Enjoy update yang ringkas ini---
Dingin....
Hanya satu perkataan yang dapat Becky gambarkan saat dia dan Freen sekeluarga makan malam bersama.Masing-masing memilih untuk mendiamkan diri.Apa yang membuatkan Becky musykil lagi di saat Oaey langsung tidak menyapa Freen.Wanita itu malah memberi jelingan tajam kepadanya saat dia bertentang mata.
Becky akui,dia sangat tidak selesa dengan keadaan sekarang.Mana lagi dia dapat perhatikan,Meena,ibu tiri Freen menatap Freen dan dirinya dengan pandangan yang sukar dia mengertikan.Hanya suara Thony sahaja yang sekali-sekala kedengaran cuba untuk berinteraksi dengan mereka namun hanya di balas hambar.
Tiba-tiba dia merasakan pahanya di sentuh lembut oleh seseorang membuatkan dia mengalihkan pandangannya kepada Freen.
"Relax"bisik Freen seperti memahami ketidakselesaannya.
Becky hanya tersenyum hambar saat mendengar bisikan Freen.
"Papa ada tengok kat news pasal both of you..Is it true?"soal Thony membuatkan Freen dan Becky memandang ke arahnya.
"No..Okay je..I mean our relationship,okay je"bidas Freen sambil membetulkan cermin matanya.
"Yang gambar Becky bawa beg tu?"soal Thony lagi.
"Just nak simpan barang yang I tak nak kat rumah lama"kali ini Becky pula menjawab kerana Thony melihat ke arahnya.
"Ingat apa lah yang kecoh sangat..Media kan?Selalu buat cerita yang tak de apa pun"ucap Thony dan di balas dengan senyuman kekok Becky.
"Ingat nak berpisah dah"gumam Meena perlahan namun jelas di dengari oleh Becky dan Freen.
"Just cakap jealous dengan hidup I"Freen berkata tanpa memandang wajah Meena.Becky amat tahu Freen membalas sindiran Meena.
"You.."
Baru sahaja Meena ingin bersuara mengadukan perkata itu kepada Thony,Thony sudahpun memandang ke arahnya tajam.
"Stop it"tegas Thony berjaya membungkam Meena daripada terus bersuara.
"Oaey..Ada problem ke? Senyap je dari tadi?Makan pun macam nak tak nak je"tegur Thony setelah menyedari yang anak bongsunya itu hanya mendiamkan dirinya sejak dari tadi.
"Tak de selera"ringkas Oaey menjawab lalu mengerling sekilas ke arah Freen.
Freen hanya mendiamkan dirinya tidak mahu berkata apa-apa.Cukuplah masalah yang dia hadapi kini.Dia tidak mahu mengeruhkan keadaan.
"Becky..Freen..Both of you tak de apa-apa plan untuk amik anak angkat ke apa ke?"tanya Thony membuatkan Becky terbatuk kecil dek kerana tersedak apabila mendengar soalan yang diajukan.
Laju Freen menepuk lembut belakang badan isterinya.
"Not ready yet"ringkas Freen menjawab soalan yang diajukan oleh Thony.
Becky pula hanya memilih untuk mendiamkan diri memandangkan Freen sudahpun menjawab pertanyaan yang diajukan Thony.Lagipun siapa yang nak anak?Dalam masa sebulan lagi mereka akan berpisah...
Makan malam di antara keluarga Chankimha pun berakhir dalam suasana yang agak canggung.
"If you nak naik bilik dulu pergilah..I nak cakap something dengan Oaey"bisik Freen lalu melangkah mengejar jejak adiknya tanpa menunggu jawapan dari Becky.
Langkah Becky terhenti apabila dirinya di tahan oleh Meena,ibu tiri kepada Freen.
"Do you need anything?"canggung Becky bertanya kepada wanita itu.
YOU ARE READING
DESTINY
RomansaUPDATE:(TIDAK MENENTU) Semuanya hanya dimulai dengan permainan yang dicipta oleh wanita yang bernama Freen Sarocha. Disebabkan dendam lama,dia nekad untuk memulakan permainan yang sudah lama ia rancang.