Enjoy
Dia tersentak dari lenanya tatkala mendengar bunyi barangan yang jatuh berderai dari dalam rumahnya.Freen terus melangkah masuk dari dalam balkoni ke ruang tamu.Dia memandang Becky dengan wajah yang tidak percaya apabila melihat bingkai fotonya bersama dengan Becky sudah jatuh berderai di atas lantai.
"You okay?Macam mana boleh jatuh ni?"soal Freen dengan nada risau.Dia menolak sedikit tubuh Becky agar menjauhi kawasan tersebut.
"I benci tengok gambar tu.. Jadi I pecahkan.. Sakit mata I tengok"selamba Becky menjawab pertanyaan Freen.
"What's wrong with you sebenarnya ni?I tak faham..Cuba cerita apa sebenarnya masalah you?"soal Freen cuba untuk memahami keadaan Becky.
"Sebab kau,lelaki tu bunuh ayah aku!Cuba kau tanya diri kau apa kau dah buat?Kenapa aku kena terlibat dengan masalah kau?"
"Sekarang baru aku sedar yang aku tak kenal pun kau ni siapa!Kau tiba-tiba muncul and aku pun dengan bodohnya terima je kau..Banyak kau tipu aku Sarocha..Lepas satu,satu kau tipu aku!Kalau aku tak dengar,call kau ngan adik kau,aku langsung tak tahu apa-apa!Kau tipu aku pasal hilang ingatan!"bentak Becky.
"Kita boleh bincang pasal ni kan sayang?"Freen cuba untuk menenangkan Becky dari amarahnya.
"Jangan panggil aku sayang!Aku benci kau! Semua benda malang jadi dalam hidup aku ni,lepas aku kenal kau!"jerkah Becky.
"Yes,memang I kenal Argus tu tapi I tak sangka yang dia buat semua ni.. I takde niat pun untuk buat ayah you takde,Beck..Yes,I admit I tipu pasal condition I tapi semua tu ada sebab"terang Freen.
Freen cuba untuk menyentuh pergelangan tangan Becky namun di tepis oleh isterinya.
"Let's just split up Sarocha..Aku tak rasa aku boleh tahan dengan semua ni"kata Becky tanpa memandang Freen.
"Don't..I tak nak dengar semua ni"tolak Freen.
Becky mendengus kesal sebelum membawa langkahnya ke arah bilik tidur namun terhenti di saat mendengar kata-kata Freen.
"If I terangkan pun apa yang jadi,you won't listen to me..I harap you cari cerita betul and bukannya terpengaruh dengan Argus.."
"Aku tak tahu nak percaya siapa..Kita punya perkahwinan ni hanya penuh rahsia and penipuan Freen..And blame to yourself,for that"kata Becky tanpa memandang wajah Freen.
Freen meraup wajahnya kesal sebelum kakinya melangkah mengikut langkah Becky.Dia tidak selesai untuk berbicara dengan isterinya dan dia takkan biarkan Becky akhiri perbicaraan mereka begitu sahaja.
Freen menutup pintu bilik lantas menarik tangan Becky agar memandang wajahnya tepat.Mata keduanya saling memandang tepat.
Kedua-duanya langsung tidak mahu melepaskan tatapan masing-masing.Apa yang berbeza hanyalah,satu memandang dengan penuh amarah dan satu lagi memandang dengan penuh harapan."Lepas"tegas Becky mengarahkan Freen namun di tolak Freen dengan gelengan kepalanya.
"You salahkan I pasal ayah you mati?"tanya Freen ingin memastikan apa yang difikirkan Becky.
"Yes I am"jawab Becky.
"You bencikan I pasal tu?"soal Freen lagi.
"Yes..I benci semuanya pasal you"jawab Becky tanpa ragu-ragu walaupun sebenarnya hatinya sangat sakit saat mengutarakan jawapan tersebut.
Freen menundukkan wajahnya ketika mendengar jawapan Becky.Wanita itu langsung tidak ragu-ragu ketika menjawab pertanyaannya.Sekejap sahaja Becky mampu membencinya..
YOU ARE READING
DESTINY
RomanceUPDATE:(TIDAK MENENTU) Semuanya hanya dimulai dengan permainan yang dicipta oleh wanita yang bernama Freen Sarocha. Disebabkan dendam lama,dia nekad untuk memulakan permainan yang sudah lama ia rancang.