Reynold Armstrong mundar-mandir di dalam bilik kerjanya.Wajahnya muram menandakan dirinya sedang cuba menahan amarahnya.Lagi-sekali dirinya dipermalukan oleh keluarga Chankimha.
Selama empat puluh lima tahun dia mengendalikan syarikat A.S Gorz yang telah diwarisi oleh empat generasi keturunan Armstrong,baru pertama kali syarikat mereka ini mendapat saingan yang sangat sengit.
Sejak kebelakangan ini,nama syarikat yang dimiliki oleh keluarga Chankimha sedang naik daun.Dia harus melakukan sesuatu untuk bersaing dengan syarikat tersebut.Sedang dia sibuk melayan lamunannya,pintu bilik pejabatnya selamba di buka dan disertai dengan suara anak gadis tunggalnya menyapanya mesra.Siapa lagi kalau bukan, Rebecca Patricia Armstrong.Kehadirannya membuatkan jiwa Reynold yang bergelora tadi kembali menjadi tenang.Begitulah penangan anak gadisnya itu dalam hidupnya.Harta yang akan dia jaga sehingga akhir nafasnya.Dia bahkan sanggup mempertaruhkan nyawanya demi anak tunggalnya itu.
"Daddy..Are you okay?"soal Becky setelah meleraikan pelukannya dari tubuh ayahnya.
"Yeah,I'm okay..Stres sikit but bila daddy tengok princess daddy ni terus hilang semua stres daddy"jawab Reynold lalu mencuit hidung mancung anaknya itu.Tindakannya itu membuatkan Becky tersenyum manis.
"Dah lama Becky tak datang office daddy and I think banyak juga yang dah berubah kan?Lagi-lagi bahagian reception tu"tegur Becky sebelum melabuhkan punggungnya di sofa yang terletak di ruangan pejabat ayahnya itu.
"Tak sangka you ingat juga..Tapi daddy pelik..Kenapa Becky tiba-tiba je datang sini and you macam curious untuk ambil tahu pasal company ni?"soal Reynold kepada anaknya pelik.Dia bukan apa,anaknya ini tidak pernah tertarik untuk mengambil peduli tentang syarikat ini tetapi tiba-tiba hari ini munculkan diri di sini...
"Nothing dad..I just terfikir yang mungkin Becky dah kena start belajar pasal company..Lagipun bosan ah duduk rumah..Kan lagi elok kalau Beck tolong daddy kat office..Tak de lah daddy stres sorang-sorang"ungkap Becky tenang.
"Hmm well..Daddy hargai sangat-sangat semangat anak daddy but not now,I think.. Tapi,you can start dengan teman daddy pergi dinner or majlis-majlis rasmi so you boleh belajar untuk bergaul dengan orang kenamaan kat sana and belajar dari pengalaman dorang"cadang Reynold membuatkan Becky membuat muka.Sungguh dia tahu puterinya ini amat benci untuk menghadiri majlis-majlis formal seperti itu.
Perbincangan mereka berdua terhenti apabila pintu pejabat Reynold Armstrong di ketuk sebelum Reynold memberi kebenaran gerangan tersebut masuk ke dalam biliknya.
Ternyata pembantu peribadinya,Hail Lee,yang mengetuk pintu tersebut."Yes Lee?Ada apa-apa ke?"soal Reynold pelik.
"Actually CH Umpire Gold hantar e-mail yang jemput wakil company kita untuk join party makan malam company and bila saya selidik,memang banyak company CH jemput..Start dari company yang tak de kena-mengena dengan CH sampailah anak syarikat CH..So I want to ask you sama ada Tuan Reynold tolak jemputan mereka atau tuan nak hantar wakil ataupun tuan nak hadirkan diri sendiri?Tarikh dan waktu yang dinner kena buat memang waktu tu jadual tuan kosong"terang Hail Lee tanpa perlu di pinta oleh majikannya.
"Bila tarikhnya?"soal Reynold ringkas.
"Dalam masa seminggu tuan"jawab Hail Lee tenang.
"Beck?I think you should join with me"ungkap Reynold kepada Becky.
Lama Becky mendiamkan diri sebelum mengangguk perlahan sambil berkata,"Sure.."
YOU ARE READING
DESTINY
RomanceUPDATE:(TIDAK MENENTU) Semuanya hanya dimulai dengan permainan yang dicipta oleh wanita yang bernama Freen Sarocha. Disebabkan dendam lama,dia nekad untuk memulakan permainan yang sudah lama ia rancang.