Jauh dia melemparkan pandangannya ke arah Becky yang sedang berbual dengan Oaey serta kawan-kawan baiknya.Dia tidak menyangka yang Becky dapat menyesuaikan diri dalam keadaan yang singkat bersama dengan mereka.
Dia dapat lihat yang Nam,Noey serta Oaey amat selesa dengan Becky.Jauh sangat bezanya bila dia dengan Orn dahulu..Haih??Kenapa dia teringat Orn pula ni?
Perlahan dia mengeluh sebelum meraup wajahnya perlahan.Dia harus melihat ke hadapan!Tiada lagi cinta dalam hidupnya kerana cinta hanya buatkan dia lemah...
Sedang dia leka melayan perasaannya yang berbolak-balik,namanya di panggil oleh Noey apabila menyedari kehadirannya yang memerhatikan mereka semua dari jauh.
"Luka kau okay tak tu?"soal Noey risau sebaik sahaja Freen mengambil tempat di sebelah Oaey.
Freen hanya menganggukkan kepalanya tanpa banyak bicara lantas mengalihkan pandangannya ke arah Becky sebelum tersenyum nipis melihat tunangnya.
Tindakannya itu di sedari oleh Nam sehingga membuatkan wanita itu tersengih penuh makna.
"Tak yah tengok tunang kau macam tu lah Freen..Duduk je lah sebelah dia"usik Nam.
Pandangan Oaey teralih ke arah kakaknya.Dia menolak lembut tubuh Freen sebagai tanda mengarahkan supaya dia duduk di sebelah Becky.Lambat-lambat dia akur dengan arahan Oaey apabila melihat Oaey membesarkan matanya.Dia dan Becky saling berpandangan sebelum masing-masing memilih untuk mengalihkan tatapan mereka ke tempat lain.Mereka berdua masih canggung disebabkan perkara yang mereka hampir lakukan sebentar tadi.
"Korang dua ni kenapa pelik semacam?"tanya Noey tatkala melihat kecanggungan antara Becky dan Freen.
"Hah?"serentak Becky dan Freen bersuara membuatkan Nam dan Noey tertawa manakala Oaey hanya tersenyum nipis melihat gelagat kakaknya.
"Korang dua nampak pelik..Asal?"tanya Nam pula.
"Tak de lah..Perasaan kau je"bidas Freen.
Dia masih tidak gila lagi nak bagitahu punca dia dan Becky agak canggung seperti sekarang ini..Mahu dia kena bahan sepuluh keturunan?
"Macam mana kau boleh cedera macam ni?Kau pergi join pekerja buat bangunan ke apa?"soal Oaey mengalihkan topik perbicaraan mereka.
"Besi jatuh and kena hujung dia"jawab Freen seringkas yang mungkin.
"Kau okay tak?"kali ini giliran Nam pula bertanya.
Freen hanya menganggukkan kepalanya walaupun sebenarnya dia sedang menahan sakit.Sempat lagi dia makan ubat tahan sakit ketika di dalam bilik sebelum keluar untuk ke ruang tamu.Dia tidak mahu orang risau dengan keadaan dirinya.
Manakala Becky pula hanya tersenyum melihat gelagat kawan baik serta adik kepada Freen.Dia dapat melihat kerisauan yang terpancar di wajah mereka semua apabila melihat keadaan Freen namun tidak boleh berbuat apa-apa memandangkan Freen sendiri yang kata dia baik sahaja..
Rancak Noey dan Nam berbual dengan Becky sementara Oaey hanya mendiamkan dirinya sahaja.
"Freen,I need to talk with you..Private"ucap Oaey lalu menarik pergelangan tangan kakaknya.
Nam dan Noey saling berbalas pandangan sebelum memandang ke arah Becky.
"Freen kitaorang bawa tunang kau ni gi jalan-jalan kat bawah kejap tau!"kata Nam.
Becky tidak sempat untuk memberikan sebarang reaksi.Tangannya sudah di tarik lembut oleh Nam dan Noey.Mujurlah dia sempat untuk mengambil beg tangannya yang terletak di atas sofa rumah Freen.
YOU ARE READING
DESTINY
RomansaUPDATE:(TIDAK MENENTU) Semuanya hanya dimulai dengan permainan yang dicipta oleh wanita yang bernama Freen Sarocha. Disebabkan dendam lama,dia nekad untuk memulakan permainan yang sudah lama ia rancang.