(❁'◡'❁)
"Huang Renjun..akhirnya kamu dapat tinggal di sini lebih lama."ujar Raja Kota Hera,Lee Minso.
"Yang Mulia Raja dan Permaisuri apa khabar?"ujar Jenderal Huang Renjun sambil memandang wajah Raja Lee Minso dan Permaisuri Lee Yuri yang dianggapnya macam ibu bapanya sendiri itu.
"baik..baik.kami berdua baik baik sahaja.macam mana keadaan kota sempadan Jing saat ini?"
"semuanya baik baik sahaja Yang Mulia.sebelum berangkat pulang,kami telah membersihkan kota dan membantu penduduk membaiki rumah."
"tahun ni, kamu dah 21 tahun kan?jadi selama kat luar,ada jumpa wanita kesukaan kamu?"
"maafkan saya yang mulia."
"haihh kamu ni.bagitau saya,macam mana ciri ciri wanita kesukaan kamu."
"suamiku, hal ini..biarlah Renjun sendiri yang tentukan. kita tunggu sahaja..kalau ada jodoh, adalah nanti."
"Isteriku, saya tak nak dia terus hidup dalam kesepian. selama ini, dia hanya mengabdikan diri pada urusan ketenteraan."
"maafkan saya Yang Mulia."
"macam ni lah..selagi kamu ada kat Kota Hera ni.carilah calon isteri .kalau masih tak dapat lagi, saya akan kahwinkan kamu dengan Cik Muda Ling anak bangsawan Ling. nak?"
"maafkan saya Yang Mulia.."
"kalau macam tu dengan puteri Hwaa je lah.adik pengawal Na Jaemin.macam mana?"
"maafkan saya Yang Mulia."
"haih kamu ni.semua gadis kat Kota ni minat dengan kamu.kamu sahaja yang tak nak."
"dah lah..dah lah..suamiku, dah lewat malam ni.marilah rehat dulu."
"ye lah.Renjun, jangan lupa esok ada acara makan besar untuk sambutan kemenangan kamu kali ni."
"baik Yang Mulia."Jenderal Huang pun ditinggalkan sendiri di dewan utama.
"Iris..kamu dah tidur?"panggil Tuan Jenderal Manwol dari luar bilik puterinya.
"belum lagi ayah.kenapa?"tanyanya..
"ayah ingin berbicara sedikit dengan kamu.ayah tak ganggu kamu kan?"
"tak ayah.."
Tuan Jenderal Manwol memandang wajah puterinya itu lama.tatapan itu terlihat penuh bersalah dan sedih.
"kalau ayah tau nenek dengan mak cik kamu akan buat macam ni dekat kamu..kami takkan tinggalkan kamu kat sini.ayah menyesal.."
"tak apalah ayah..yang penting, sekarang ayah dengan ibu dah pulang.hati Iris pun dah tenang."
"esok kita akan pindah ke rumah kediaman yang disediakan Raja di barat kota."Iris mengangguk faham.
"Iris, ayah nak pesan sesuatu dekat kamu."
YOU ARE READING
The General's Lover [HuangRenjun]
FanfictionHuang Renjun malay romance historical fanfic✍️(◔◡◔) Iris terperangkap dalam sebuah cerita bergenre historical romance hasil karya sahabatnya sendiri.Dalam dunia tersebut, dia telah bertemu dengan Jenderal Huang yang merupakan jenderal kerajaan Hera...