22

3.9K 35 0
                                    

"I perasan ada kelibat mamat si Harry tu tadi masuk restaurant ni. You ada pergi jumpa dia ke apa?" kata Isyhak pada malam itu, menyerkap jarang Puteri dengan soalannya.

Hampir-hampir saja Puteri mahu menunjukkan reaksi gelabah dan terkejut dengan soalan itu, namun secepatnya dia kawal kerana bimbang Isyhak akan mengesyaki yang bukan-bukan.

"Mana ada! I pergi toilet lah tadi," dalih Puteri.

Tetapi Isyhak tak semudah itu percaya. "Takkan lah pergi toilet pun lama sangat macam tu sekali? You pergi toilet ke bina toilet baru sebenarnya?"

Isyhak tidak terima alasan Puteri. Dia tetap mengesyaki bahawa Puteri tadi sebenarnya pergi berjumpa seseorang. Tatapan lelaki itu juga sudah berubah. Begitulah tampangnya apabila sedang dibakar rasa cemburu.

Tidak semena-mena Isyhak lantas menarik pergelangan tangan Puteri lalu menggengamnya kuat-kuat. Lelaki itu hampir tidak dapat mengawal perasaannya bila dia syak Puteri sebenarnya sedang berdua-duaan dengan aku tadi.

"Bagitahu I, apa yang you buat dengan mamat tu berlama-lama dekat dalam toilet?" geram Isyhak.

Puteri menyeringai kesakitan bila tangannya terus dicengkam. "Aah, sakitlah! Apa masalah you ni? I mana ada jumpa siapa-siapa?" Puteri masih cuba menipu.

"Bohong!" Isyhak membentak. Puteri terhinjut lalu mengalihkan mukanya. Isyhak tarik dagu Puteri dengan kasar agar menghadap dirinya semula.

"You jangan nak kelentong I, Puteri. Tadi I dah beri you peluang untuk bebas dari meneruskan pertunangan ini, tapi you malah pilih uturn. Sekarang you pulak nak buat hal ke?" Tangan Puteri lalu dihentak kasar selesai bicaranya. Isyhak mengatur nafasnya yang turun naik akibat amarah yang sudah meledak.

Puteri masih meringis memegangi pergelangan tangan kirinya yang terasa sakit akibat dicengkam Isyhak. Wanita itu lantas mengangkat muka dan berbalas tenung dengan Isyhak, sama tajam.

"I dah pilih uturn ni sepatutnya you bersyukur. At least tercapai juga hasrat mama you untuk bermenantukan I," balas Puteri. Perlahan namun tegas.

"Mama I tu, mak sedara you jugak. You tak reti hormat dia ke? Tolong ya, Puteri. Tolong jangan buat hal yang boleh buatkan I naik darah. I dah inform dekat semua family, yang pertunangan kita akan berlangsung dengan jayanya pada tarikh yang telah ditetapkan."

"Okay, fine! Kalau begitu I tarik balik kata-kata I tadi. I tak jadi uturn. I pilih untuk batalkan saja pertunangan itu. Tak kuasa I kalau asyik disyaki yang bukan-bukan begini," Puteri berujar selamba. Dia tidak sedar bahwa kata-katanya itu akan mengundang kemarahan Isyhak akan semakin memanas.

Maka tanpa sebarang bicara, Isyhak langsung menyambar Puteri lagi sekali, namun kali ini dibahagian rahangnya pula. Puteri merintih kesakitan.

"You jangan nak buat peraturan ikut suka hati you sendiri. Suka-suka nak blah, suka-suka nak return. You ingat I boneka you ke yang boleh you permainkan sesuka hati?" bicara Isyhak itu cukup keras tanpa membuka rahangnya. Rahang Puteri ditarik mendekat ke mukanya.

"Ah, apa ni? Apa masalah you ni, Isyhak? Lepaskan I." Puteri cuba bergelut melepaskan tangan Isyhak dari terus memicit rahangnya. Namun ia tidak berjaya.

Malah lelaki itu semakin memperkuat cengkamannya. Puteri masih berusaha melepaskan diri, lantas ditolak tubuh Isyhak sekuat tenaga, barulah tangan lelaki itu terlepas dari mencekiknya.

"You dah gila ke? You nak bunuh I ke apa?" tempik Puteri sambil memegang pipinya yang masih terasa sakit.

Namun Isyhak masih tidak menyerah. Dia mara dengan mengacukan jari telunjuk tepat ke muka Puteri.

Gelora Jiwa (COMPLETED) ✅✅✅Where stories live. Discover now