(❁'◡'❁)
Pagi itu,Iris membaca buku istana yang diberikan padanya sambil ditemani permaisuri yang menulis puisi di meja kerjanya.dia memerhatikan permaisuri yang begitu elegan.cara dia duduk terlihat sopan bahkan cara dia memegang pen dakwat juga begitu lembut dan tidak tergesa gesa.
'wahh..macam ni ke elegan yang sesungguhnya?'
"Iris,kenapa tengok saya?ada apa apa soalan?"
"tak de tak de..saya cuma terpukau dengan permaisuri.cara permaisuri duduk,pegang pen dakwat..semuanya terlihat anggun."
"maksud kamu?"
"maksud saya.saya suka permaisuri.."
"ada ada je lah kamu ni."mereka berdua tersenyum.
"Yang Mulia permaisuri!"pelayan permaisuri,pelayan Gong datang dengan nafas yang tercungap cungap.
"kenapa ni?"
"Yang Mulia Raja, marah marah.Jenderal Huang laporkan yang keluarga Park terlibat dalam sindiket penyelewengan wang palsu."
"jom..kita ke sana."Iris pun hanya membuntuti sahaja permaisuri.
sesampainya mereka di hadapan istana Barat,kedengaran suara Raja melenting.
"Permaisuri.."ujar pelayan istana.
pintu dewan kecil pun dibuka dan kelihatan seluruh keluarga Park ada di situ.begitu juga dengan Jenderal Huang.
"Permaisuri.."mereka terus tunduk hormat.
Permaisuri terus berdiri di sebelah Raja..Iris pula berdiri di sebelah Jenderal Huang.
"kamu bertiga..memalukan istana Barat!mana saya nak letak muka saya ni?!" tengking Raja lagi.
Menteri Kewangan Park,puteri So Eunri dan puteri Soyoung tunduk sahaja..tidak berani lagi melawan.
"macam mana kalau rakyat tau yang kerabat diraja buat benda benda memalukan macam ni?!hah!"
Permaisuri terus mengusap ngusap belakang Raja untuk menenangkannya.
"sudahlah..sekarang kita cuma boleh hukum mereka..Raja,tak guna nak marah marah lagi."
"ya..hukum mereka.saya sendiri pun tak sanggup lagi nak tengok semua muka muka ni."
"Park Ji Hyo..abang buat semua ni demi kamu..demi istana Barat."
"demi saya?abang..saya pernah ke mintak duit abang?"
"memang tak pernah.tapi saya tengok istana Timur lebih mewah dari istana Barat.adil ke macam tu?"
"kurang hajar!"Raja memandang wajah menteri kewangan Park.
"saya masuk keluarga diraja bukan sebab gilakan duit.saya tak kisah semua tu.asalkan keluarga saya boleh hidup dengan tenang.saya tak pernah mengeluh hidup di sini.abang yang memalukan keluarga kita."ujar gundik Park.
YOU ARE READING
The General's Lover [HuangRenjun]
FanfictionHuang Renjun malay romance historical fanfic✍️(◔◡◔) Iris terperangkap dalam sebuah cerita bergenre historical romance hasil karya sahabatnya sendiri.Dalam dunia tersebut, dia telah bertemu dengan Jenderal Huang yang merupakan jenderal kerajaan Hera...