23

591 39 2
                                    

I'm back..Enjoy semua👐👐

Bunyi guruh di luar mengejutkan Becky dari lenanya.Dia menarik selimut supaya menutupi tubuhnya yang tidak lengkap berpakaian. Pandangannya dialihkan di luar.Dia melihat hujan turut dengan lebatnya di luar.

Tubuhnya kini mula terasa pegal dek kerana aktiviti panasnya bersama dengan Freen pada pagi tadi.Becky mengetap bibirnya cuba menahan malu.Ingatannya mula menerawang membayangkan apa yang terjadi semalam..

Bagaimana lembutnya Freen menyentuh dirinya..Habis merah padam wajahnya apabila dia membayangi perkara itu..

Becky pun membuka matanya lantas berusaha untuk meregangkan otot-otot badannya.Terpinga-pinga dia apabila melihat tempat kosong disisinya.

Mana Freen?Persoalan itu singgah dikepalanya sebelum dia terdengar bunyi bising di luar.Mungkin Freen berada di luar kot..

Dia melirik jam yang terletak elok pada dinding biliknya lantas berdiri sambil mengutip pakaiannya yang berteraburan di atas lantai.Langkahnya di bawa ke arah bilik air untuk membersihkan dirinya.

Sementara itu Freen yang berada di dapur rumah itu sedang tersenyum puas melihat hasil makanan yang dimasaknya tadi.Dia membeli sedikit barangan keperluan serta barang basah sebentar tadi sewaktu Becky sedang lena tertidur.

Pada mulanya dia mahu mengejutkan wanita itu tetapi sewaktu melihat wajah Becky yang sedang lena membuatkan dia membatalkan niat untuk membawanya.

Setelah mengemas dapur yang sudah seperti baru dilanggar todak,Freen pun membawa langkahnya ke bilik dengan niat ingin membangunkan Becky supaya bangun untuk mengisi perutnya.

"You bangun dah?"

Soalan cepumas diajukan oleh Freen sewaktu melihat isterinya itu sedang duduk di meja solek sambil mengeringkan rambutnya.Matanya melihat tepat ke arah leher Becky yang mempunyai tanda-tanda hasil daripada perbuatan mereka pagi tadi sebelum tersenyum nipis.

"I guna eh serum ni semua?"pinta Becky dengan kecanggungan yang cuba ditutupnya.

"Okay"ringkas Freen memberi lampu hijau kepada Becky untuk menggunakan barang kosmetik yang baru dibelinya.

"I ada beli baju semua tu and I letak kat dalam almari..Just pakai je apa-apa yang you nak..And lepastu,kita pergi makan"kata Freen.

Sunyi...Suasana antara mereka berdua kembali sunyi.Masing-masing cuba sebaik mungkin untuk menyembunyikan perasaan canggung yang menguasai mereka berdua.

"About that night.."Becky berucap perlahan.

"It's mistake..Salah I"balas Freen ringkas tanpa membiarkan Becky menghabiskan kata-katanya.

"What?!"sedikit meninggi suara Becky setelah mendengar balasan Freen.

"It just..I tak patut buat tu"nyata Freen tanpa memandang wajah wanita itu.

"You're really unbelievable Sarocha"kata Becky hampa.

Suasana kembali diam di antara mereka berdua.

"I tunggu kat luar"kata Freen lagi lantas mengundurkan dirinya keluar dari bilik itu.

Dia membawa diri ke arah beranda rumah tersebut.Tangannya disilangkan sambil matanya tidak lari daripada melihat pemandangan kampung yang terhampar dihadapan matanya.Bunyi rintik hujan turut mendamaikan hatinya yang sedang bergejolak.

Matanya menangkap melihat anak-anak kecil yang berlari ke arah rumah kayu yang terletak lebih kurang dua ratus meter dari rumahnya.

Terbit senyuman manis dari bibirnya melihat anak-anak itu..Pasti mereka tidak mahu di marahi ibu mereka..

DESTINYWhere stories live. Discover now