2

555 37 4
                                    



Pang!

Sungguh bunyi tersebut menyedarkan Freen dari lamunannya.Dia segera masuk ke dalam tandas untuk melihat dari mana asal usul bunyi tersebut.Baru sahaja dia membuka pintu,dia sudah di sambut dengan sekujur tubuh yang sedang berdiri di sudut dinding sambil mengusap dahinya berkali-kali.

"Are you okay miss?"Freen menyoal walaupun dia pasti wanita tersebut pasti berada dalam keadaan yang tidak baik.Sakit tu kena cium pintu!!

"Baik sangat"sarkastik wanita tersebut membalas pertanyaan Freen membuatkan Freen mendengus kesal.

Bibirnya laju mahu membalas sindiran wanita yang tingginya yang hanya berbeza beberapa sintimeter dengannya sebelum terpana apabila melihat wajah wanita tersebut.

Iya!Orang tersebut adalah Rebecca Patricia,anak kepada Reynold Armstrong.
Orang yang menjadi sasarannya dalam perniagaan.

Secara automatik dia menayangkan wajah palsunya.Senyuman nipis yang dihiaskan di wajahnya serta menatap Becky dengan tatapan yang lembut.Dia perlu meninggalkan kesan yang baik kepada Becky untuk memudahkannya di kemudian hari.

"I minta maaf sangat-sangat..Salah I..Tapi ni betul-betul serius question,you nak ice ke or anything?"soalnya sambil dengan selamba menarik tangan Becky yang mengusap dahinya agar dia dapat melihat keadaan Becky.

Ternyata ada benjolan kecil di dahi Becky namun tidaklah teruk sangat..Bagi dirinya lah..Dia tak tahu pula bagi Becky.. Namun,lakonan tetap lakonan.Dia harus menjalankan rancangannya.

Tindakan beraninya itu membuatkan Becky agak tersentak.Haruman wangi dari tubuh wanita tersebut membuatkan jantungnya berdegup tidak keruan sebelum dia berdehem kecil cuba untuk mengawal gugupnya.

"You ni apa masalah?Buka pintu tandas macam nak serbu markas penjenayah je"soal Becky dengan nada yang tinggi cuba untuk menunjukkan ketegasan dirinya.

Lagi-sekali Freen tersenyum nipis.Agak terhibur dengan gelagat Becky.Dia tak tahu yang sekali Freen bentak dia,pasti boleh demam tiga hari bertutur-turut.

"I'm sorry again..You nak I bawa pergi klinik ke apa?Buat rawatan lagi lanjut..Mana lah tahu ada tengkorak kepala you retak ke apa?"
tanpa rasa bersalah Freen mengutarakan pendapatnya.

"You ni dah lah buat kepala I benjol lepastu nak perli I lak"ucap Becky sambil mencekak pinggangnya.

"I gurau je la..Ah kesan benjol tu nanti tuam ais..Mungkin dalam dua hari ke tiga hari ke hilanglah tu..Don't worry..Takkan kacau muka cantik you tu pun"kata Freen lalu melangkah ke arah sinki untuk mencuci tangannya.

Freen melihat Becky dari ekor matanya sambil tersenyum penuh makna.Senyuman yang mampu menghayutkan orang yang melihatnya.

"You patut minta maaf kat I"arah Becky.

Freen menutup pili air lalu mengambil sehelai tisu untuk mengeringkan tangannya lantas membuang tisu itu ke dalam tong sampah.

Kini dia memandang tepat ke anak mata Becky.Lama...Tatapannya itu membuatkan Becky kehilangan arah.Melihat keresahan Becky membuatkan Freen tersenyum lagi.

"Nice to meet you..See you next time"ucap Freen lalu melangkah keluar dari tandas.

Sungguh Becky terpana dengan senyuman Freen yang dia rasakan sangat memesonakan.
Dia sehingga terlupa tentang kecederaan yang di alami sebelum akhirnya dia sedar apabila pintu tandas itu diketuk dari luar.

"Miss Armstrong..Are you here?"jelas kedengaran suara pengawal peribadinya bertanya dari luar.

"Yeah"sahutnya lalu membuka pintu tandas dengan senyuman.

DESTINYWhere stories live. Discover now