26

413 37 5
                                    

Hello everyone...
This is new update...
Enjoy~~

Masih ada yang bertahan dekat team 'Freenbeck' ke sekarang ni???Atau ramai yang dah lari jadi 'BeckFreen'???






Pintu biliknya di ketuk berkali-kali menandakan ada seseorang yang berada di luar pintu.

Pada mulanya dia hanya membiarkan sahaja namun bunyi ketukan itu semakin kuat sehingga membuatkan dia tidak mampu menyambung kembali tidurnya.

"Apa?"sedikit meninggi suaranya dek kerana bengang dengan bunyi ketukan tersebut.

"Oaey..Kau ni memang tak pandai bangun ke apa?!Bapak kau suruh aku kejut kau ni!Bangun ah!"

Oaey mendengus kesal apabila mendengar suara itu menyapa halwa telinganya di pagi hari.

"Kacau mood ah dia ni"desisnya tidak puas hati.

"Bangun ah!"laung Meena sekali lagi.

"Iya!"balas Oaey geram.

Dia menggosok matanya sebelum mengambil cermin mata yang terletak di birai katil lantas memakainya. Perasaan kesal menguasai dirinya ketika ini..

'Menyesal pula aku tidur sini..Tak aman betul'katanya di dalam hati.

Jam di dinding di kerling ingin menganggar waktu buat dirinya bersiap.Laju dia mengambil telefonnya lantas mengetik sesuatu pada skrin telefon.

Oaey:Bangun ke belum kak?

Tiada sebarang jawapan dari Freen membuatkan dia menggaru kepalanya.

Biasanya Freen sudah bangun waktu begini..

Oaey:Bangun ke belum kak oi??

Oaey:Yahhh!!!

Oaey:Freen Sarocha!!

Oaey:Oiii makcik!!

Oaey:Aku tau ah buat project semalam..tapi save la alarm kak oiii!

Oaey tersenyum gembira sebaik sahaja dia menghantar pesanan itu kepada kakaknya.

      
                                                                 Gila:Freen


Terus tawanya pecah apabila melihat balasan Freen kepadanya.

Oaey:Mana ah tau..Dah ah hilang sehari..

Oaey:Berapa round??

                Kau ingat jogging ke?:Freen

Oaey:Hehehehhehe...Suka ah tu

                        Malas layan kau:Freen

Oaey:Aku datang lambat sikit boleh tak?

Oaey:Jam sebelas?

           Baik,masa lunch terus:Freen

Oaey:Cun dah tu..Masa lunch ah

                                                               Noted!:Freen


Oaey meletakkan kembali telefonnya pada birai katil lantas membawa langkah ke bilik air untuk membersihkan dirinya sekaligus bersiap untuk pergi ke pejabatnya.

Dia tidak mengambil masa yang lama memandangkan dia memilih untuk berpakaian santai.Lagipun dia bukannya ada mesyuarat penting hari ini jadi,santai-santai sahaja...

DESTINYWhere stories live. Discover now