"I'll give my position as a CEO of CH to my oldest daughter,Freen Sarocha Chankimha..."
Kata-kata yang diucapkan Thony di akhir mesyuarat membuatkan Freen dan semua ahli lembaga pengarah tersentak.Dia memandang ayahnya dengan tatapan tidak percaya sebelum mengalihkan pandangannya melihat ke semua ahli lembaga pengarah yang ada di dalam bilik tersebut.
"Kenapa tiba-tiba Tuan Chankimha?"soal salah seorang ahli lembaga pengarah.
"Dia terlalu muda untuk posisi tu" seorang ahli lembaga pengarah pula bersuara tidak puas hati.
"You lupa ke siapa yang naikkan company ni Tuan Anartup"kali ini seorang ahli lembaga pengarah yang dipanggil sebagai Tuan Yung bersuara membela Freen membuatkan Tuan Anartup diam tidak berkutik.
"Saya akui kepakaran Miss Chankimha dan memang saya tak boleh nak nafikan tetapi saya amat berharap yang Tuan Chankimha dapat lakukan beberapa ujian saringan untuk pastikan sama ada beliau layak untuk pegang jawatan itu ataupun tidak"tambah Tuan Yung.
Pendapat yang dilontarkan oleh Tuan Yung mendapat persetujuan daripada semua ahli lembaga pengarah kecuali Tuan Anartup yang tidak menyetujui tindakan Thony.
Tajam mata Freen memandang ke arah Tuan Anartup.Dia amat maklum sikap lelaki tua itu yang selalu cuba untuk merendahkan dan mempertikaikan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin di CH.
"Don't worry everyone..Saya akan ambil kira pendapat semua pihak tentang keputusan yang ingin saya buat..How about you Miss Chankimha?Ada nak cakap apa-apa?"tanya Thony.
Freen berdehem kecil lantas membetulkan posisi duduknya.
"Position saya as COO of CH pun dah cukup berat dan saya memang komited untuk kembangkan CH menjadi sebuah syarikat yang lebih besar..Saya amat berharap pihak tuan dan puan mampu untuk berikan komitmen dan pandangan yang membina untuk kita sama-sama naikkan CH"kata Freen.
"Well untuk Tuan Anartup,saya amat faham kerisauan tuan tentang orang muda yang akan mengetuai syarikat and tambah lagi bakal ketua tersebut, perempuan..Tuan Anartup mungkin boleh cadangkan nama lain yang tuan rasakan layak untuk ambil tempat CEO CH?Tapi pastikan yang tiada rekod jenayah..Contohnya salah laku seksual, kekerasan terhadap pekerja dan penggubalan wang haram"sinis Freen berkata membuatkan Thony hanya tersenyum nipis melihat keberanian anaknya.Ahli lembaga pengarah yang lain pula hanya cuba menahan tawa apabila mendengar sindiran halus yang Freen berikan buat Tuan Anartup.
"Kau jangan biadap!"bentak Tuan Anartup lantas ingin bangun untuk menyerang Freen namun tindakannya terhenti apabila tiga orang pengawal keselamatan menahannya lantas menolak dirinya sehingga terdorong jatuh di atas lantai.
"Tuan Anartup!Jangan sekali cuba untuk sentuh anak saya!"tegas Thony berkata setelah berdiri di hadapan Tuan Anartup.
Dia akui dia selalu bertengkar dengan Freen namun dia tidak akan biarkan orang luar menyentuh anaknya sesuka hati.Hanya dia sahaja yang boleh menegur anak-anak perempuannya..
"If tak de apa,mesyuarat ditamatkan.. Semua boleh bersurai"tambah Thony.
Serentak semua yang ada di dalam bilik itu berdiri lalu menundukkan sedikit tubuh mereka tanda menghormati arahan Thony.
Freen terdiam seketika sebelum melangkah ke arah Thony."I need to talk"ucap Freen dengan nada tegas.
"Now?"tanya Thony sambil melihat jam di pergelangan tangannya.
"Yes..Now"jawab Freen.
"Make it short..I ada meeting kat luar"ucap Thony lalu melangkah keluar dari bilik itu.
YOU ARE READING
DESTINY
RomanceUPDATE:(TIDAK MENENTU) Semuanya hanya dimulai dengan permainan yang dicipta oleh wanita yang bernama Freen Sarocha. Disebabkan dendam lama,dia nekad untuk memulakan permainan yang sudah lama ia rancang.