Riuh suasana di pintu masuk syarikat CH sebaik sahaja makluman mengenai status baharu bakal pengarah syarikat tersebut.Keadaan yang sama turut terjadi di perkarangan masuk syarikat yang dimiliki oleh keluarga Armstrong.
Pihak media tidak kira daripada media nasional mahupun swasta masing-masing menanti kehadiran mana-mana ahli keluarga Chankimha untuk ditemu-bual.Namun apa yang dapat dipastikan,kehadiran Freen yang paling dinantikan oleh mereka.
Pengawal keselamatan cuba sebaik mungkin untuk mengawal keadaan daripada tidak menjadi huru-hara.Mereka semua sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku.
Terdapat segelintir pihak yang mengkritik hebat tindakan Freen yang memilih untuk berpasangan dengan pasangan sesama jenis namun ramai juga yang menyokonh tindakannya.Reaksi yang sama juga diberikan oleh ahli lembaga pengarah setelah mendengar berita terbabit.Namun semua kritikan tidak akan mereka hiraukan.Apa yang pasti,penyatuan Freen dan Becky serta kolobrasi antara syarikat CH Umpire serta A.S Gorz tetap akan terjadi!
"Macam mana ni Miss Chankimha?Still nak guna laluan depan atau guna laluan private je?"soal pemandu peribadinya apabila melihat keriuhan yang berlaku pada pintu masuk syarikat CH.
"Just masuk macam biasa"jawab Freen sambil tersenyum penuh makna.
Sungguh dia suka dengan perhatian yang dia dapat sekarang!Ini bukan sahaja akan menguntungkan dirinya tetapi juga syarikat.
Tetapi dia pasti,ada yang akan tidak senang duduk melihat kemunculannya di publik."Be ready miss"pesan pemandunya sebelum meneruskan pemanduan menuju ke arah pintu masuk syarikat tersebut.
Ketibaan mereka terus di sambut oleh pihak media.Seperti semut mengerumuni gula dapat Freen ibaratkan apabila dia melihat suasana di luar keretanya.Pintu di buka oleh Freen dengan yakin menyerlahkan auranya sebagai pentadbir syarikat.Pengawal keselamatan serta pengawal peribadinya berusaha semaksimal mungkin agar pihak wartawan tidak mendekati Freen.Mereka tidak mahu berlaku apa-apa kecederaan lagi jika tidak berhati-hati.
"Apa komen Miss Chankimha atas khabar perkahwinan antara pihak Miss Chankimha dan anak perempuan Tuan Reynold Armstrong?Betulkah khabar tersebut?"soal salah satu wartawan yang berdekatan dengan Freen.
"Iya..Berita tersebut adalah sahih dan tidak di buat-buat..Kami sudah sebulat-suara dan bersetuju untuk melangkah ke fasa yang lebih serius"jawab Freen sambil tetap meneruskan langkahnya.
"Macam mana pula dengan pendapat publik?"kali ini wartawan dari media lain pula bertanya kepadanya.
"Love is love"ringkas Freen menjawab soalan terbabit.
"Terdapat khabar yang mengatakan bahawa miss hilang ingatan?Betulkah?"
Langkah Freen terhenti apabila mendengar soalan tersebut ditanyakan kepadanya.Tajam matanya memandang ke arah wartawan wanita yang menanyakan soalan tersebut kepadanya.
"Tidak..I sangat sihat sekarang setelah hampir dua bulan lebih I berehat"tegas Freen berucap.
"Untuk soalan lebih lanjut,tuan dan puan boleh ajukan masa sidang media nanti"tambag Freen lalu melajukan langkahnya masuk ke dalam bangunan syarikat yang dimiliki oleh CH.Panggilan serta pertanyaan yang ditanyakan kepadanya hanya dibiar berlalu begitu sahaja.
Laju langkahnya di bawa agar cepat sampai ke pejabatnya.Dia sudahpun mengingati maklumat penting yang perlu dia ingat agar tiada siapa yang bakal mencurigai kondisi keadaannya terkini.Sapaan daripada pekerjanya tidak di balas memandangkan Oaey mengatakan itu 'trademark' diri dia di pejabat.Dingin dengan semua orang...
"Welcome back Miss Sarocha Chankimha"sapa seorang wanita di pintu pejabatnya.Dia pasti wanita tersebut ialah pembantu peribadinya iaitu Gia.
"Hello"Freen membalas sapaan Gia dengan suara yang datar.
YOU ARE READING
DESTINY
RomanceUPDATE:(TIDAK MENENTU) Semuanya hanya dimulai dengan permainan yang dicipta oleh wanita yang bernama Freen Sarocha. Disebabkan dendam lama,dia nekad untuk memulakan permainan yang sudah lama ia rancang.