7

387 30 2
                                    







[HAPPY READING]






Deringan bunyi yang dihasilkan telefonnya mengganggu lena Becky.Pada mulanya dia ingin membiarkan sahaja namun semakin lama deringan tersebut semakin bising di halwa telinganya.Dia pun mengangkat panggilan telefon tersebut tanpa melihat siapakah gerangan yang menelefonnya mengganggu dirinya dari terus bermimpi walaupun matahari sudah terang-terangan terpacak atas kepala.

"Siapa ni?Kacau je lah call orang pagi-pagi"bebel Becky tanpa sedar.

"Morning my fiance.."

Hanya ayat itu di sebut mampu membuatkan dia terus duduk sambil menggosok matanya berkali-kali.Alangkah terkejutnya bila dia melihat rupanya yang menelefonnya ialah Freen.

"Morning"Becky berkata perlahan cuba menahan malu.

"Baru bangun ke?"soal Freen dengan suara yang serak membuatkan Becky mengetap bibirnya.

"Nak jawab jujur or tipu?"tanya Becky sebelum dia mendengar Freen tertawa seketika.

"Tak payah lah..You dah jujur dah pun tadi..I kacau you ke?"

"Tak..I bukannya ada buat apa.."

"Ingat nak ajak you breakfast before I nak gerak pergi kerja luar but macam kacau you pula so next time je lah.."

"No..I okay je..You bagitahu nak jumpa kat mana and then I pergi sana"kata Becky.

Kelam-kabut dia membuka almari bajunya ingin memilih busana yang ingin dia gayakan.

"I ada kat luar"Freen berkata tenang.

Makin lah Becky gelabah dengar kata-kata Freen sebelum dia menyoal wanita itu seperti tidak percaya,"Luar rumah I ke?"

"Nope"bidas Freen.

"Habis kat mana?"soal Becky.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.Sayup-sayup dia terdengar suara yang amat dia kenali.

"I kat luar bilik you..Open the door please.."

DUPP!!!

Nak gugur jantung dia dengan kejutan yang di buat Freen.Pintu bilik di buka ragu-ragu sambil separuh wajahnya di tutup dengan tuala.Benar!Freen memang berada di depan pintu biliknya sambil tersenyum menayang muka tidak bersalah.

"Suprise!"

Satu cubitan hinggap di lengan Freen membuatkan Freen terjerit kecil dek kerana tidak menjangka yang Becky akan mencubitnya.

"Sakit"adu Freen sambil mengusap lengannya yang menjadi mangsa Becky.

"Padan muka..Jangan ah buat suprise macam ni..Nak tercabut jantung I"bebel Becky.

Lagi Freen hanya tersenyum mendengar bebelan Becky walaupun sebenarnya dia tidak rela pun untuk buat semua ini.Ini semua berpunca dari arahan Reynold yang mencadangkan untuk dia berbuat seperti ini bagi mengambil hati Becky.Pada mulanya dia ingin membantah namun niatnya dibatalkan kerana ayahnya pun sudah campur tangan..

"You siap dulu,I tunggu bawah"ucap Freen sebelum ingin berpaling namun terhenti kerana tangannya di tarik lembut oleh Becky.

"Tak nak tunggu sini je ke?"soal Becky.

"It's okay,take your time..Lagipun I ada benda nak cakap dengan Tuan Reynold"tolak Freen.

Becky hanya mengangguk akur lalu perlahan tangannya yang memegang Freen dilepaskan.

Dia merasakan bahunya di tepuk lembut sebelum hanya memandang Freen yang sudah membawa langkahnya pergi meninggalkan dirinya.Pintu bilik kembali di tutup lantas mengatur langkah ke bilik mandi bagi membersihkan dirinya.

DESTINYWhere stories live. Discover now