertimbangkan."

"Terima kasih banyaklah, Dato. Tapi sekarang saya dah kerja tempat lain. Susah juga kalau nak tiba-tiba berhenti."

"Saya faham, Hairi. Tak apa, kamu pertimbangkan dulu. Kalau kamu berubah fikiran, terus hubungi saya. Kamu ni salah satu pekerja yang berdedikasi. Sayang sebuah syarikat jika kehilangan pekerja seperti kamu."

Eh, melambung pulak Dato' ni memuji aku. Buatkan aku kembang hidung je. Padahal kedatangan aku kemari bukan nak jumpa dia, tapi dah rezki terserempak, aku layanlah borak sekejap.

"Oh ya, Dato. Cik Puteri ada ke?" Spontan aku bertanya, langsung pada beliau. Macam nintak kebenaran dari bakal mertua aje. Hahaha!

"Kamu nak jumpa Puteri ke?" soal Dato. Aku anggukkan kepala.

"Puteri ada tu di pejabat dia. Pergilah sana kalau nak jumpa dia."

"Bo, boleh ke Dato?" Aku meminta kepastian.

"Pasal apa pulak tak boleh? Pergi jelah. Kebetulan saya ada hal dekat luar sekejap lagi, sayang sekali tak dapat nak ajak kamu borak lama sikit."

"Oh, tak apa Dato. Sedia maklum," ujarku.

Dato Kamal kemudian meminta diri untuk segera berlalu. Aku persilakan dia dengan hati terbuka.

Selepas pemergian Dato Kamal dari hadapan aku, maka aku kembali menuju lif dan berhajad untuk naik ke tingkat tujuh sana. Agak-agak Puteri sedang buat apa ya? Bapaknya benarkan aku jumpa dia. Apa lagi, langkah kananlah aku.

Butang lif segera aku tekan. Aku kena tunggu sikit untuk pintu lif ini terbuka. Sekilas aku nampak kelibat Encik Isyhak sedang kelam kabut sambil mengarah staf yang lain. Aku sorokkan badan aku di tepi dinding supaya tak dikesan olehnya.

Keadaan kembali tenang setelah dia berlalu. Aku letakkan semula tu fokus pada lif yang mungkin akan segera terbuka pintunya.

Aku bertuah. Dalam kiraan detik lif pun terkuak. Sebentar aku beri laluan pada yang mahu keluar. Agak ramai sebab kedatangan aku ni tengah lunch hour. Setelah itu, barulah aku masuk ke lif selepas semua manusia itu berhamburan keluar. Aku seorang sahaja naik ke atas.

Lif berhenti tepat di tingkat tujuh setelah membawa aku naik lurus tanpa berhenti di tingkat lain. Jimat masa dekat situ.

Aku keluar segera sebaik pintu terbuka. Langkah aku atur biasa, tidak terlalu tergesa-gesa dan tidak pula perlahan.

Namun, aku serta merta aku mematikan langkah apabila objek yang aku cari tiba-tiba terpacak di depan mata. Terpegun aku dibuatnya.

"Cik Puteri!"

Aku menjadi gugup. Terus hilang kata bila dia tiba-tiba muncul secara tidak terduga. Sementara dia sedang menatap aku dengan wajah tidak berperasan. Mungkin dia juga terpegun kerana aku tiba-tiba hadir di sini.

Gelora Jiwa (COMPLETED) ✅✅✅Where stories live. Discover now