(❁'◡'❁)
tengah hari itu,Iris berehat di markas tentera wanita yang masih utuh.Dia berbaring di atas tikar sambil meregangkan badannya.
"penatnya"gumamnya.
'macam manalah perasaan Renjun tu bila tau markas tenteranya terbakar 75 peratus macam ni?'
"jauh sangat ke Kota Meso tu?sampai sekarang belum sampai sampai.."ujarnya.
disebabkan terlalu penat,Iris akhirnya terlelap di situ.ibu Iris yang datang membawa makanan hanya diam sahaja..dia tersenyum melihat anak perempuannya itu tidur dengan memeluk erat kain kasa yang sudah hampir habis itu.
makanan diletakkan di atas meja lalu dia keluar semula.
Jenderal Huang datang bersama sama Jaemin dan tenteranya yang mengikutinya ke Kota Meso.sebaik sahaja sampai,dia terdiam melihat keadaan markas yang hampir licin dijilat api.tentera yang berada di situ terus tunduk hormat..
"Tuan Jenderal,maafkan saya..saya tidak dapat menyelamatkan semua tentera."ujar Min Yoongi,wakil tentera di markas itu sambil melutut di hadapan Jenderal Huang.
Jenderal Huang melihat semua wajah wajah tenteranya.
"berapa yang tak selamat?"
"100 orang tuan."
Jenderal Huang menghela nafas berat..
"sudahlah..kamu dah berusaha.Yang lain rehatlah dulu."
Jenderal Huang melihat ayah dan ibu mentuanya juga berada di situ.
"ayah..ibu.."mereka berdua tersenyum sahaja.
mereka berlima duduk di meja yang kosong.
"apa yang jadi sebenarnya?"tanya Jenderal Huang.
"masa kami tengah berehat semalam..tiba tiba sahaja ada empat buah anak panah datang dan tepat mengenai atap markas.."
"empat?"
"ya..yang saya peliknya,semua keempat empat anak panah itu tepat mengenai bahagian tenggara markas."
"tenggara?tuan muda,tu tempat tujuh orang bekas tentera tu."ujar Jaemin.
"Tuan Jenderal,maafkan saya..tujuh orang tu termasuk tentera yang tinggal di situ semua tidak terselamat.mereka pengsan dalam tidur kerana terhidu asap."
Jenderal Huang menahan marahnya.
'mereka betul betul nak hapuskan semua saksi'detik hatinya.
"saya dah periksa tempat mula api tu..dan nampaknya sekeliling tempat tu dah di siram minyak."sampuk Tuan Jenderal Manwol.
"ya..dalam banyak banyak tempat,tempat tu lah yang paling kuat bau minyak dia."
"baiklah..saya faham.kamu sambunglah buat kerja kamu."ujarnya pada Min Yoongi.
YOU ARE READING
The General's Lover [HuangRenjun]
FanfictionHuang Renjun malay romance historical fanfic✍️(◔◡◔) Iris terperangkap dalam sebuah cerita bergenre historical romance hasil karya sahabatnya sendiri.Dalam dunia tersebut, dia telah bertemu dengan Jenderal Huang yang merupakan jenderal kerajaan Hera...