5

9.5K 41 0
                                    

Ameena memandang aku penuh rasa curiga. Aku cuak dan mula resah. Dia seolah tidak percaya dengan kata-kataku. Bahkan paling merisaukan, dia mengesyaki aku sedang menyembunyikan sesuatu.

Habislah aku kali ini!

"Lah, Harry nak Meena temankan makan ke? Kenapa tak cakap?" cetus suara Ameena.

Aku mengurut dada terasa lega. Ingatkan nak syak sesuatu tadi. Rupanya dia sedang tenung aku. Haish, lah.. perempuan, perempuan!

Toto dan bantal diletakkan kembali di atas sofa. Selanjutnya, Ameena telah mengajak aku kembali duduk di meja makan. Dengan penuh teruja dia menghidang aku makanan yang dibawanya. Akupun, kenalah buat-buat excited walaupun aku dah kenyang. Tak nak dia monyok nanti. Rosak mood aku karang.

"Harry makan ni, Mee Bandung Muar. Sedap!"

Aku sudah dihidangkan semangkuk Mee Bandung oleh Ameena. Cukup banyak terhidang. Aku tarik nafas. Mengah pulak tengok. Belum makan lagi dah terasa kenyang. Maka aku pandangi saja tanpa ku usik lagi.

"Harry, kenapa pandang je? Makanlah. Penat Meena bawa untuk awak."

Adeh, sebelum dia jadi merajuk, lebih baik aku makan cepat. Biar dia puas hati dan cepat balik. Bolehlah aku sambung aktiviti aku yang tertunda tadi. Hahaha!

Eh, tapi... Agak-agak Puteri buat apa kat dalam bilik tu? Senyap aje.

Yelah, senyaplah kan. Takkan nak bising pulak. Kantoilah nanti dengan Ameena aku bawa masuk perempuan lain ke rumah. Bagaimanapun aku tetap menjaga hati dia agar tidak terluka. Aku tetap sayangkan dia walaupun perasaan tu dah semakin menipis.

"Ermm. Meena datang sini ni, Haji Salim tak marah ke?" Aku buka soalan. Sengaja hendak memancing dia berbicara. Daripada tadi asyik memandangi aku saja.

Ameena lalu mengubah posisinya. "Meena beritahu abah tadi nak pergi pasar malam. Dia okay lah tuh."

"Ooh, kalau dia tahu Meena datang jumpa saya macam mana? Karang dia datang sini bawak parang pulak. Mati saya." Saja aku nak auta.

"Ish, kenapa Harry cakap macam tu? Macam tak suka je Meena datang."

Ah, dia dah mula. Aku kena pasang ayat nampaknya. "Ehem, tak. Bukan macam tu maksud saya. Mestilah saya suka Meena datang. Tapi saya risau je, kalau-kalau ayah Meena marah nanti."

"Tak adapalah. Ayah tak akan soal pun. Dia tahu Meena dah besar, dah boleh bawak diri. Sampai bila nak duduk di bawah control dia je."

Aku tidak lagi menyoal selepas itu. Perbualan tersebut aku akhiri dengan senyuman tawar di bibir kaku. Selanjutnya, aku kena perlahan-lahan habiskan mee bandung ini sampai licin. Kalau tak, sampai ke besok Ameena akan tunggu aku selesaikan makan.

"Bye, Harry. Meena balik dulu ya." Akhirnya dia berpamitan.

Sudah 11:30, lewat sangat dah. Itupun jenuh aku pasang ayat pujukan meminta dia cepat balik. Aku kata tak elok anak dara lepak di rumah bujang lama-lama. Nasib baik dia cepat bergerak. Kalau dibiarkan, sampai pagi esok lah dia dekat sini.

"Okey, Meena. Hati-hati. Terima kasih hantar makanan."

Aku lambai padanya apabila dia mula keluar dari pintu. Aku hantar dia hingga ke depan depan.

"Eh, apa tu?"

