[HAPPY READING]
Cahaya matahari pagi menerpa masuk mengenai wajah Freen mengganggu lena Freen.Perlahan dia membuka matanya sebelum cuba untuk duduk dari pembaringannya namun badannya terasa berat.
Pandangannya dialihkan ke tepi.Dia melihat Becky sedang lena tertidur di sebelahnya sambil memeluk tubuhnya tidak ingin melepaskannya.
Iya..Semalam Becky menerima jemputannya untuk menginap bersama tetapi tiada apa-apa yang istimewa pun terjadi..
Perlahan dia meleraikan pelukan Becky dipinggangnya lantas megikat rambutnya lalu melangkah ke bilik air untuk membersihkan dirinya.
Setelah dia selesai membersihkan dirinya,Freen pun membawa langkah ke arah dapur rumahnya.Jam di kerling untuk melihat masa ketika ini.Ternyata jam sudahpun menginjak ke jam enam pagi.
Laju dia mengeluarkan bungkusan roti,telur,bacon dan buah-buahan yang ada di dalam peti sejuk rumahnya.Cekap tangannya memasak sarapan pagi buat dirinya dan Becky.Hampir dua puluh minit dia mengambil masa untuk memasak sarapan pagi serta membancuh kopi buat dirinya.Kuali yang dipakai pun sudah selesai di basuh.Apa yang perlu dia lakukan hanyalah mandi dan bersiap untuk pergi ke kerja setelah membangunkan Becky untuk makan sarapan yang telah dia masak.
Freen mengambil telefonnya yang dia letakkan di atas meja makan semalam sebelum membuat panggilan telefon kepada Gia untuk menanyakan jadualnya pada hari ini.Dia tidak perlu menunggu dalam waktu yang lama buat Gia menjawab panggilannya.
"Good morning miss..Miss perlukan apa-apa ke?"tanya Gia sebaik sahaja dia menjawab panggilan majikannya.
"Morning too..Boleh I tahu schedule I harini?"tanya Freen.
"Wait a minute miss"ucap Gia.
Freen hanya mendiamkan diri menanti Gia untuk memaklumkan jadual kerjanya hari ini.
"Jam sembilan pagi miss ada meeting dengan bahagian marketing CH..Lepastu miss kena lunch dengan wakil CH dari cawangan Selatan..Lepas habis lunch,miss kena tengok tapak pembinaan projek pejabat baru CH..Selepas tu jadual miss kosong"maklum Gia.
"Tolong minta assistant COO untuk wakilkan I makan lunch dengan wakil CH..Waktu lunch tu saya akan datang pergi tapak projek..Dan meeting dengan bahagian marketing,tolong awalkan sejam pergi ke waktu lapan pagi..Harini saya nak keluar awal sikit"arah Freen.
"Baik..I akan ubah semula jadual you.. Anything else miss?"tanya Gia.
"Nothing..Thank you"balas Freen lantas menamatkan panggilan tersebut.
Dia perlu segera untuk bersiap agar dia tidak perlu menghadap kesesakan lalu lintas nanti.
Dia hanya mengambil masa empat puluh minit untuk bersiap.Kini dia sudahpun lengkap berpakaian kemas.Langkahnya di bawa ke arah katil yang menempatkan Becky.
Lembut dia menepuk bahu Becky agar bangun dari lenanya."Hmm..Kenapa?"mamai Becky bertanya sambil menggosok matanya berkali-kali.
"Jom breakfast..I nak pergi kerja dah ni"ajak Freen dengan nada yang lembut.
"Five minutes"kata Becky lalu membaringkan dirinya semula di atas katil.
Freen menggelengkan kepalanya melihat gelagat Becky yang seperti budak kecil.
Selimut yang menutupi wajah Becky di tarik membuatkan Becky terus duduk dari pembaringannya.
"Youuuuu!"panjang suara Becky membantah tidak puas hati.
"Bangun..Jom breakfast,I nak gi kerja dah ni"balas Freen.
"Awalnya"kata Becky sambil mengikat rambutnya.
YOU ARE READING
DESTINY
RomansaUPDATE:(TIDAK MENENTU) Semuanya hanya dimulai dengan permainan yang dicipta oleh wanita yang bernama Freen Sarocha. Disebabkan dendam lama,dia nekad untuk memulakan permainan yang sudah lama ia rancang.