23

3.8K 34 2
                                    

"AWAK sebenarnya berjumpa dengan Puteri tadi, kan?" pekik suara Ameena. Mahu berdarah telinga aku rasanya.

Soalan itu diulang-ulang oleh dia sejak dari dalam perjalanan balik lagi. Sampailah kami tiba di rumah selepas magrib, soalan itu masih lagi aku dengar berdas-das dari mulut Ameena macam peluru machine gun bunyinya. Huh, stress!

Padahal tadi aku dah siap bawa dia dinner di seafood cafe. Makanlah dia tak ingat dunia. Ingatkan lepas makan, lupalah dia dengan soalan tu. Rupanya sampai rumah ada pulak tayangan ulang. Haih!

"Ameena, apa awak merepek ni haah? Saya dah cakap, kan, tak ada! Apa lagi awak nak?" Aku mulai naik angin.

"Bohong! Meena tak percaya. Mesti awak jumpa dia, kan?"

"Jadi awak nak saya cakap iya ke baru awak puas hati?"

Haih, baru berapa hari jadi suami isteri, dah asyik berbalah aje sepanjang hari. Macam mana aku nak harungi rumahtangga macam ni dalam tempoh yang lama? Cuba bagi idea sikit?

Aku telah berlalu masuk ke bilik dan berniat mahu membersihkan badan. Tapi Ameena mengejar aku dan menarik lenganku agar menghadap dirinya.

"Meena tahu awak masih ada hati dekat dia. Mesti awak habiskan masa sepanjang hari bersama dengan dia, sampai awak terlupa nak jemput Meena."

"Jadi awak nak saya buat apa? Dah dia tu boss saya. Mestilah saya ada jumpa dia." Aku turut membalas tengkingannya.

"Sukalah awak kan? Patutlah terus terima je offer dari Dato' tu, rupanya awak memang pasang niat nak jalin hubungan dengan dia balik di belakang Meena."

Aduh, aku memang tak boleh blah la dengan Ameena ni. "Cukup, Ameena! Awak ni jangan nak lebih eh. Saya terima offer Dato' tu sebab gaji dia jauh lebih besar. Kalau saya terus kerja dekat kilang tu jadi operator, sampai bila? Itupun susah nak faham ke?"

"Jangan nak bagi alasanlah, Harry. Awak belum jawap lagi soalan Meena, awak masih ada hati lagi kan dengan dia?"

Ugh, serabut aku. Kalau terus-terusan macam ni, ada aku cabut karang dari rumah ni.

"Ameena. Saya penat, tau. Balik rumah nak rehat. Bukan nak layan prasangka awak yang tak berasas tu je. Kita ni baru berapa hari kahwin, Ameena. Tapi awak dah bagi saya tekanan hari-hari. Awak nak saya jadi gila ke?"

"Oh, jadi sekarang awak merungutlah kahwin dengan Meena? Masa buat dekat Meena dulu tak cakap apa-apa pun."

"Apa saya buat pada awak? Bila masa? Cuba bagitahu! Walaupun saya ni macam ni, tapi saya hormat awak yang datang keluarga baik-baik. Saya tak akan sentuh awak selagi belum ada ikatan yang sah. Tiba-tiba merepek saya buat, saya buat apa benda?" Haish, naik angin betul aku malam ni.

Ku sangkakan Ameena akan berhenti, tapi dia masih tak puas hati lagi. "Dengan Puteri awak boleh je. Awak sendiri yang ngaku, awak dah lanyak dia sebelum ni kan?"

"Ameena, cukup!" Aku dah tak boleh tahan. Kesabaran aku makin tercabar. Ameena tidak memberi peluang aku untuk bernafas. Dia terus menerus melempar aku dengan tuduhan-tuduhannya. Kesabaran aku mulai hilang.

Lalu aku capai T-shirt dari wardrobe dan menyarungnya ke badan. Niat nak mandi tadi sudah ku batalkan.

"Harry, awak nak kemana? Harry..."

Ameena kejar aku bila aku mula bergerak menuju pintu depan. Aku tak boleh dengar dia berleter lagi. Boleh pecah gegendang aku ni.

"Teruskan saja dengan prasangka awak tu. Biarkan saya cari ketenangan dekat luar," kataku lantas terus melangkah keluar.

Ameena memanggilku meminta aku kembali. Tapi aku tak pedulikan panggilannya. Hati ini terlalu kesal untuk aku menoleh padanya lagi.

Jadi, biarlah aku bawa diri cari ketenangan di luar untuk malam ini. Aku tak mahu perbalahan di antara kami semakin berpanjangan.

Gelora Jiwa (COMPLETED) ✅✅✅Where stories live. Discover now