Alamak. Apa lagi dia ni?

Pandangan Ameena mendadak tertumpu pada sebuah objek mencurigakan di bawah pintu. Nasib aku mujur kerna ianya sedikit tersorok.

Ah, masak aku! Kasut Puteri.

Cepat-cepat aku sepak kasut itu sehingga tidak lagi kelihatan. Namun aku yakin Ameena masih mencurigainya.

"Macam kasut perempuan. Cuba Meena tengok." Dia hendak menyelak pintu mahu memastikan. Laju-laju aku tegah dia.

"Eh, tak adalah, Meena. Mana ada kasut perempuan. Meena salah nampak kot."

"Betul tadi Meena nampak. Bagilah Meena tengok. Harry..."

"Betul, tak ada apa. Itu tandanya mata awak dah mengantuk tu, kena balik cepat, lepastu rehat." Aku berdalih hebat.

Ameena malah menggaru kepalanya yang berlapik kain tudung bawal berwarna nude. Dia lirik semula ke bawah pintu bergantian dengan wajahku. Aku dah risau kalau-kalau dia tak mahu percaya dengan auta aku. Memang habislah riwayat aku macam ni.

"Erm.. mungkin jugak! Sebab tadi Meena dari office balik sekejap je ke rumah, terus keluar balik," kata dia.

"Ha, betulahtu dah mengantuk. Baik Meena cepat-cepat balik."

"Em, oklah, Meena balik dulu. Esok Meena datang lagi, tau."

Aku angguk laju-laju dan aku koyak sengihan lebar supaya dia percaya. Apa saja katanya aku iayakan asalkan dia balik dulu malam ini. Aku dahlah, ish... Tak tahu nak cakap!

Maka Ameena pun selama meninggalkan apartmen aku. Setalah pelbagai pujukan aku pusing kiri dan kanan, dia percaya juga akhirnya yang aku tak ada sembunyikan apa-apa.

Selepas kepergian Ameena, aku masuk cepat-cepat dan ku kunci pintu. Aku tak sabar nak sambung semula yang tadi. Dah sampai mana ya? Rasanya jauh dah kan. Harap-harap Puteri masih menunggu aku. Yelah, satu jam jugak aku tinggalkan. Mahu pishang dia dekat dalam tu.

Aku pastikan dulu tiada siapa yang memasang mata di kawasan unitku ini, barulah aku masuk ke rumah dan ku kunci pintu. Setelah itu aku langsung menuju bilik untuk kembali pada Puteri.

Oh, Puteri. Kenapa baru kini aku sedar yang kau ni sungguh menggoda? Dah lama sebenarnya aku sedar, tapi aku jual mahal sikit. Sekarang ni aku tak dapat nak jual-jual mahal lagi dah. Rugi!

Ehem. Aku dah sedia! Tombol pintu sudah ku pegang. Eh, tapi...

Ah, sudah terkunci dari dalam. Hurm...

Pasti Puteri sudah penat menunggu aku, sebab itu dia kunci pintu. Ish, Ameena la ni, kacau je.

"Ehem... Puteri! Er, Cik Puteri." Aku panggil dia perlahan sambil ku ketuk sedikit pintu itu. Tiada sahutan.

"Cik Puteri dah tidur ke? Cik Puteri..." Aku masih berusaha memanggil dia. Tapi sekali lagi aku gagal mendapat jawapan. Aku mengeluh!

Aku intai ke dalam melalui lubang kecil itu, tapi aku gagal mendapatkan bayangan. Lampu sudah dipadam. Hurmm...

Langkah aku pusingkan dan aku merunduk kecewa. Betullah tu Puteri dah tidur. Ni semua Ameena punya pasal. Dah tak dapat aku 'dinner' malam ni.

Aku kembali ke sofa dan aku hempas badan aku di situ. Aku mengerang kesal. Ish!

Gelora Jiwa (COMPLETED) ✅✅✅Where stories live. Discover now