🥳🥳🥳🥳🥳
Becky menyandarkan tubuhnya pada kerusi penumpang kereta lantas memejamkan matanya. Kini, hubungan mereka berdua sudah diperkenalkan secara rasmi kepada pihak luar.
"Tired?"soal Freen sebaik menutup pintu keretanya.
"Penat layan orang"balas Becky membuatkan Freen tersenyum mendengar jawapan yang keluar dari mulut ist erinya.Iya..Becky sudahpun rasmi menjadi isterinya..
"Sleep first..Nanti dah sampai I kejut"kata Freen setelah mengusap lembut wajah Becky.
"Balik rumah terus kan?"soal Becky.
Freen hanya mendiamkan dirinya tidak menjawab soalan Becky.Keretanya mula bergerak meninggalkan perkarangan hotel milik keluarganya.
Dia ingin membawa Becky ke suatu tempat buat menikmati masa mereka tanpa ada sebarang gangguan.Biarlah dia lupakan dendamnya buat seketika..Dua minggu tidak berbual dengan Becky,ibarat seperti dua tahun buatnya..
Sesekali dia mencuri pandang Becky yang sedang lena di buai mimpi.Entah mengapa hatinya terus berasa tenang tatkala melihat wajah wanita yang sudah menjadi miliknya itu.
Freen mengeluh sendirian.Dia mula kecewa dengan dirinya sendiri.Hanya kerana Becky dan dia sudah rasmi menjadi pasangan tidak bermaksud mereka berdua harus saling mencintai...Dia sendiri pun tidak pasti dengan dirinya..
Setelah hampir tiga jam mengemudi kenderaan miliknya,mereka pun sampai ke tempat yang ingin di tuju Freen.Freen melangkah keluar dari keretanya sambil menepuk bahunya yang terasa lenguh.Jam di tangan di kerling.Ternyata jam sudah menunjukkan ke angka empat pagi..
Langkah di bawa ke pintu penumpang sebelum dia membukanya perlahan tidak mahu mengejutkan Becky.
'Angkat ke tak?Kalau aku angkat ni,mahu kejung badan setahun'Freen bertanya kepada dirinya sendiri di dalam hati.
Becky hanyalah gadis yang kecil cuma Freen tiada keyakinan untuk mengangkat tubuh isterinya itu.
Sedang dia berkira-kira sama ada perlu mengangkat Becky ataupun tidak,wanita itu sudahpun terbangun.
"Kita kat mana ni?"soalan yang keluar dari mulut Becky mengejutkan Freen.
"Tempat rahsia"jawab Freen agak kekok kerana wajahnya betul-betul dekat dengan Becky sehinggakan dia dapat merasa hembusan nafas Becky diwajahnya.
"Dah lama ke sampai?"soal Becky lagi masih terpinga-pinga.Matanya liar memandang ke kawasan sekeliling namun pandangannya agak terhad memandangkan sudah malam.
Freen hanya menganggukkan kepalanya sebelum dia mengambil keputusan untuk mengangkat tubuh isterinya itu.
"Eh?"
Reaksi terkejut Becky tidak dihiraukannya.Dia malah meneruskan langkahnya ke arah rumah kecil yang ada di hadapannya sebelum meletakkan Becky di atas sofa yang berada di ruang tamu rumah tersebut.
"Ni rumah siapa?"soal Becky sambil memandang sekeliling sebelum tersenyum nipis.Hiasan dalaman rumah ini sungguh menepati cita rasanya.Sangat klasik...
"Suka ke?"soal Freen.
"Yeah..Tapi rumah siapa ni?"soal Becky lagi sekali.
"You"ringkas Freen menjawab soalan Becky.
"Hah?Sejak bila I ada rumah ni?"
"Sejak jadi wife I.."
Becky menatap wajah Freen seperti tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dia dengari tadi.
YOU ARE READING
DESTINY
RomanceUPDATE:(TIDAK MENENTU) Semuanya hanya dimulai dengan permainan yang dicipta oleh wanita yang bernama Freen Sarocha. Disebabkan dendam lama,dia nekad untuk memulakan permainan yang sudah lama ia rancang.