(❁'◡'❁)
"Tuan muda,saya dah pastikan identiti enam orang yang kita tangkap semalam..mereka adalah 6 daripada 23 peniaga besar yang kita syaki terlibat secara langsung dalam kes ni."lapor Jaemin.
"masih ada lagi 17 orang."
"patut ka kita tangkap je mereka sekarang?"
"tak perlu.kalau mereka takut, mereka akan berundur sendiri."
"dan mengikut apa yang mereka akui,beberapa dari mereka mengatakan ada antara ahli kumpulan Chi yang menetap di Kota Chwiseon."
"Kota Chwiseon?kebetulan sangat.."
sejujurnya dia tidak ingin pergi ke mana mana dahulu kerana ingin fokus pada hal pernikahannya dengan Iris.tetapi hal ini tidak boleh ditunda lagi kerana takutnya orang yang mereka syaki itu akan lari lagi.
"kita akan berangkat hari ni.selesaikan hal di Kota Chwiseon dan Hwiseon."
"tapi hal pernikahan tuan muda dengan Cik Iris macam mana?"
Iris duduk di pondok kediamannya sambil melihat ke pintu utama berkali kali..
'aku taulah dia lamar aku semata mata nak selamatkan aku tapi sekurang kurangnya datanglah jumpa family aku untuk jelaskan semuanya..ni dah sehari berlalu,aku masih tak nampak lagi batang hidung dia.'
"Cik Iris, minumlah teh ni.."ujar Haesoo.
"Cik Iris tunggu Jenderal Huang ke?"
"mana ada saya tunggu dia..saya tunggu ayah balik dari istana je...bosan duduk kat rumah lagipun hari ni tak ada kelas."
"baiklah.."Haesoo duduk di sebelah Cik Iris.dia menggeleng sahaja mendengar Cik Mudanya itu menghela nafas berat berkali kali.
semasa sedang menunggang kuda bersama sama 10 orang tentera berkuda hitam, Jenderal Huang tetap dengan wajah dinginnya walaupun penduduk kerajaan melihatnya dengan senyuman..
Jaemin yang melihat mood Tuan Mudanya itu tidak betul diam sahaja..sejak pagi lagi,Jenderal Huang terlihat tidak puas hati...dia yakin ini kerana urusan pernikahannya dengan Cik Muda Iris.sepatutnya, mereka datang ke kediaman Manwol tetapi terpaksa menundanya.
"Tuan Muda,kita dah nak sampai di hadapan kediaman Manwol..Tuan Muda nak berhenti sekejap?"Jenderal Huang tidak menjawab tetapi Jaemin tahu jawapannya apa.
dia membuat isyarat tangan menyuruh tentera lainnya berhenti betul betul di hadapan kediaman Manwol.Jaemin terus turun dari kudanya dan memberitahu kepada pelayan di situ untuk memanggil Cik Muda Iris.
tidak lama kemudian,kelihatan Cik Muda Iris pun keluar.dia berhenti betul betul di hadapan pintu saat melihat Jenderal Huang bersama dengan tentera elitenya itu.
YOU ARE READING
The General's Lover [HuangRenjun]
FanfictionHuang Renjun malay romance historical fanfic✍️(◔◡◔) Iris terperangkap dalam sebuah cerita bergenre historical romance hasil karya sahabatnya sendiri.Dalam dunia tersebut, dia telah bertemu dengan Jenderal Huang yang merupakan jenderal kerajaan Hera...