(❁'◡'❁)
Iris dan Jenderal Huang turun dari kereta kuda.
"nanti saya datang jumpa awak"Iris mengangguk sahaja.
Dilihatnya Jaemin dan tentera milik Jenderal Huang terus berputar ke belakang.Iris pelik tetapi dia biarkan sahaja.Jenderal Huang pula terus menarik Iris masuk ke dalam pelukannya.seolah olah tidak rela untuk berpisah dengannya.
"lepas ni,sebelum kita berpisah.saya akan peluk awak dulu.jadi,awak kena selalu siapkan diri awak."bisik Jenderal Huang.
Iris tersenyum.dalam hatinya dia sudah menjerit sekuat yang mungkin.
jenderal berhati dingin itu dengan mudahnya dapat meruntuhkan hatinya.selama sehari dua malam dia berada di sana,hatinya tidak dapat bertenang walaupun semasa tidur dek kerana perlakuan istimewa yang dia dapat dari Jenderal Huang.perlakuan yang didamba dambakan semua peminat Jenderal Huang itu, hanya dia yang dapat nikmati.
Jenderal Huang dan Jaemin berjalan masuk ke dalam ruang penjara istana yang berada di bawah tanah.
"bawak empat orang kaya Chwiseon ke bilik siasatan."
"baik tuan jenderal."Jaemin pun terus ke sel tahanan untuk melaksanakan arahan yang baru diberikan tadi.
Jenderal Huang masuk ke bilik siasatan khas miliknya.bagi semua penghuni penjara itu,sesiapa sahaja yang masuk ke dalam bilik itu pasti akan terluka tatkala keluar.ntah luka teruk atau ringan,semua bergantung pada tahap kerjasama mereka.semenjak dia masuk ke ruang penjara, auranya kembali menjadi dingin dan kejam.tidak seperti saat dia berhadapan dengan Iris.
empat orang tahanan itupun diheret masuk ke dalam bilik siasatan dan dipaksa untuk duduk di kerusi.mereka berempat langsung tidak menunjukkan riak wajah takut saat berhadapan dengan jenderal yang dikenal kejam di kerajaan Hera.
"Hong Jung Sil.Min Jin Mu.Myun Ha Sin.Jang Si A."dia menyebut satu persatu nama mereka berempat.
"apa kesalahan kamu?"tanyanya.
"kami tak ada buat salah apa apa..tuan jenderal yang main tangkap tanpa usul periksa."
tanpa berfikir panjang lagi,jenderal Huang terus maju ke arah mereka berempat dan dengan kuat mengoyakkan lengan baju tahanan mereka sehingga menampakkan lambang tatto yang sama di keempat empat lengan tangan kiri mereka.
"apa lagi yang kamu nak saya periksa?"
Jaemin hanya berdiri tegak di tepi sambil memerhatikan keempat empat lelaki itu.
"orang tengah kamu dah ditangkap.tiada gunanya lagi untuk kamu berdiam diri.apalagi nak tunggu bantuan datang untuk selamatkan kamu."
"heh..kami takkan percayakan jenderal.ketua kami bukan orang macam tu.dia dah janji akan lindungi kami."
YOU ARE READING
The General's Lover [HuangRenjun]
FanfictionHuang Renjun malay romance historical fanfic✍️(◔◡◔) Iris terperangkap dalam sebuah cerita bergenre historical romance hasil karya sahabatnya sendiri.Dalam dunia tersebut, dia telah bertemu dengan Jenderal Huang yang merupakan jenderal kerajaan Hera...