[HAPPY READING]
Alangkah terkejutnya Freen apabila kedatangannya di resort mendiang ibunya di sambut oleh Nam dan Noey.Dia tidak menyangka yang Oaey akan membawa dua orang sahabatnya ke resort ini.
"Kenapa kau bawa dorang?"soal Freen sebaik sahaja keempat-empat mereka masuk ke dalam bilik yang terhubung dengan pejabat pengurusan resort tersebut.Tempat ini sudah lama tidak di kunjung orang luar namun Freen dan Oaey sentiasa datang ke sini bersama dengan rakan mereka serta Oaey mengupah beberapa pekerja untuk menjaga serta membersihkan kawasan resort serta bilik-bilik yang ada di sini.
"Amboi kau..Member sendiri kot takkan tak boleh?"protes Noey tidak puas hati.
"Tak de ah..Fikir aku ngan Oaey je"ucap Freen.
Mereka berempat duduk di ruangan makan yang ada sementara menanti makanan yang di bawa oleh Freen sebentar tadi di hidang oleh pekerjanya.Dia turut membelikan makanan buat pekerja-pekerjanya sebagai tanda penghargaan buat menjaga resort milik mendiang ibunya dengan baik.
"Aku nak menghulurkan bantuan lah juga dah adik kau kata korang plan nak buka tempat ni untuk orang luar"ucap Noey.
"But ni tak penting!Eh cuba cerita pasal future wife kau?Tiba-tiba je nak kahwin lah apa lah.. Dah lah tak bagitahu member sendiri!Nak gugur jantung aku bila Oaey bagitahu pasal ni"potong Nam.Dia lebih teruja untuk mengetahui kisah cinta Si Peti Sejuk ni daripada pelan perniagaan mereka.
Noey pun turut mengangguk setuju apabila mendengar kata-kata Nam.Dia baru sahaja duduk Singapura sebulan terus rasa macam tertinggal kereta api..Sedangkan Nam pun terkejut beruk apabila Oaey memaklumkan perkara tersebut.Nak tunggu Freen bagitahu memang lambat lagi!Thailand turun salji pun dia rasa belum tentu Freen akan ceritakan tentang dirinya!Pendek kata,mustahil lah Freen nak cerita perkembangan dirinya..
Pendiam sangat.."Tak de apa yang menarik pun"kata Freen dengan nada yang malas.
"Apa yang tak menariknya?Cuba tunjuk sikit gambar ke apa ke?Asal kau tak bawa dia sekali?Tunang kau lah en kiranya dia tu?Asal tak bawa?"bertalu-talu Nam bertanya kepada Freen.
Freen menatapnya dengan pandangan yang Nam pasti tiada siapa dapat baca.
"Aku datang sini nak kerja bukan bercuti"dingin Freen menjawab membuatkan Noey dan Nam mencebik.
"Jangan harap korang nak jumpa dulu tunang dia tu!Aku, adik dia sendiri pun tak pernah jumpa depan lagi..Tahu nama je..Kau rasa?"nyata Oaey kepada Freen.
"Entah apa yang dia nak sorok sangat pun tak faham..Tak bagi sangat kita nak kenal tunang dia"sindir Oaey.
Freen menjeling tajam apabila mendengar sindiran adiknya.Walaupun pahit untuk dia akui namun dia sememangnya tidak mempunyai rancangan untuk mengenalkan Becky bersama dengan kawan baiknya ini.
Dia tidak mahu Becky terlampau masuk dalam kehidupannya."Aku faham yang kau ngan tunang kau tu kena matching tapi kenalkan lah kat kitaorang..Bukannya orang lain..Ke kau ni tak ikhlas pun nak ngan dia?"duga Noey tidak percaya.Dia tidak percaya sepenuhnya Freen ni..Wanita ini gemar buat keputusan yang langsung orang tak jangka..
"Mana ada..Nanti-nanti ah aku kenalkan"nyata Freen dengan nada yang geram.
Perbualan mereka terhenti apabila pekerja yang menguruskan tempat ini datang menghidangkan makanan serta minuman yang dibeli Freen lalu melangkah meninggalkan mereka.
"Kau dah buat ke ngan dia?"soal Nam tanpa rasa bersalah.
Freen tersedak tatkala mendengar pertanyaan yang diajukan oleh Nam kepada dirinya.
Kawannya ni dah hilang akal ke apa?Soalan membunuh ni!
YOU ARE READING
DESTINY
RomanceUPDATE:(TIDAK MENENTU) Semuanya hanya dimulai dengan permainan yang dicipta oleh wanita yang bernama Freen Sarocha. Disebabkan dendam lama,dia nekad untuk memulakan permainan yang sudah lama ia rancang.