29

439 40 13
                                    

I'm back..

Satu persatu barangan yang ada berhampiran dengannya di baling ke arah orang suruhannya.
Lily hanya memandang tanpa mengungkapkan sebarang bicara tatkala melihat amukan Freen.

Dia akui ini kesilapan orang bawahannya yang lalai untuk menjalankan tugas dengan baik sehingga mereka kehilangan jejak Becky.

"Kalau ada apa-apa jadi kat wife aku,sorang-sorang aku campak dalam lombong!"jerkah Freen.

"Stop..Stop..Aku dah kerah semua anak buah aku untuk cari Becky..Kau tenang dulu"ungkap Lily cuba menenangkan Freen dari terus mengamuk.

"Sekarang ni nak masuk jam dua pagi dah tapi apa korang dapat?Masih tak de status"bentak Freen.

"Iya,aku faham..Kau sabar sikit..Orang aku tengah cari"ungkap Lily dengan nada yang tegas.

Freen terus mendengus kesal.Botol air yang dipegangnya di campak penuh amarah ke arah salah seorang pekerja Lily.

Tiba-tiba telefonnya berdering menandakan ada panggilan telefon masuk.Freen segera melihat gerangan si pemanggil.Laju sahaja dia menjawab panggilan tersebut setelah melihat nama yang tertera pada skrin telefonnya.

"Where are you?You okay dear?"soalnya sebaik menjawab panggilan tersebut.

"Kau sayang bini kau ke?"suara garau seorang lelaki kedengaran dari hujung panggilan.

"Argus?Kau buat apa kat wife aku?"kasar Freen bertanya.

"Ingat juga kau kat aku..Wife kau?Baru je lepas sembang ngan dia..Tak tahu ah tengah buat apa dia..Meroyan kot"selamba Argus menjawab soalan yang diajukan Freen kepadanya.

"Kau sentuh wife aku,jahanam hidup kau!"maki Freen.

"Sial!Hidup aku dah memang jahanam kerja engkau!Kau yang dengar apa aku cakap sekarang,kau datang kat alamat aku bagi atau kepala bini kau yang sampai depan rumah kau!Kau tahu aku boleh buat apa kan?!"

"Kau ugut aku?"

"Two hours Sarocha Chankimha..Two hours..Datang sendiri or wife kau jadi mangsa.."

Panggilan telefon tersebut pun terputus.Freen terus membuka pesanan ringkas yang di hantar dari nombor tersebut sebelum mengarahkan beberapa orang suruhan Lily untuk menemaninya.

Freen tidak bodoh..Dia tahu Argus sebenarnya menginginkan dirinya dan bukannya Becky.Becky hanya dijadikan sebagai kambing hitam untuk mengugut dirinya..

Laju anak-anak buah Lily membuat kerja yang diarahkan olehnya.Saat mereka semua sibuk dengan persiapan yang ingin mereka lakukan,bahu Freen di tepuk perlahan oleh Lily.

"Kau..Suka dia?"tanya Lily sebaik sahaja Freen memandangnya.

"Sayang..Aku sayang dia"jawab Freen jujur.

"Dendam kau?"soal Lily.

"Ni bukan waktunya untuk cakap pasal benda ni..Kau urus apa yang patut"balas Freen.

"Hati-hati..Ada apa je terus tekan button ni"ungkap Lily sebelum menyerahkan barang yang dimaksudkannya kepada Freen.

Freen tersenyum nipis selepas mengambil barang tersebut. Langkahnya di bawa menuju ke arah kereta miliknya.

Panduannya di bawa menuju ke arah lokasi yang dinyatakan oleh si pemanggil sebentar tadi.Hampir sejam lebih dia memandu sebelum memasuki ke sebuah kawasan yang sangat sunyi.

Anak-anak buah Lily pula sudahpun bersiap-sedia memantau keadaan sekeliling tanpa membawa kenderaan masuk ke dalam kawasan itu.

Freen memberhentikan keretanya betul-betul di sebelah kenderaan milik isterinya.Freen memutuskan untuk berjalan masuk ke dalam rumah tersebut setelah diarahkan oleh orang suruhannya.

DESTINYWhere stories live. Discover now